Hotel Mercure Jakarta Sabang

      2 Comments on Hotel Mercure Jakarta Sabang

Hotel Mercure Jakarta Sabang adalah hotel antarabangsa bertaraf 4-bintang yang terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Jakarta. Berdekatan dengan jalan Thamrin di mana disini banyak institusi korporat, perbankan, pejabat kerajaan dan Sabang Culinary Street hanya beberapa langkah. 5 hingga 15 minit berjalan kaki ke Tugu Negara (Monas), Kedutaan Amerika Syarikat dan stesen kereta api Gambir. 45 minit memandu dari lapangan terbang antarabangsa. Sesuai untuk tujuan perniagaan atau percutian dengan sambungan WIFI percuma. Hotel ini selesa dan penginapan 1 malam ruby sangat tenang.

mercure-sabang-jakarta-hotel mercure-sabang-jakarta-hotel-1 mercure-sabang-jakarta-hotel-4 mercure-sabang-jakarta-hotel-3 mercure-sabang-jakarta-hotel-2

Fasiliti yang disediakan oleh Hotel Mercure Sabang Jakarta adalah seperti kolam renang, menu sarapan pagi yang pelbagai, ruby suka nasi goreng dari Hotel Mercure! Sedap! Ruby tidak berkesempatan meneroka lanjut perkhidmatan yang disediakan oleh hotel. Sebab di dalam bilik dah cukup selesa! Hahaha. Kalau ruby sampai awal, sempat juga nak buat video tutorial. Dekorasi bilik ini lain dari yang lain. Pertama kali ruby masuk hotel macam residensi punya stail. Hahaha. Hotel ada sediakan mandian, bahan-bahan kopi teh, peti sejuk, peti simpanan, selipar, bathrobe, plug elektrik universal, siaran tv yang pelbagai dan tilam yang empuk! Hahaha. Bilik ruby adalah jenis Triple Suite Superior 100 USD satu malam! Wohohoho!

Jl H Agus Salim No 11 – Gambir Jakarta Pusat

10110  JAKARTA – INDONESIA

Tel : (+62)21/3503066 – Fax : (+62)21/3503067

www.mercure.com/gb/hotel-9414-mercure-jakarta-sabang-/index.shtml

www.instagram.com/indtravel

www.twitter.com/indtravel

www.facebook.com/indonesiatravel

www.indonesia.travel/en

2 comments on “Hotel Mercure Jakarta Sabang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge