Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette

      No Comments on Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette

Ruby ada minyak wangi baru untuk kongsikan ulasan bersama anda. Hehehe. Ia adalah Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette. Weeehuuu. Minyak wangi, sentiasa menjadi kegemaran sesiapa sahaja. Bukannya apa, sebab kita semua ada mood tersendiri. Dulu, masa zaman remaja. Ruby tidak pandai berkenaan wangian ni. Kalau tahu satu jenis wangian, wangian tu je lah yang ruby akan pakai. Ingat lagi wangian yang roll-on tu bertahun ruby pakai. Hahaha. Tetapi bila dah lama-lama, bila zaman belajar di universiti terbau pula wangian kawan perempuan yang sangat harum. Dari situ mula belajar tentang wangian sebab kami pergi KL Sogo untuk ambil tester. Hahaha. Kenangan sungguh, bila dah kumpul semua kertas wangian. Makanya, semua wangian bercampur. Dah tidak tahu mana satu pilihan hati.

Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette

Hakikatnya mencari wangian bukan setakat wangi seketika, tetapi untuk apa dan sesuai tak dengan diri ruby. Ruby nak kongsikan kenapa penting untuk tahu wangian yang tertera Perfume, Eau de Parfum, Eau de Toilette dan Eau de Cologne. 

Perfume-Info

Picture from www.peraroma.com and www.sparrowsblog.com

Perfume-Info-1 Perfume-Info-2

Tetapi tidak semestinya 100% minyak wangi tanpa campuran tu sesuai dengan diri anda. Kena cuba dulu, jika anda selalu jalan-jalan depan kedai minyak wangi Arab. Mesti dah bau semerbak minyak wangi dia kan. Kalau nak cuba, boleh beli botol kecil sebab ia tahan lama dan pakai sikit je. Ruby lebih suka bawa wangian dan spray bila perlu. Sebab cuaca di Malaysia ni panas dan lembab, kadang berpeluh teruk, kadang sejuk sebab hujan. Jadi, bila badan dah masam. Mesti kita tidak selesa dan secara automatik hidung pun bau. Jadi, kita spray je la minyak wangi. Antara Perfume, Eau de Parfum, Eau de Toilette dan Eau de Cologne, ruby tidak kisah yang mana-mana. Asalkan ikut mood.

Sekarang ruby nak kenalkan wangian baru yang ruby sedang ketagih ingin spray selalu. Ia adalah wangian Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette.

Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette

Mary Kay memperkenalkan Upbeat™ for Her Eau de Toilette. Ia diilhamkan dan dicipta dari suasana festival musim panas. Memberi keyakinan kepada anda tidak kira dimana sahaja. Walaupun cuaca panas dan anda berpeluh, pasti wangian ini dapat memberi kesegaran kepada diri anda dan keselesaan kepada orang sekeliling.

Haruman baru ini mempunyai aroma Chypre Fruity (Fruity and Woody) sitrus segar yang memberi wangian segari sepanjang hari. Pada awal semburan, anda akan bau beri merah, manis dan epal. Ini akan membuat anda berasa segar dan ceria. Kemudian bauan Jasmine Rose, Muguet (Lily of the valley) dan Wild Honeysuckle. Wild Honeysuckle kebiasaannya madu yang dekat bunga kecil-kecil tu. Masa kecil dulu ada juga nakal hisap madu dari bunga tepi jalan tu. Hahaha. Tapi Wild Honeysuckle untuk Upbeat™ for Her Eau de Toilette adalah dari jenis yang lain lah. Hehe. Selain dari isi kandungan bahan-bahan diatas, wangian ini juga mempunyai campuran Patchouli, Skin musk, Amber dan Agarwood. Bayangkan semuanya bergabung menjadi satu wangian?

Upbeat Perfumer’s Inspiration: “I envisioned a flirty, fun-seeking, energetic girl. I wanted to create a fragrance for her similar to the evolution of a song – starting with a captivating, sparkling introduction that builds into a chorus, revealing a deeper soul and vibe to the creation.” – Linda Song, creator of Upbeat™ for Her Eau de Toilette

Masa spray di pergelangan tangan, bau pada mulanya seperti biasa-biasa aje. Apabila sudah beberapa minit, wangian itu bertukar kepada bau manis dan menyegarkan. Macam bau sesuatu yang kering, panas dan ghairah. Eh faham ke apa yang ruby cakap kan ni? Hahaha. Kalau nak lebih faham, dapatkan Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette yang mula dijual dari 1 Julai 2016 pada harga RM 89 60ML

Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette

Dapatkan wangian Mary Kay Upbeat™ for Her Eau de Toilette sekarang!

Hubungi Independent Beauty Consultant di 03-7711 7500

www.marykay.com.my

www.instagram.com/marykaymysg

www.facebook.com/pages/Mary-Kay-Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge