Penerbangan VietJet Dari Vietnam Kini Di KLIA

Penerbangan VietJet Dari Vietnam Kini Di KLIA. Vietjet, syarikat penerbangan Vietnam baru-baru ini menyambut penerbangan sulung pertamanya ke Kuala Lumpur pada 1 Jun 2016. Dengan ini, VietJet beroperasi setiap hari dengan tempoh penerbangan kira-kira satu jam 55 minit. Penerbangan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 1:00PM dan tiba di Ho Chi Minh City pada 1:55PM (waktu tempatan). Penerbangan kembali dari Ho Chi Minh City pada 9:30AM (waktu tempatan) dan tiba di Kuala Lumpur pada 12:25PM.
Screen Shot 2016-08-09 at 11.02.35 PM

9:30AM waktu Ho Chi Minh City, 10:30AM waktu Kuala Lumpur. Manakala 13:00PM bertolak dari Kuala Lumpur, bermaksud jam 2.55 petang tiba di Ho Chi Minh City. Kira-kira 2 jam perjalanan. Vietjet menyediakan penerbangan harian sebanyak 1 kali buat masa ini. Jadi, tidak perlu runsing pilih penerbangan pagi, petang atau malam. Kebiasaannya jika penerbangan jam 1 petang, Ruby dah bersiap sedia di KLIA pada jam 10pagi lagi. Supaya tidak kelam kabut dan boleh sarapan pagi juga. Memandangkan lapangan terbang baru ini luas dan boleh cuci mata. Jadi memang syok lah. Hehehe. Terkenal dengan perkhidmatan inovatif dan mempunyai daya imaginasi, VietJet sentiasa mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan dalam penerbangan yang mesra dan selamat untuk penumpang.
Screen Shot 2016-08-09 at 11.06.57 PM Screen Shot 2016-08-09 at 11.07.22 PM Screen Shot 2016-08-09 at 11.07.39 PM Screen Shot 2016-08-09 at 11.08.13 PM

Wow RM 28.00 je. Jumlah keseluruhan untuk 2 orang dewasa, satu kanak-kanak dan satu bayi RM 1,012.02. Wahhhhh. Walaupun kelas ekonomi, anda boleh hand carry bag seberat 7kg, tukar nama, tukar penerbangan, check in luggage maksimum adalah 32kg!!!!

Membongkar Khazanah Vietnam

Terdapat banyak sebab mengapa Vietnam telah menjadi salah satu destinasi pelancongan kegemaran di Asia selama bertahun-tahun. Sebuah negara yang penuh dengan keindahan semula jadi yang menakjubkan, warisan yang unik, kaya dengan sejarah dan masakan lazat, Vietnam menawarkan pelbagai keistimewaan bagi setiap lapisan pelancong yang memutuskan untuk melawatnya. Di sini, tiga destinasi paling menyerlah di Vietnam adalah Hanoi, Ha Long Bay dan Ho Chi Minh City.

Hanoi

Ibu kota Vietnam telah melalui transformasi yang pesat sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Dianggap sebagai salah satu tempat pelancongan paling indah daripada bandar-bandar Indochina yang di jajah, Hanoi adalah gabungan daya tarikan dunia lama dan perkembangan moden disebabkan oleh impak dalam pelancongan. Perkhidmatan motosikal adalah keunikan istimewa Hanoi yang ditawarkan kepada pengunjung. Anda boleh melawat taman-taman yang indah, muzium, restoran dan kopi bertaraf dunia. Kesan penjajahan Perancis di bandar ini masih dapat dilihat pada seni bina bangunan. Malah anda juga boleh dapatkan baguette Perancis yang panas dijual di kedai roti.

Ha Long Bay

Tapak Warisan Dunia UNESCO di Ha Long Bay terletak kira-kira 170km timur Hanoi di utara Vietnam. “Ha Long” bermaksud “bay naga turun” dan ia adalah kepulauan yang terdiri daripada 1,969 pulau-pulau kecil. Teluk Ha Long adalah terkenal dengan keindahan lautan, topografi batu kapur dan dianggap salah satu keajaiban alam semula jadi di dunia. Terdapat pelbagai cara untuk ke Ha Long Bay, anda boleh gunakan perkhidmatan bot pelancong bajet Bai Chay, pelayaran kelas pertengahan, atau pelayaran mewah. Bagi yang sukakan cabaran anda boleh memilih untuk berkayak atau naik pesawat laut. Boleh lihat keindahan panorama dari atas.

Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh City (HCMC), bandar terbesar di Vietnam, sering digambarkan sebagai dinamik, bandar yang meriah, sangat bertenaga, bandar yang mempunyai segala-galanya bagi seorang pengembara. HCMC mempunyai segalanya, dari kuil abadi kepada bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi, restoran bergaya dan gerai-gerai jalanan sederhana, hotel terbaik kepada rumah tumpangan termurah.

Ao Dai Vietnam Traditional Dress

Foto ehsan dari http://www.viettravelmagazine.com/2015/11/ao-dai-vietnamese-traditional-long-silk.html

Teringat pengalaman ruby travel ke HCMC. Ruby suka ke Pasar Ben Thanh sebab ada banyak koleksi pakaian tradisional mereka dijual dengan harga murah dan cantik! Nama pakaian tradisional mereka adalah ao dai. Manakala jika nak makan makanan halal, anda boleh makan di Saigon, Kampung Melayu Halal Restaurant, Kampung Pandan, Restoran Arab dan macam-macam lagi. Tidak lengkap je ke HCMC jika tidak bawa pulang buah tangan kopi Vietnam. Aroma di lain dari yang lain. Manakala halusnya rasa dan pekat kopinya sukar digambarkan! Serius! Boleh nikmati kopi Vietnam di Yen Café (7 Ngo Thoi Nhiem, District 3) atau Vung Oi MO Ra Cafe (17 Ngo Thoi Nhiem, District 3). Kalau cenderahati dari Vietnam, ruby pasti akan bawa pulang kopi vietnam dan kopi drip tu. Nikmat buat kopi ais di rumah sambil tonton movie!

Kopi Vietnam

Foto ehsan dari https://www.pegipegi.com/travel/kopi-vietnam-enak-sehat-dan-jadi-favorit-di-indonesia/

Jadi dengan adanya penerbangan VietJet dari Vietnam kini di KLIA, sebagai pengenalan laluan penerbangan sulungnya VietJet dari Kuala Lumpur ke HCMC, kini terdapat lebih banyak sebab mengapa Vietnam sepatutnya menjadi destinasi percutian yang akan datang anda. Untuk mengalami sebahagian daripada pengalaman perjalanan yang menyeronokkan besama. Sila lawati www.vietjetair.com atau www.m.vietjetair.com (melalui telefon pintar), memuat turun aplikasi VietJet Air, menyertai vietjetair vietnam di Facebook atau hubungi pusat panggilan 24/7 syarikat penerbangan VietJet di (+ 603) 2730 9887 atau e-mel vietjet@kul.reliancetravel.com.

www.facebook.com/VietjetAirVietnam

www.vietjetair.com/Sites/Web/en-US/Home

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Penerbangan VietJet Dari Vietnam Kini Di KLIA

    Mdm hee

    (October 31, 2016 - 7:41 pm)

    Salam pn ruby…..mohon pcerahan ttg booking airline vietjet….sy baru booking tiket dari seoul ke hcm….duit dah lepas….tapi x dpt no. Booking reservation….apa kena buat….buntu sy dibuat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.