ZTE Blade V7 Lite

Hi semua, ruby teruja nak kongsikan informasi tentang telefon pintar baru iaitu ZTE Blade V7 Lite yang telah dilancarkan di Malaysia pada 12 May 2016 yang lalu. Harga sangat berpatutan dan siap ada promosi! ZTE Blade V7 Lite mula dijual di pasaran seluruh Malaysia pada 16 May 2016. Rangka promosi dijalankan dengan jayanya, pihak ZTE mengadakan jualan separuh harga bernilai RM 334.50 untuk 300 pembeli, giveaway mingguan selama 3 minggu (16 May 2016 – 2 Jun 2016) di laman facebooknya dan jualan di laman web Lazada bernilai RM 499. Nak tahu harga asal telefon pintar ini berapa? Ia bernilai RM 669 sahaja!

ZTE Blade V7 Lite

ZTE Blade V7 Lite

Apa yang menarik tentang telefon pintar ZTE Blade V7 Lite sehinggakan ramai ingin memilikinya? Nak tahu sebabnya? Jom kita terokai fungsi dan kelebihan telefon pintar ini. Pertama sekali ruby akan terangkan rekaan telefon pintar ini. Kemudian fungsi dalaman dan aplikasi yang disediakan. Ayuh!

ZTE Blade V7 Lite

ZTE Blade V7 Lite

ZTE Blade V7 Lite

Jika dilihat dari rekaan, telefon pintar ini sangat kukuh kerana memiliki Metallic Body dan Super Slim 7.9mm. Ia direka di Munich, Jerman dengan teknologi menggunakan aloi aluminium untuk seni kraf yang nipis dan badan yang ringan. Saiz skrin 5 inch HD Display Curve Edge Glass. Saiz telefon pintar ini sesuai untuk semua pengguna kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ia akan grip kepada si pemakai. Manakala fungi untuk akses ke dalam telefon pintar ini adalah menggunakan fingerprint sensor! Wow! Ia setanding dengan produk Apple! Walaupun harganya sangat-sangat murah, ia memiliki Quad Core Processor 2GB RAM & 16GB ROM dan versi Android 6.0 Marshmallow terkini! Jadi apa lagi yang kita inginkan dalam sebuah telefon pintar? Semuanya lengkap dengan ZTE Blade V7 Lite.

ZTE Blade V7 Lite

Satu lagi fungsi bagus yang sepatutnya semua telefon pintar ada adalah fungsi Apps Lock. Ruby maksudkan, ia build in software dalam telefon, jadi kita tak perlu cari aplikasi seperti ini di google play store. Sebab kita tak pasti apa yang kita simpan itu selamat atau tidak. Developer pun kita tidak tahu siapa. Jadi bila ZTE Blade V7 Lite ni ada fungsi Apps Lock, kita boleh simpan gambar, password, bank akaun dan macam-macam lagi. Sebab kita kena berjaga-jaga juga, kadang-kadang ada kawan suka sangat nak cek telefon kita, kadang-kadang anak-anak saudara nak tengok telefon, nak tengok youtube katanya. Kadang-kadang kita nak promosi telefon yang kita guna ni juga dekat saudara mara dan kawan-kawan. Habis semua folder mereka buka. Betul tak? Hahaha.

ZTE Blade V7 Lite
ZTE Blade V7 Lite

Memiliki 13MP AF / 8MP Camera Rear & Front Flash, memberikan kualiti gambar jelas dan lebih fokus. Yang paling best adalah, kamera depan dan belakang ada flash tau. Hebatkan? Ruby kalau bab yang paling penting sesuatu telefon pintar adalah kameranya. Kerana ruby dah tidak larat nak bawa dslr. Tetapi inginkan kualiti kamera telefon pintar seperti dslr. Hahaha. Jadi, boleh lah ruby bawa anak-anak dan suami berjalan, boleh bergambar bersama. Wefie bersama suami dan groufie bersama anak-anak. Jika bawa dslr, ruby lah jurufoto. Maka, gambar ruby pula tiada. Sedihnya. Tetapi tidak mengapa, ZTE Blade V7 Lite ada. Gambar makanan pun cantik sebab ada auto bokeh! Yay!

ZTE Blade V7 Lite

Ini antara spesifikasi wajib yang anda tahu sebelum membeli sesebuah telefon pintar. 4G LTE, Internal memory 16gb, Dual Nano SIM dan bateri 2500 mAh. Jadi, tunggu apa lagi kan? Sementara promosi di Lazada masih berlangsung, sila dapatkan segera ya! RM 499 sahaja di www.lazada.com.my.

ZTE Blade V7 Lite

Dengar cerita warna Metallic Gold akan tiba! Sesuai dengan ruby kan. Harap-harap harga RM 499 juga. Hahaha.

www.ztedevices.com.my

www.facebook.com/ZTEMalaysia

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

9 thoughts on “ZTE Blade V7 Lite

    feeqa

    (July 28, 2016 - 6:50 pm)

    cara video call dgn phone zte blade v7 lite ni cmne selain guna vc wechat?

    Hakim

    (June 17, 2016 - 11:34 am)

    Dan hampir gagal menahan nafsu shopping ni
    Support USB-OTG x?

      Ruby

      (June 17, 2016 - 12:02 pm)

      support, sebab dia guna usb yang sama je. hehe.

    Nurul

    (June 12, 2016 - 9:49 pm)

    wowww..murahhnyeee..hanya kt lazada ke rm499?

      Ruby

      (June 13, 2016 - 11:30 am)

      ha’ah rm 499. hehehe

    ALIA FARHAN SAID

    (June 12, 2016 - 2:32 am)

    Perghhh…
    Meleleh jugak tgk dia pnya features….
    Mana nk dpt fon canggih dengan rega murah gituuuu

      Ruby

      (June 13, 2016 - 11:33 am)

      betul. memang banyak fungsi menarik ni. ruby pun excited. hehe

    akubiomed

    (June 7, 2016 - 10:15 pm)

    Spefikasi dengan harga memang tak padan. Terutama 8 mega piksel untuk kamera hadapan memang kena dengan kaki selfie.
    akubiomed´s last blog post ..Royal FLORIA Putrajaya 2016My Profile

      Ruby

      (June 9, 2016 - 11:36 am)

      Sepatutnya kena lagi mahal kan. Tapi takpe. Dapat la kami pakai henfon metal dan fungsi hebat pada raya ni. hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.