Heart Health Challenge

Bagaimana ingin tahu jantung anda sihat? Bagaimana ingin mengekalkan kesihatan jantung? Adakah jantung anda sihat? Soalan lazim ini sering ruby ajukan kepada doktor dan jawapannya sama. Jaga pemakanan seimbang, lakukan senaman 30 miniti setiap hari dan amalkan gaya hidup aktif. Kurang pengambilan kopi, teh, alkohol dan rokok. Oleh kerana kita semua memiliki jantung, cuba anda lakukan Heart Health Challenge. Bagi ruby, untuk lakukan cabaran begini. Sebaiknya kita lakukan dengan meneruskan amalan harian tetapi kurangkan apa yang tidak bagus. Seperti ruby makan sarapan, kemudian snek dan terus makan malam. Sering skip lunch sebab terlalu sibuk. Makan malam pula mesti makan banyak dan tinggi kalori. Hahaha. Kalau nampak restoran mamak, terus je pesan dan makan. Contohnya roti canai telur bawang bersama kari kambing. Perghhh enak!

Ruby memang aktif, selalu jalan-jalan. Suka sangat aktiviti lasak. Tapi tidak slim juga sebab faktor pemakanan yang tidak seimbang. Tidak seimbang bermaksud tidak jaga waktu pemakanan. Metabolisma badan akan terhenti apabila kita tidak makan pada masa yang sesuai. Sebab semuanya saling berkait rapat. Jika makan ketika lapar, kita makan banyak. Metabolisma ketika itu rendah, kemudian bertukar kepada lemak. Kolestrol masuk dalam darah dan pergi ke saluran jantung. Maka! Jantung kita juga akan terkesan dari gaya pemakanan tidak sihat ini. Kesian kan? Hurmmm. Tapi jangan risau! Masih tidak terlewat untuk berubah! Jom! Lakukan bersama ruby!

Nestle Omega Plus Walk-A-Mile 2016 Nestle Omega Plus Walk-A-Mile 2016

Tukar Cara Pemakanan dari 3 kali sehari kepada 6 kali sehari!

  1. Breakfast – Susu Nestle Omega Plus bersama buah kiwi! Yummy!
  2. Brunch – Masa ni nak mengunyah je, makan kismis! hehehe
  3. Lunch – Makan nasi memang wajib, tapi sebesar penumbuk tangan ruby je. Kemudian sayur dan ikan bakar / ayam berkuah.
  4. Afternoon tea – Ni paling kerap ruby buat. Minum teh!!! Argghh tidak boleh lari dari teh, tapi ruby dah bertukar ke green tea kosong. Minum sambil kunyah daun pudina. Huhu.
  5. Dinner – Dinner ni pun berat juga, kalau tak makan kenyang. Malam nanti berkeroncong pula. Diantara nasi berlauk atau kentang lenyek yang dicampur bersama sedikit mayonais, bawang ros dan cili padi. Hohoho! Makan sampai supper.
  6. Supper – Jika tiada kentang lenyek, ruby makan biskut kering cicah teh tarik. Alamak tabiat minum teh tarik ni memang susah la nak buang. Pelan-pelan la tukar minuman ke susu Nestle Omega Plus. Hehehe.
  7. Midnight Snack – Selalunya takda makan lagi. Banyak minum air kosong je. Sehari 3 liter. Jika malam macam ni lagi 200ML je. Hehehe.

Heart Health Challenge

Kekal aktif dan sihat!

  1. Menari 1 jam- Ruby suka menari depan TV, guna XBOX 360 Kinnect tu je. Boleh juga ikut video Youtube, ikut musik yang anda suka
  2. Travel – Travel memang best, masa ni memang anda akan suka berjalan. Tidak sangka boleh jalan beribu langkah! Cubalah! Gunakan jam Sony Smart Watch atau xiaomi mi fit tu untuk tahu aktiviti anda. Mesti terkejut dengan hasil kegigihan anda selama hari ini!
  3. Berenang – Ruby juga pandai berenang. Diantara berlari dan berenang, ruby pilih berenang sebab kaki ruby cedera ketika main hoki semasa sekolah. Dia macam senget sikit dekat lutut tu. So memang tidak akan cuba-cuba berlari. Tapi jika berjalan dan mendaki gunung. Ruby boleh je! Hahaha. Cuma bila berlari, dia macam rasa lutut tertanggal! Hahaha.
  4. Mendaki – Mendaki bukannya senang dan bukannya susah. Cuma kena tahu cara yang betul. Ruby kalau mendaki, mesti pakai kasut mendaki. Serius! Kasut mendaki jenis tapak dia lain dan dia macam boots. Memang anda akan selesa dan rasa selamat setiap kali melangkah. Kemudian hiking stick tu bawa lah! Nak harapkan siapa pula pergi patahkan dahan pokok untuk jadikan tongkat anda kan? Hahaha. Kalau pergi mendaki kawasan berpasir dan ada sulfur, sediakan topeng muka siap-siap k!

Heart Health Challenge

Kalau nak seronok melakukan Heart Health Challenge mesti nak kena ada musik atau peranti yang sesuai untuk kesan aktiviti. Jadi, ruby nak kongsikan dengan anda semua cara mudah untuk mendapatkan hadiah istimewa dari Nestle Omega Plus! Mudah sahaja! Anda upload gambar di instagram dan di kapsyen anda, anda tag lima orang kawan. Jangan lupa masukkan hashtag ini bagi pihak Nestle mengesan penyertaan anda! #SaveAHeart #HeartHealthChallengeMY #NestleOmegaPlus. 150 peserta bertuah akan dapat hadiah berupa peranti yang bagus untuk membantu anda amalkan aktiviti sihat! Hehehe. Mungkin Sony Walkman? Shhh rahsia!

Heart Health Challenge

Itu je amalam yang ruby lakukan! Semoga bermanfaat!

Untuk maklumat lanjut, layari  www.facebook.com/NestleOmegaPlus dan www.yjm.org.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Heart Health Challenge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.