Casio EX-FR200 & Casio EX-ZR5000 Kini Di Pasaran

      No Comments on Casio EX-FR200 & Casio EX-ZR5000 Kini Di Pasaran

Baru-baru ini ruby telah ke pelancaran kamera baru dari Casio. Casio EX-FR200 & Casio EX-ZR5000 di Armada Hotel Petaling Jaya. Casio adalah jenama yang tidak asing dari Jepun, kali ini mereka kembali lagi dengan kamera hebat untuk anda semua. Ia adalah kamera yang membuatkan semua pengalaman anda disimpan di dalam gambar. Malah hasil gambar lebih lebar, lebih cantik, kecil, warna menarik dan mudah dibawa kemana-mana aja.

Casio EX-FR200 & EX-ZR5000 Casio EX-FR200 & EX-ZR5000

Kamera ini sesuai kepada pencinta mengambil gambar “selfies, wefies, groufies”. Hehehe. Semua sesuai dan boleh menggunakan kamera dari Casio Malaysia. Kamera baru Casio EX-FR200 mengambil keseluruhan imej sebanyak 180 darjah dengan menekan satu butang, boleh menangkap gambar latar belakang keseluruhan termasuk gambar anda dan rakan-rakan  tidak kira apa sudut pandangan. Selain “Dome View”, kamera ini boleh mengambil 360 darjah mendatar gambar Panorama dan video, serta 208 darjah berpenjuru “Super Wide Angle” gambar dan video. FR-200 kalis air, tahan beku, dan tahan lasak.

Turut dipamerkan semasa pelancaran adalah Casio EX-ZR5000, ia adalah model terbaru kepada siri EXILIM ZR Casio iaitu kamera digital kompak. Model baru ini juga memaparkan fungsi 19mm super wide-angle lens dan Wide View Photo mode untuk menyampaikan gambar-gambar yang indah dari sudut yang lebih luas. Ini bermakna, anda tidak perlu risau untuk menyimpan kenangan percutian dengan lebih seronok. Ia adalah lebih mudah kerana kini boleh menangkap dengan 19mm super wide-angle lens, sesuai untuk gambar berlatar belakang indah walaupun dalam ‘selfies’ dan ‘wefies’. F2.7 menghasilkan imej yang lebih tajam dengan resolusi cemerlang oleh penyimpangan optik, mengurangkan pantulan permukaan dan bayang-bayang.

Casio EX-FR200 & EX-ZR5000 Casio EX-FR200 & EX-ZR5000

Dari kiri En Sim Tyng Jau, Marketing Specialist of Casio Singapore; En Hiroyuki Sezai, Managing Director of Casio Malaysia Sdn Bhd; Puan Yap Fui Fui, Marketing Manager of Marco Heritage; Cik Leona Chin, Motorsports Athlete; En Takashi Niida, Manager of Global Strategic Marketing Division, Casio Computer Co. Ltd dan En S J Ong, Executive Director of Marco Heritage.

Casio EX-FR200 & EX-ZR5000

Bercakap pada pelancaran itu, Encik Takashi Niida, Pengurus Bahagian Pemasaran Global Strategik, Casio Computer Ltd berkata “Adalah menjadi harapan dan visi kami untuk mengambil kekurangan dan batasan mengambil gambar diri sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar dan menggalakkan pengguna untuk melihat keupayaan yang luas dengan kamera digital kami dan membawa kepada fenomena global selfies. Kami ingin terus mengingatkan pengguna yang Selfies is CASIO, CASIO is Selfies.”

FR200 dijual pada harga RM2,399 manakala ZR5000 dijual pada harga RM1,949. Kedua-dua model dijangka berada di pasaran pada akhir bulan Oktober 2016.

www.instagram.com/casioexilimmalaysia

www.facebook.com/casioexilimmalaysia

www.casio-intl.com/asia/en/dc

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.