Discovering The Future with Midea

Alamilah keunggulan Midea, salah satu inovator dan pengilang yang terbesar di dunia di sidang akhbarnya. “Discovering The Future with Midea” ialah acara rasmi untuk mengenali latar belakang syarikat dan pencapaian jenama global ini. Di samping pelan pemasarannya, Midea juga akan membentangkan strategi untuk menembusi pasaran Malaysia untuk masa depan. Di Malaysia, Midea dikenali sebagai Midea Scott & English Electronics (MSEE). Kumpulan Midea yang berasal dari China mengembangkan sayapnya di Malaysia pada tahun 2006 dan menjadikan MSEE sebagai rakan kongsi usaha samanya di Malaysia.

Dengan 60 buah pejabat di seluruh dunia, rangkaian produknya boleh didapati di lebih daripada 200 buah negara di merata dunia. Sebanyak 67 kontraktor menyediakan perkhidmatan peribadi kepada pengguna di Malaysia. MSEE juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan di kedai-kedai alat elektrik melalui 67 kakitangan waranti rasmi ini.

Discovering The Future with Midea Discovering The Future with Midea

Dengan sejumlah 100,000 orang kakitangan di seluruh dunia, Kumpulan Midea disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen sejak 2013 dan memiliki lebih daripada 10 buah syarikat subsidiari, antaranya termasuk Midea, Little Swan, Hualing, MDV dan Welling Holding. Baru-baru ini, jenama-jenama dari China terbukti berkualiti unggul, tahan lama dan menepati kemampuan di pasaran-pasaran sasaran masing-masing. MSEE berwawasan menawarkan peralatan rumah tangga kecil yang berkualiti tinggi kepada para pengguna daripada pelbagai latar belakang ekonomi sosial. MSEE memudahkan para pengguna memiliki produk peralatan rumah tangga Midea pada harga yang berpatutan.

Discovering The Future with Midea Discovering The Future with Midea Discovering The Future with Midea Discovering The Future with Midea

Selain berkongsi maklumat korporat dan potensi pasaran Malaysia, Presiden MSEE Encik Ng Kong Chin juga menyampaikan strategi MSEE untuk menguasai pasaran Malaysia. Tiga strategi utama yang telah dirancang teliti adalah seperti berikut:

  • Memperkukuhkan aktiviti Pengiklanan & Promosi
    • Setiap tahun, sebanyak 3% daripada jumlah hasil Kumpulan Midea diperuntukkan untuk Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Untuk 10 tahun yang lepas, sejumlah USD5 bilion telah dilaburkan untuk R&D dengan USD800 juta diperuntukkan pada tahun 2015.
    • Strategi ini meletakkan MSEE sebagai peneraju pasaran dan jenama yang boleh diyakini. Sejajar dengan strategi ini, sebanyak 44 papan iklan telah dilancarkan di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Semenanjung Malaysia untuk memastikan pendedahan produk yang luas.
    • Untuk aktiviti Pengiklanan & Promosi, Midea melancarkan peraduan “Gilang Gemilang Midea” dengan hadiah bernilai sejumlah RM100,000 untuk dimenangi sempena sambutan Hari Merdeka pada bulan Ogos. Penyertaan berterusan dalam “Astro Go Shop” program penebusan mata ganjaran dengan kad kredit bank, pameran-pameran Home Expo dan pameran-pameran bergerak juga giat dijalankan sepanjang tahun. Jumlah perbelanjaan Pengiklanan Promosi di Malaysia tahun ini mencecah lebih kurang RM5 juta dan dijangka akan melebihi RM6 juta pada tahun 2017.
  • Pengembangan Jaringan Jualan
    • Rangkaian produk MSEE boleh diperoleh di gedung serba-serbi, kedai elektrik tradisional dan pasar raya besar. MSEE kini giat memastikan rangkaian produknya boleh didapati di jaringan baru seperti Econsave, Aeon, Haniffa, Lulu dan E-Mart. Pada masa depan yang terdekat, produk MSEE akan diperoleh di kedai rantaian tempatan dan antarabangsa seperti Senheng, Harvey Norman, Best Electrical Store untuk menyenangkan para pengguna. MSEE juga kini dalam fasa akhir menyempurnakan rundingan dengan pelbagai pihak dan kami menjangka kata sepakat akan dicapai pada bulan Disember tahun ini.
  • Rekaan yang kontemporari dan pintar
    • Dengan menawarkan produk yang berciri penting dan moden, hasil MSEE telah melonjak 60% semasa kemerosotan pasaran. Hasil perniagaan Kumpulan Midea mencatatkan sejumlah USD64.7 bilion untuk tiga tahun yang lepas di mana sebanyak USD21.3 bilion dicatat pada tahun 2015. Pada tahun 2016, MSEE semakin mendekati sasarannya, iaitu RM200 juta di Malaysia dan menyasar untuk mencapai RM260 juta pada tahun 2017. 

Pencapaian untuk  tahun ini amat membanggakan. Pada bulan Februari 2016, Midea meraih 13 anugerah rekaan daripada Majlis Anugerah IF International Forum Design (GMBH) di Jerman. Tambahan lagi, setakat ini Midea telah merangkul sejumlah 40 anugerah rekaan produk di REDDOT, IF International Forum Design (GMBH), Gmark dan International Design Excellence Award (IDEA).

Discovering The Future with Midea Discovering The Future with Midea

Tahun 2016 merupakan tahun pertumbuhan yang hebat untuk Midea. Midea bukan sahaja pantas berkembang di negara ini, ia turut memiliki syarikat robotik Jerman KUKA, memperoleh hak paten-paten alat elektrik rumah Toshiba untuk 40 tahun dan diiktiraf sebagai 500 Syarikat Terbaik Forbes Global Enterprises 2015. Dengan rangkaian produk MSEE yang berkualiti unggul, tahan lama dan perkhidmatan yang  mesra, MSEE bertekad untuk menerajui masa depan dengan inovasi dan teknologi elektronik pintar yang dicipta untuk setiap insan dan mampu milik oleh segenap lapisan masyarakat.

www.facebook.com/mideamalaysia

www.midea.com/my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.