Bahaya Viral Fever

Assalammualaikum semua. Hari ni ruby berkesempatan nak kongsikan tentang bahaya viral fever. Pada mulanya, jika demam ini cepat kebah dalam masa 3 hari, ruby tidaklah sepanik ini. Tapi dah berlanjutan ke hari ke lima dan suhu badan masih 39. Ruby sekeluarga bergegas terus ke hospital ampang. Paling merisaukan adalah kami sekeluarga dah berjangkit antara satu sama lain. Mula-mula Adam, lepas tu baby Alif, lepas tu Ruby. Sebelum suami pula dijangkiti, lebih baik rawat segera. 

Demam ni tiba-tiba je datang. Ruby, Adam dan Alif tidak kemana-mana dan hanya ada dirumah. Tapi masih dijangkiti viral fever. Sepanjang sakit ni. Tidak banyak aktiviti yang dapat ruby lakukan. Basuh kain pun tidak, kemas rumah pun tidak. Dalam sakit tu, sibuk melayan anak yang sedang sakit. Mandikan dengan air sejuk, tuam kepala, sapu balsem, dukung anak, lap muntah dan 24 jam perhatikan anak je. Waktu tulah rindu anak aktif bersembang. Nak dengar celoteh dia. Nak tengok bijaknya dia. 

Malam tadi ruby ke hospital ampang siap daftar untuk 3 orang. Sampai kaunter pendaftaran zom hijau jadi lambat sebabkan kami. Maaf!

Bahaya Viral Fever

Orang pertama yang kena cek di bilik rawatan sekunder adalah Alif, suhu semua ok, nafas ok, semuanya ok. Cuma batuk berkahak. Kemudian cek Adam, suhu panas, batuk kerap dan hingus meleleh. Pembantu kesihatan siap bagi dia makan ubat demam. Kiraan mengikut berat badan Adam. Dalam syringe mengandungi ubat demam mengikut dos yang dibenarkan. Bila diperhatikan, banyak juga kuantiti. Patutlah masa dirumah tak sihat-sihat si Adam ni. Salah sukatan kot? Adam kena ambil darah kejap lagi. Doktor yang akan buat dengan cara tersendiri. Hehehe.
Selesai bagi Adam makan ubat, barulah giliran ruby. Susah bagi Adam makan ubat. Even dia trauma ke hospital/klinik. Kalau tak melalak tak sah. Menangis beriya-iya. Siap kemam ubat, taknak telan. Ayoyo. Dah selesai episod bagi Adam makan ubat. Giliran ruby untuk diperiksa, cek tekanan darah, suhu badan, cek dada dan ambil darah. Ruby memang takut bab ambil darah. Tapi, sebab dah biasa kena ambil darah. Ruby rilek je lah. Episod ambil darah bagi seorang wanita telah bermula ketika dia telah memilih untuk bernikah. Betul tak? Hahaha. Antenatal Check Up di KKIA tiap kali temujanji kena ambil darah. Hehehe.

Dah selesai menerima rawatan di bilik tersebut. Kena tunggu nombor giliran untuk rawatan susulan oleh doktor bertugas. 15 minit tunggu untuk semua nombor dipanggil. 3 orang sekali gus. Untuk Alif, tiada ubat diberikan. Doktor tak mahu bagi ubat cairkan kahak dan ubat batuk sebab masih kecil dan risau baby koma. Kemudian untuk ruby, tunggu keputusan darah baru doktor akan maklumkan apa yang berlaku dalam badan. Lebih kurang satu jam juga kena tunggu nombor ruby. Kemudian doktor ambil darah Adam. Disebabkan Adam cranky, jururawat dipanggil untuk membantu ambil darah. Ibu bapa tunggu di luar. Hehehe. Nasib baik suruh tunggu di luar. Hahahaha. Selesai ambil darah Adam, kami duduk di luar. Setelah 30 minit, nombor ruby dipanggil dan doktor cakap keputusan darah ruby ok. Cuma ada kuman sedikit. Jadi doktor bagi ubat antibiotic, ubat batuk, ubat selsema dan ubat demam. Dah selesai bab ruby. Tunggu keputusan darah Adam pula. Bila doktor panggil, keputusan ujian darah semuanya okay. Alhamdulillah! Risau ruby kot kot kena tahan masuk wad. Tak dapat bayangkan nak kena jaga anak di hospital. Suami kena kerja, Alif mesti tak boleh masuk wad. Macam mana nak susukan anak? Kesian Adam. Alhamdulillah semuanya ok. Adam dapat ubam demam dan ubat titis hidung sahaja. 

Dari 7.30pm – 10pm di Hospital Ampang. Alhamdulillah selamat semuanya. Bahaya viral fever ni, sebab risau jadi jangkitan kuman dekat organ utama. Manakala demam ni boleh di ketahui bila diambil sampel darah. Mungkin demam denggi ke kan. Hospital adalah solusi terbaik. RM 3 je kos kami bertiga. 

Demam virus adalah jangkitan virus akut . Demam virus yang paling biasa adalah selesema bermusim atau influenza. Kanak-kanak boleh mengalami demam viral dengan mudah. Virus ini merebak apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan fizikal melalui tangan yang dijangkiti dengan virus.
Jaga diri! Terima kasih!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Bahaya Viral Fever

    Diverse Borneo

    (September 27, 2016 - 9:37 am)

    Alamak .. ini yang saya risau ni.. takut berjangkit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.