Nestle Wellness Together Gather Workshop

Pada 14 Oktober 2016 yang lalu, ruby berkesempatan menyertai Nestle Wellness Together Gather Workshop di Surian Tower, Mutiara Damansara. Acara bermula jam 1 tengahari, tetapi ruby telah hadir seawal 8.30 pagi. Hahahaha. Sebab katanya event bermula jam 12pm. Hehehe. Tapi dont worry, ruang lobi tingkat 22 Nestle sangat selesa! Minum lah air Nescafe, Milo dan Susu sampai kenyang. Hehe.

Produk Nestle, siapa yang tidak tahu? Dari kecil ruby sudah menggunakan produk Nestle. Produk Nestle juga sudah 150 tahun di dunia. Tiap kali melihat iklan produk Nestle pasti kita mudah tertarik. Mereka menggunakan sumber nutirisi dan gisi pemakanan sebagai rujukan. Menggunakan model iklan orang awam. Sering kaitkan dengan kehidupan seharian ibu bapa, remaja, kanak-kanak. Menarik kan? Bagaimana team Nestle boleh menghasilkan iklan dan poster yang bagus? Ruby sering terfikir, sebab setiap iklan tv, poster, bungkusan makanan/minuman dan sampel makanan/minuman memerlukan wang yang banyak untuk promosi. Ruby juga tertanya-tanya bagaimana team Nestle bekerja. Yelah semua dalam syarikat pastinya orang dewasa yang tidak kreatif seperti remaja dan kanak-kanak. Hahahaha. Tapi boleh hasilkan pemasaran yang bagus. Kata kuncinya mesti Team Work. Hehe.

nestle-wellness-together-gather-workshop-2 nestle-wellness-together-gather-workshop-3

Eugene Chan, Director of Communications Nestle Malaysia

Jika sebelum ini kita membeli produk Nestle di Pasaraya sahaja. Kini produk Nestle juga boleh didapati secara dalam talian di Lazada. Nak beli apa? MILO? NESTUM? MAGGI? NESTLE OMEGA PLUS? KOKO KRUNCH? NESCAFE? NESTLE HONEY GOLD? SUSU NANKID? NESCAFE DOLCE GUSTO CAPSULE? hah ruby guna capslock terus. Semua produk keluaran Nestle anda boleh dapatkan dihujung jari sahaja! Mudah dan jimat masa! Hehehe.

Ruby memang suka membeli di dalam talian, sebab ia mudah dan ruby tidak perlu bersesak-sesak untuk cari parking. Malah ruby tak payah nak bawa satu family ke pasaraya. Faham-faham lah bila bawa anak-anak kecil ni macam-macam gaya. Si Adam tak duduk diam nak berlari sana sini. Nak dukung Alif lagi. Kalau Adam meragam, secara automatik suami pun bad mood. Jadi, apa gunanya keluar ke pasaraya jika untuk beli groceries je? Kalau keluar ke pasaraya, ruby suka pergi makan sekali. Jadi, bila balik rumah boleh la ruby rehat sekejap sebelum nak mulakan rutin suri rumah tangga. Kan? Oleh kerana sekarang boleh membeli-belah dalam talian, banyak masa ruby di manfaatkan dengan baik di rumah. Ruby bekerja dan jaga anak-anak. Barang dapur tiap minggu akan sampai ke rumah melalui Lazada. Bagus kan?

Ada kalanya yang baru terjebak dengan online shopping mudah boros. Jika anda seperti itu, anda boleh mula plan pembelian anda. Walaupun semua barang yang anda beli adalah keperluan, tetapi perlu diingat bahawa jangan terguna duit dalam bank melebihi had. Jika dulu kita bimbang penggunaan kad kredit. Kini penggunaan kad debit juga membuatkan anda ikat perut kerana berbelanja banyak di dalam talian. Dalam wishlist nak beli barang dapur, tetapi bila check out beli pakaian pula. Nak makan apa nanti? Jika beli nestum, koko krunch dan milo, boleh juga ia jadi makanan sampingan anda sementara menunggu gaji. Hahaha. Baik dan buruk shopping online ada banyak. Tapi ruby harap banyakkanlah kebaikannya k.

nestle-wellness-together-gather-workshop-4

Joshua Zhu, E Commerce Manager of Nestle Malaysia

nestle-wellness-together-gather-workshop-5 nestle-wellness-together-gather-workshop-6

Ramai ibu-ibu di luar sana bimbang dengan perkembangan anak-anak. Macam Adam, susah dah nak bagi dia makan. Kalau dia nak makan nasi dan telur, ruby dah bersyukur sangat dah. Hehehe. Asalkan dia makan. Tapi berkhasiat ke? Dalam piramid makanan pun sudah menyatakan yang makanan seimbang adalah dari sayur, buah-buahan, karbohidrat dan protein. Tak ada pun tersenarai makanan berkolestrol, lemak dan manis. Tapi itulah yang kita orang dewasa nikmati setiap hari. Jadi, dah tiba masanya kita perbetulkan keadaan dengan memulakan dengan memberi makanan seimbang kepada anak-anak. Anak-anak akan makan jika ibu bapa juga makan. Betul tak? Jika anda tidak suka sayur, makan sayur demi anak-anak ya. Hehehe.

Ada kenangan manis ruby teringat ketika Nestle Wellness Together Gather Workshop. Teringat bila bercuti dengan Adam, ketika sarapan pagi di hotel. Dia nampak banana, dia nak banana dan makan sebiji pisang habis. Ruby tidak pernah bagi dia makan pisang sebelum ni. Cuma dia sering belajar jenis-jenis buah melalui iPad. Jadi, ruby rasa bersalah sebab tidak memberi real fruit kepada dia untuk cuba. Selama hari ini ruby hanya bagi epal masam, mangga manis dan tembikai. Semua tu kegemaran ruby dan suami. Tapi ternyata silap. Anak ku suka pisang. Hahaha.

screen-shot-2016-10-21-at-1-09-27-pm

Dapatkan produk Nestle di laman web www.lazada.com.my! Lebih jimat masa, tarikh luput diperhatikan dan produk dihantar percuma dengan setiap pembelian RM 50 keatas! Dijamin sampai esok ke rumah anda! Hehehe. Terdapat 260 SKU dari produk Nestle, 30 promosi berganda dan lebih 45% diskaun ditawarkan.

www.facebook.com/Nestle.Malaysia

www.nestle.com.my

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Nestle Wellness Together Gather Workshop

    akubiomed

    (October 23, 2016 - 9:36 pm)

    Dari kecil sudah sehinggalah sekarang sudah diperkenalkan dengan produk-produk keluaran Nestle. Memang berpiasah tiada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.