Yogurt llaollao Kini Di Malaysia

      No Comments on Yogurt llaollao Kini Di Malaysia

llaollao, yogurt sensasi dari Sepanyol yang telah mencetuskan budaya yogurt antarabangsa di empat benua kini boleh didapati di Malaysia. Ya betul! Yogurt llaollao kini di Malaysia!! Cawangan pertama di Malaysia adalah di Pavilion Kuala Lumpur telah dibuka pada 19 Oktober, dan pada 2 Disember, kiosk di Mid Valley Megamall telah memulakan operasi. Kedua-dua cawangan telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna.

Seterusnya cawangan di Avenue K, Kuala Lumpur, diikuti dengan Gurney Plaza, Pulau Pinang. Rancangan llaollao adalah untuk menyebarkan kebaikan yang sihat yogurt hingga 35 cawangan menjelang 2018. Diperbuat daripada susu skim semulajadi,llaollao dihasilkan pada saat yang disediakan – memastikan bahawa yogurt ini paling segar di bandar. Pelbagai sos dan topping disediakan, buah-buahan segar dan kegemaran orang ramai iaitu Toblerone, Oreos, Kit Kat, Crunch dan Smarties juga ada!

llaollao, jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia, ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyediakan pilihan makanan yang rendah lemak dan rendah kalori namun tinggi dengan khasiat dan rasa. llaollao bukan sekadar pencuci mulut atau snek – ia begitu lazat dan berkhaziat – dan boleh dijadikan satu sajian penuh.

Disebut sebagai Yao Yao, llaollao dihasilkan secara segar di kedai – anda pastinya tidak dapat mencari yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada llaollao. Diperbuat daripada susu skim yang disediakan ketika hidangan di tempah, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.

Untuk mempelbagaikan perisa, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti buah-buahan segar, sos dan topping Crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang. Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat®, OREO®, Toblerone®dan Chips Ahoy! ®. Kebanyakan topping rangup dan sos adalah diimport dari Eropah, dan tidak dijual di pasar raya tempatan. Malah, untuk memastikan ia menarik, menu topping ini akan sentiasa bertukar selaras dengan perubahan musim. Pastikan anda selalu ke llaollao untuk menikmati perisa baharu!

Berteraskan slogan Small Pleasures, Great Flavours (Nikmat Kecil, Rasa Hebat), kehalusan dan kesegaran llaollao boleh dihidangkan dalam pelbagai cara – Tubs, Sensations, Granillao, Sanum dan Smoothies. Produk utama iaitu Sanum adalah parfait yogurt yang terdiri daripada tiga lapisan buah-buahan dan dua lapisan rangup dan ditambah dengan sos pilihan anda.

Yogurt llaollao Kini Di Malaysia

Petra Empire director Tan Kai Young targets to open 35 llaollao outlets in Malaysia within 3 years

Yogurt llaollao Kini Di Malaysia

Director of Petra Empire, Tan Kai Young (right), and a llaollao staff, pose with their signature product, Sanum

Kisah kejayaan llaollao bermula pada tahun 2009 di Sepanyol. Dalam tempoh dua tahun, lebih daripada 100 cawangan telah dibuka di seluruh dunia. Hari ini, llaollao boleh didapati di kira-kira 200 cawangan di 26 buah negara di benua Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Afrika.

Cawangan llaollao yang pertama di Malaysia dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2015 dan mendapat sambutan hangat apabila pembeli beratur dan ingin rasa sendiri yogurt yang terkenal di dunia. Cawangan kedua dibuka di Mid Valley Megamall pada 2 Disember 2015, dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Kami komited dalam pasaran Malaysia dan merancang untuk membuka 35 lagi cawangan menjelang akhir 2018. llaollao telah menempa kejayaan besar di Singapura dan kami yakin dapat mengulangi kejayaan itu di sini kerana gaya hidup pengguna di kedua-dua negara ini adalah setara,” kata Encik Tan.

“Berdasarkan trend global, pengguna mula beralih ke arah produk yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Begitu juga di Malaysia, pengguna semakin sedar mengenai penjagaan kesihatan, namun tetap mementingkan rasa. Dengan llaollao, kita mempunyai produk yang baik untuk membentuk diet seimbang kerana ia adalah semula jadi namun lazat,” tambah Encik Tan.

Yogurt llaollao Kini Di Malaysia

Senarai harga llaollao adalah seperti di atas. Best kan? Jadi dapatkan segera llaollao anda!

www.facebook.com/llaollaoMalaysia

www.instagram.com/myllaollao

www.llaollaoweb.com/int/llaollao-my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge