Rudy Habibie : Habibie & Ainun 2

0

Jika anda peminat filem Indonesia, inilah filem yang anda nanti-nantikan. Jika anda peminat filem sejarah, ini jugalah filem yang bagus untuk anda tonton sekeluarga. Pembikinan filem seorang tokoh adalah tidak mudah, kerana melibatkan tahun, fesyen pakaian dan zaman pendidikan yang berbeza. Jika tokoh seperti Bacharuddin Jusuf Habibie a.ka. Rudy Habibie difilemkan, tidak mustahil ia akan memberi impak kepada generasi muda pada hari ini. Inilah filem Rudy Habibie : Habibie & Ainun 2 yang berkisah seorang Presiden, manusia yang tidak berputus asa dan yakin dengan diri sendiri. Ruby (baca betul-betul, jangan keliru diantara ejaan ruby dan rudy ya, hehe) tertarik dengan latar belakang lokasi filem ini dan skrip, malah pelakon melakonkan watak ini dengan sangat baik. Bukan mudah untuk menjadi seorang tokoh. Reza Rahadian pasti membuat kajian sepanjang membawa watak sebagai Habibie.

Sejarah Bacharuddin Jusuf Habibie a.ka. Rudy Habibie

Dilahirkan pada 25hb Jun 1936 di Parepare, Wilayah Sulawesi Selatan. Anak kepada Alwi Abdul Jalil Habibie dan R. A. Tuti Marini Puspowardojo. Bapanya adalah seorang ahli pertanian dari keturunan Gorontalo dan ibunya seorang wanita bangsawan Jawa dari Yogyakarta. Ibu bapanya bertemu ketika belajar di Bogor. Bapa Habibie meninggal dunia ketika berusia 14 tahun.

Habibie ialah seorang jurutera Indonesia yang menjadi Presiden Indonesia dari 1998 hingga ke 1999. Dia mewarisi kedudukan itu selepas Suharto meletak jawatan pada tahun 1998. Jawatannya sebagai Presiden dilihat selepas peralihan ke era Suharto. Sebagai Presiden, dia meliberalisasikan akhbar dan parti-parti politik Indonesia, dan mengadakan pilihanraya demokratik awal pada 1999. Ini mengakibatkan kehilangan jawatannya sebagai Presiden. Habibie ialah presiden Indonesia yang ketiga, selepas kemerdekaan.

Perkara yang membuatkan Habibie dikagumi ramai adalah ketika zaman belajar beliau. Beliau adalah pelajar terbaik dan meminati bidang penerbangan dan aeroangkasa. Habibie mula belajar penerbangan dan aeroangkasa di Universiti Delft (Netherlands) tetapi atas sebab-sebab politik (West New Guinea yang melibatkan pertikaian diantara Belanda dan Indonesia), dia terpaksa meneruskan pengajian di Aachen, Jerman.

Beliau telah dilantik sebagai Fellow daripada Royal Academy of Engineering pada tahun 1990.

Pada tahun 1960, Habibie menerima ijazah dalam bidang kejuruteraan di Jerman, memberinya gelaran Diplom-Ingenieur itu. Beliau kekal di Jerman sebagai pembantu penyelidik di bawah Hans Ebner di Lehrstuhl und Institut für Leichtbau, RWTH Aachen (Rheinisch-Westfälische Technische Hochschule Aachen) untuk menjalankan penyelidikan untuk ijazah doktor falsafah.

Pada tahun 1962, Habibie pulang ke Indonesia selama tiga bulan. Pada masa ini, beliau telah bertemu semula dengan Hasri Ainun, anak kepada R. Mohamad Besari. Habibie telah berkenalan kepada Hasri Ainun di zaman kanak-kanak, sekolah tinggi junior dan di sekolah menengah atas di SMA Kristen Dago (Dago Christian Senior High School), Bandung. Kedua-dua berkahwin pada 12 Mei 1962, mereka kembali ke Jerman tidak lama selepas itu. Habibie dan isterinya menetap di Aachen untuk tempoh yang singkat sebelum berpindah ke Oberforstbach. Pada bulan Mei tahun 1963 mereka mempunyai seorang anak lelaki, Ilham Akbar Habibie.

 

Sipnosis

Rudy Habibie ialah cerita tentang pencarian teman sejiwa seseorang. Sebuah cerita tentang pencarian cinta pertama dan cinta terakhir. Ianya sebuah cerita tentang Presiden Indonesia yang ketiga dan isterinya. Ianya sebuah cerita tentang Habibie dan Ainun. Rudy Habibie, ialah seorang genius mengenai kapal terbang dan mepunyai impian yang besar. Dia menumpukan hidupnya untuk membina sebuah pesawat dengan harapan untuk menyatukan Indonesia. Sebagai seorang pelajar di Aachen, Germany, Rudy bukan sahaja belajar membina pesawat tapi juga belajar tentang erti persahabatan melalui pendekatannya dengan para pelajar lain seperti, Liem Keng Kie yang berbangsa China, Ayu seorang adik putri keraton dari Solo, Poltak, pemuda Batak yang jujur dan jenaka, dan Peter, seorang mahasiswa senior. Namun demikian, ILONA, mahasiswi keturunan Poland, ialah yang paling mempercayai cita-cita Rudy. Tapi tidak mudah bagi Rudy untuk mencari seorang yang bersefahaman dan ingin menyokongnya.

udy Habibie : Habibie & Ainun 2 udy Habibie : Habibie & Ainun 2 udy Habibie : Habibie & Ainun 2 udy Habibie : Habibie & Ainun 2 udy Habibie : Habibie & Ainun 2

 

Pelakun / Watak:

Reza Rahadian (B.J Habibie / Rudy Habibie)

Chelsea Islan (Illona Ianovska)

Ernest Prakasa (Liem Keng Kie)

Boris Bokir (Poltak Hasibuan)

Verdi Solaiman (Romo Mangun)

Millane Fernandez (Sofia)

Pandji Pragiwaksono

Bastian Bintang Simbolan (Young Rudy Habibie)

Dony Damara (Alwi Abdul Jalil Habibie – Rudy’s Father)

Dian Nitami (R.a. Tuti Marini Puspowardojo – Rudy’s Mother)

Indah Permatasari (Ayu)

Julia Alexandra (Mira)

Tenagakerja & Durasi Filem RUDY HABIBIE : Habibie & Ainun 2

Pengarah: Hanung Bramantyo

Penerbit: Manoj Punjabi

Lakon Layar: Gina S. Noer

Penerbitan: MD Pictures

Tarikh Edaran: 4 hb Ogos 2016

Masa Berjalan: 118 minit

Bahasa: Indonesian

Original Soundtrack (OST)

Tajuk Lagu: Mencari Cinta Sejati

Penyanyi: Cakra Khan

Pencipta: Melly Goeslaw

Label: MD Musik Indonesia

Menarikkan jalan cerita Habibie? Jadi kisah ini lah yang difilemkan untuk tatapan semua penonton di Indonesia dan Malaysia. Kisah di dalam filem pastinya lebih menarik kerana ia ketika Habibie belajar di luar negara dan konflik percintaan ketika di sana. Filem ini menerapkan nilai keislaman dan budaya negara Indonesia itu sendiri. Ruby harap filem ini dapat memberi kebaikan dan semangat kepada kita semua agar terus berusaha untuk berjaya. Ulasan filem setiap orang adalah berbeza, bergantung kepada apa yang anda ingin lihat. Jika anda ingin inspirasi, Ruby Habibie adalah filem yang sesuai.

Oleh kerana Ruby sangat suka filem ini, ruby ingin anda menemani ruby esok 30 Julai 2016, 8 malam, TGV 1Utama ke tayangan perdana filem ini bersama barisan pelakon filem Rudy Habibie. 5 pasang tiket untuk 5 orang pemenang! Caranya mudah sahaja! Repost instagram ruby yang ini https://www.instagram.com/p/BIctc-xg0At/?taken-by=rubydotmy Mudah kan? Pemenang akan dihubungi segera melalui DM Instagram!

Selamat Menonton!

www.facebook.com/rudyhabibiemovie

www.facebook.com/RudyHabibie.MD

www.instagram.com/rudyhabibie_

www.twitter.com/rudyhabibie_

www.rudyhabibie.com

 

Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge