Katalog IKEA Malaysia 2017

Katalog IKEA Malaysia 2017 dah mai!!! Setiap tahun, dari ruby sekolah lagi. Suka dan teruja untuk dapatkan Katalog IKEA. Bukannya sebab apa, sebab suka tengok dekorasi IKEA. Lepas tu mulalah berangan nak hias rumah dengan permaidani macam IKEA, nak sofa macam IKEA, nak katil macam IKEA, nak almari macam IKEA. Suka sangat dengan cara IKEA deko, minimalis, bersih dan buat ruang kecil menjadi luas. Sekarang dah kahwin dan ada anak-anak. Inilah masanya nak berdekorasi kan. Hehehe. Ruby berniaga pun beli penyidai baju IKEA. Sekarang trending betul penyidai baju IKEA tu. Usahawan muda pun ingin berjimat, tetapi nak kualiti bagus dan hasil gambar pun cantik untuk produk mereka. Ibarat produk IKEA ni sesuai untuk kegunaan sendiri, perniagaan dan jadi props. Kreatif kan?

Jadi, sekarang ni IKEA telah mengeluarkan Katalog IKEA Malaysia 2017! Wah bulan August dah terbitkan katalog untuk tahun hadapan. Sangat bersedia! Ruby rasa, IKEA macam tahu je stail ruby shopping bulanan di IKEA. Sebab, ada ke yang pergi IKEA tak beli apa-apa? Hahahaha. Mesti beli sesuatu. Paling rendah, RM 100 tau! Hahahaha. Beli pinggan putih lah, beli senduk lah, beli lilin lah, beli cawan, beli apron lah. Macam-macam ada!

Katalog IKEA Malaysia 2017 Katalog IKEA Malaysia 2017 Katalog IKEA Malaysia 2017 Katalog IKEA Malaysia 2017 Katalog IKEA Malaysia 2017 Katalog IKEA Malaysia 2017 Katalog IKEA Malaysia 2017 Katalog IKEA Malaysia 2017

Menarik kan? Menarik sangat-sangat! Bagi ruby, IKEA adalah tempat terapi yang best! Ini hobi ruby bila stress. Sebab ruby suka bau IKEA. Bau kayu dan fabrik. Jika anda sama macam ruby, high 5 skit! Sepp!! Hehehe. Masa awal-awal nikah dulu… suami tanya, apa yang best IKEA tu? Perempuan hanya tahu shopping je. Lepas tu ruby bawa dia pergi IKEA. Kemain happy dia, nak sofa tulah, inilah. Dah berimaginasi nak deko rumah dan bilik anak-anak. Kemudian sampai dekat market hall almari, ruby cakap kat dia “Bau tak?”. “Ha’ah bau, bau benda baru. Segarrrrr”. Jadi, suami dah faham. Kami pun kerap lah bertandang ke IKEA! Hahaha.

Ruby nak bagi 5 unit Katalog IKEA Malaysia 2017 kepada 5 orang pembaca bertuah. Caranya mudah sahaja!

  1. Email ruby nama penuh, alamat rumah, no telefon dan nombor ic ke rubydotmy@gmail.com
  2. Khas untuk 5 peserta terawal! Ruby akan balas email jika anda adalah peserta terawal memberi butiran peribadi.

Senang sangat kan peraduan kali ini? Hehehehe.

www.ikea.com/my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

9 thoughts on “Katalog IKEA Malaysia 2017

    Ummi ZaQue

    (September 26, 2016 - 4:21 pm)

    kalau nak email, boleh lagi ke??

      Ruby

      (September 27, 2016 - 3:45 pm)

      boleh. 🙂

    Rem

    (September 16, 2016 - 10:45 pm)

    Walaupun tak semua benda murah di Ikea. Tp ikea ada mcm2 idea menarik, dan produk menarik yg takde jual kt kedai perabot tempat kita. Hehe. Mcm saya di Ipoh, lagilah.. Kene slalu turun Ikea Damansara la. Siap dah register kad Family Ikea 😀

    Diverse Borneo

    (September 14, 2016 - 3:03 pm)

    Wah! Katalog IKEA 2017 dah keluar! Kena dapatkan ni. Kitaorang kat Kota Kinabalu cuma dapat download app sajalah. Printed version kena ambil dari semenanjung.

      Ruby

      (September 15, 2016 - 8:23 am)

      Boleh email ruby. Nanti ruby pos. 🙂

    zarul farhana

    (September 12, 2016 - 10:24 pm)

    nk email la..jap ya.. harap2 sempat lagi

      Ruby

      (September 15, 2016 - 8:24 am)

      Boleh boleh boleh. Email ruby tau.

    sheayang

    (September 9, 2016 - 11:11 am)

    I dah email. Hope bertuah la. 🙂

    Uncle Zuan

    (September 8, 2016 - 12:06 pm)

    kadang bosan-bosan, akan pergi ikea, just to get the idea ;D
    Uncle Zuan´s last blog post ..Jimat USD30 Di Colombo Dengan Hanya Berjalan KakiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.