Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Bila dah ada anak dua orang, banyak perkara perlu ruby ambil tahu. Dari susu ibu, susu formula, fabrik pakaian, bahan pencuci dan alat permainan yang sesuai mengikut fasa pertumbuhan mereka. Selain kecomelan mereka yang membuat jiwa jadi tenang. Ada satu perkara yang membimbangkan ruby dan ibu bapa lain, iaitu penyakit kulit. Teringat ruby ketika berpantang selepas bersalin Adam & Alif. Kulit mereka ada ruam warna merah dan hidung pula ada milia. Rasa macam nak picit jeee. Haha. Tapi ruby segera cari maklumat dari pakcik google, tanya mak dan seterusnya baru jumpa doktor. Sebab rutin bulanan sebagai ibu akan jumpa doktor untuk suntikan vaksin dan perkembangan kanak-kanak di KKIA (Klinil Kesihatan Ibu & Anak). Sambil jumpa doktor, ruby akan bertanya soalan. Cuma berkenaan Eczema ruby masih tidak faham. Jadi, di Cetaphil Baby Experience Workshop ruby ambil peluang untuk mengetahui dan bertanya soalan tentang masalah kulit. Rupa-rupanya penjagaan awal kulit bayi banyu pulihkan eczema.

Masih ingat lagi peraduan ruby anjurkan untuk menghadiri Cetaphil Baby Experience Workshop? Ni link http://ruby.my/2016/07/bengkel-cetaphil-baby-experience/. Terima kasih kepada peserta yang join. Dua orang pemenang telah hadir dan enjoy melakukan kesemua aktiviti. Alhamdulillah. Terima kasih Aiin dan Yana!

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience WorkshopPenjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Jika dah tahu bayi anda memiliki Eczema. Kita perlu tanya doktor, ia Eczema yang bagaimana? Cara rawatan terbaik macam mana? Jika iritasi kulit mungkin heat rash, bagaimana nak jaga kulit bayi yang alami heat rash? Ada kalanya masalah kulit tiap bayi berlainan. Jadi, jangan segan bertanya dan jangan putus asa di saat doktor menerangkan segala jenis penyakit dan simptom. Pasti ada cara untuk atasinya jika dari awal kita sudah tahu penyakitnya. Di Cetaphil Baby Experience baru-baru ini terdapat 3 sesi iaitu Kenali Kulit Bayi oleh Dr. Mazlin bt Mohd Baseri, Dermatologist dari KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Cara Memandikan Bayi oleh Cik Lim Li Li dari Roche Diagnostics dan Teknik Mengurut Bayi oleh Cik Corina Lau dari Zurich Insurance Malaysia.

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Pengacara Cetaphil Baby Experience Workshop, Sheahnee Iman Lee. Suka dengar cara Sheahnee bercakap dan dia mesra dengan peserta. Seronok dan aktif ibu-ibu semasa hadir ke bengkel ni. Hehehe.

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Janice Ong, Pengurus Produk Cetaphil Malaysia memaklumkan “Sejak pelancaran rangkaian bayi kami tahun lepas, kami di Cetaphil® telah menjalankan kajian dan perlahan-lahan memahami keperluan pengguna baru kami iaitu bayi dan ibu bapa. Cetaphil terus komitmen dalam menyediakan produk yang paling selamat dan paling berkesan untuk peringkat umur pengguna”.

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Kenali Kulit Bayi oleh Dr. Mazlin

Kulit Bayi kurang bulu dan 50 peratus lebih nipis dari kulit dewasa. Ia terlalu lembut di kedua-dua bahagian Epidermis dan Dermis. Malah 5 kali tinggi sensitiviti. Vernix Caseosa adalah moisturizer natural ketika di dalam rahim ibu. Kebanyakan ruam kulit pada bayi yang baru lahir adalah tidak berbahaya seperti yang disangka oleh ibu bapa. Ini kerana ia akan pulih beberapa minggu dengan penjagaan kebersihan yang lebih baik dan pakaian yang bersesuaian. Memandangkan cuaca di Malaysia ni sentiasa panas, pakaian anak-anak biasanya nipis dan dari material serap peluh. Jadi, mereka akan lebih selesa. Bedung pun ruby tidak pakaikan sangat. Tapi bila ada mak, ruby akan bedung ketat-ketat Adam dan Alif. Nanti mak bising. Hahahahaha.

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Kulit bayi sangat berbeza dengan kulit dewasa, malah cara pulih lebih cepat berbanding orang dewasa. Diantara penyakit kulit yang dihidapi oleh bayi adalah milia, heat rash, milaria, neonatal acne, etn rashes, diaper dermatitis, atopic eczema, cradle cap, birth marks, port wine stain, mongolian spots dan nevus ota.

Milia menutup liang pori. Jangan risau kerana ia akan pulih beberapa minggu. Manakala heat rash sering berlaku kepada bayi, tambahan cuaca panas. Rawatannya adalah mandikan bayi sekerapnya, pakai baju nipis dan kalau nak bedung bayi, gunakan lampin yang nipis tu. Jika heat rash berterusan, kemungkinan ia akan bertukar menjadi kepada Miliaria. Kesian bayi! Heat rash akan pulih. Kadang-kadang ia kemerahan di waktu pagi, selepas mandi ia akan hilang. Anak-anak ruby mesti ada Cradle Cap. Di bahagian rambut ada kulit berkeping-keping. Macam kelemumur, tetapi bukan kelemumur. Ia adalah proses bayi salin kulit. Ruby bantu bersihkan kulit tersebut dengan sapu minyak kelapa dara. Hehehe. Kemudian urut-urut lembut agar kulit tanggal dengan sendirinya. Amalkan selalu sehingga kulit pulih sendirinya.

Neonatal Acne juga terdapat pada bayi dan ia akan pulih, cuma ia akan kembali ketika pada fasa remaja. Jadi, ibu bapa kena main peranan untuk bantu anak-anak. Manakala Erythema Toxicum Neonatorum (ETN) rashes yang kita sering nampak kecil-kecil di pipi bayi juga segera pulih beberapa hari. Ianya bukan berpunca daripada susu ibu. Ia adalah proses perkembangan kulit bayi dari lahir hingga 6 bulan. 6 bulan kebawah memang akan ada pelbagai penyakit kulit. Sebab pelembab natural seperti di dalam rahim ibu sudah tiada. Jika ibu masih ingat, masa bayi lahir ada cecair air ketuban dan kulit bayi ada sesuatu cairan. Ia dipanggil Vernix Caseosa, ia adalah pelembab semulajadi bayi. Apabila sudah lahir, dari mana kelembapan kulit bayi akan dapat? Sudah semestinya dari susu ibu. Tetapi bahagian kulit bayi perlu kelembapan berterusan, losyen dan minyak amat membantu!

Diaper Dermatits pula adalah iritasi dari lampin yang dipakai terlalu lama dan dah bercampur dengan urine serta najis. Anda boleh lihat kulit bayi, jika ia merah di bahagian punggung, ia sudah bercampur dengan najis. Kemungkinan anak anda mengalami cirit birit. Jika dari kawasan urin, ia kerana telah bercampur dengan air kencing.

Atopic Eczema adalah topik paling hangat kerana kebanyakan ibu bapa sering alami keadaan ini. 6 bulan awal kehidupan bayi, bahagian pipi, badan akan mengalami infeksi. Jika tidak dijaga, ia akan menjadi semakin teruk. Seperti kegatalan, kemerahan, luka akibat menggaru dan apabila bayi mula meragam, menangis. Ibu bapa akan menjadi stress. Sebab itu pentingnya penjagaan awal. Seperti perkongsian Dr Mazlin, masalah kulit adalah berpunca dari kurangnya kelembapan. Kulit kita memerlukan kelembapan. Kulit kering perlu sentiasa dilembabkan. Bayi tidak boleh menggunakan produk berbuih dan jika berbuih, pastikan ia telah mejalani ujian dermatologist. Bayi ada eczema tidak boleh pakai produk yang ada wangian. Lebihkan kelembapan
kerana Eczema boleh dirawat tetapi ambil masa. Jika dari bayi hingga anak masuk sekolah memiliki Eczema ia akan memberi iritasi (gatal) lebih teruk jika anak kerap menggaru. Bila badan berpeluh ia menjadi gatal. Apabila gatal, anak akan menggaru dan luka, maka akan menjadi sakit. Gatal hanya di sesetengah kawasan tetapi berulang kali terjadinya Eczema. Jika anda ingin merawat Eczema atau membantu mereka yang memiliki Eczema, boleh google “My Eczema Action Plan”

Nevus Ota, Port Wine Stain dan Birth Marks boleh dirawat dengan rawatan laser jika di kawasan muka, ia akan membesar sebelum mengecil. Tetapi jika mengakibatkan gangguan penglihatan, lebih elok dirawat. Manakala Mongolian Spots, ala yang ada warna hijau biru dekat belakang badan bayi tu. Biarkan sahaja kerana ia akan hilang sendiri. Itu bukan kesan dera tau. Hehehe.

Dr Mazlin menyarankan “Less is more, ikut cara basic”. Dapatkan pelembab yang sesuai agar kulit kembali sihat.

Sesi “Soal Jawab Bersama Dr. Mazlin”

Adakah kulit bayi lebih luas dari kulit dewasa? Ya, kerana ratio (nisbah)

Adakah mengurut bayi memberi kelegaan dan rasa nyaman kepada bayi? Betul!

Adakah Eczema berjangkit? Eczema tidak berjangkit seperti yang ditakutkan oleh kebanyakan ibu bapa dan orang awam yang lain.

Adakah sesuai produk Natural untuk bayi? Tidak sesuai kerana produk natural mengandungi kandungan aktif. Sebenarnya produk natural adalah menggunakan estrak dari kandungan yang mereka cipta di makmal agar sama dengan pati asli kebaikan daun dan buah-buahan. Jadi ia akan lebih tahan lama. Natural jika kita bancuh sendiri di rumah, ia hanya bertahan beberapa hari sahaja. Jika produk natural, organik mengakibatkan parut dan terbakar, sila berhenti menggunakannya. Natural lebih sesuai kepada pemakanan. Anda boleh makan makanan seimbang.

Betul ke bayi tidak boleh terkena cahaya matahari? Tidak betul, kerana kita semua memerlukan cahaya matahari tetapi yang tidak berlebihan. Jika orang dewasa berasa cahaya matahari itu sudah panas, pasti bayi juga rasa 2 kali ganda panasnya cahaya matahari. Berbeza pula dengan Jaundice – bayi duduk di bawah sinaran uv di hospital dan matanya ditutup. Sinaran itu tidak merbahaya kerana ia sinaran ultra ungu bukan cahaya matahari yang berterusan tetapi ia tiub floresan cahaya hitam yang merupakan sumber utama bagi sinar ultra ungu bergelombang panjang. Jika jaundice normal bawah paras bahaya, anda boleh jemur bayi dibawah cahaya matahari dari jam 7am – 9am sahaja!

Soalan seterusnya dari ruby

Boleh ke moisturiser orang dewasa digunakan untuk bayi?
Bagaimana untuk mendapatkan kelembapan? ibu menyusu perlu minum air banyak? Losyen atau produk lain?
Anak kawan saya mempunyai kulit eczema yang berlainan, kerana ia sudah bewarna kehitaman dan sangat kering? Adakah ia masih di gelar Eczema?

Nantikan video dari Cetaphil Malaysia untuk jawapannya. Hehehe.

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Cara Memandikan Bayi oleh Cik Lim Li Li

Dari pengalaman ruby memandikan Adam dan Alif, memang mencabar! Tambahan ketika mereka masih bayi. Kejap suka air, kejap emo, kejap taknak langsung keluar dari bilik air. Eh eh eh eh kemain macam-macam perangai. Hehehe. Tapi semua itu buat ruby rindu dengan Adam dan Alif masa baru lahir dulu. Hehehe. Persediaan mandi sangat penting bagi bayi. Jika rutin yang biasa kita lakukan adalah perkara biasa. Kali ini anda perlu tahu apakah rutin yang sering anda lakukan. Ia amat berbeza untuk bayi. Sediakan pakaian selepas mandi, bentang lapik, sediakan losyen dan minyak, sediakan tungku bayi dan bedung. Pastikan keselamatan diutamakan ketika ingin mandikan bayi! Ketika mandikan bayi, ruby akan fokus kepada anak sahaja. Sesiapa panggil ruby, ruby akan diam. Kemudian bunyi telefon ruby abaikan. Hanya untuk pastikan keselamatan anak.

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Persedian Mandikan Bayi

  1. Sentiasa bersama bayi
  2. Sokong leher dan kepala bayi
  3. Suhu air 32’c – 38’c
  4. Pastikan bilik pakaian untuk bayi pada suhu bilik dan tidak sejuk seperti penghawa dingin sama ada masuk atau keluar dari bilik air.

3 teknik mandikan bayi setelah memasukkan bayi kedalam basin

  1. Pangku lengan dan leher
  2. Kepit bayi seperti sandwich
  3. Gunakan peratalan seperti bath net jika anda tidak berani untuk pangku lengan dan kepala bayi

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Teknik Mengurut Bayi oleh Cik Corina Lau

Bagi ibu yang sibuk seperti ruby. Waktu mengurut bayi adalah selepas mandi. Ketika menyapu minyak telon / losyen. Ia juga terapi stress yang bagus untuk ibu, kerana bau minyak atau losyen bayi sangat menenangkan. Hehehe.

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience WorkshopPenjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Menurut Cik Corina Lau, mengurut bayi sangat mudah dan lakukan dengan keseronokan. Enjoy ketika mengurut bayi anda. Gunakan Cetaphil Baby Daily Lotion dan mulakan dengan mengurut tangan bayi, urut jari jemari bayi dengan menarik perlahan-lahan setiap jari kecil bayi. Kemudian urut tapak tangan bayi. Seterusnya urut perlahan-lana dengan meraut tangan bayi dari lengan bayi hingga ke pergelangan tangan. Ulang sehingga anda rasa bayi selesa. Mudah kan? Kemudian teruskan dibahagian lain iaitu kaki dan badan.

Rangkaian Produk Cetaphil Baby

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

  1. Cetaphil Gentle Wash & Shampoo 230ML RM 40.17 (RRP) Bebas dari memedihkan mata dan sangat lembut. Membilas dengan bersih, meninggalkan kulit bayi anda dan rambut dengan haruman yang lembut serta segar.
  2. Cetaphil Ultra Moisturising Bath & Wash 230ML RM 36.99 (RRP) Mengandungi 1/3 losyen bayi yang direka bentuk untuk memberikan kulit bayi anda lembut dan licin. Ia dirumus khas dengan Aloe Vera dan Almond Oil
  3. Cetaphil Daily Lotion 400ML RM 76.21 (RRP) Losyen lembut bayi direka untuk menenangkan, menyuburkan, melembapkan dan melindungi kulit bayi anda daripada kekeringan. Ia dirumus khas dengan Shea Butter
  4. Cetaphil Baby Shampoo 200ML RM 36.99 (RRP) Bebas dari pedih mata dan iritasi sabun, syampu ini melegakan kulit kepala. Mengandungi chamomile yang menenangkan dan perlahan-lahan membersihkan kulit kepala sensitif tanpa kulit rasa kekeringan.

Kesemua rangkaian produk Cetaphil Baby boleh didapati di semua cawangan farmasi berdekatan anda dan harga tertera termasuk cukai GST. Cubalah!

www.cetaphil.com.my

www.facebook.com/cetaphilmalaysia

www.instagram.com/cetaphilmy

www.twitter.com/cetaphilMY

3 comments on “Penjagaan Awal Kulit Bayi Bantu Pulihkan Eczema | Cetaphil Baby Experience Workshop

  1. Perawat Sihir

    Tidak dinafikan penjagaan bayi terutamanya berkaitan dengan kesihatan mereka. Sebagai ibu ayah, suka atau tidak, terpaksa atau rela, kita mestilah belajar cara yang betul tentang semua perkara yang berkaitan dengan anak kita. Kerana kesihatan mereka di masa akan datang bergantung pada penjagaan dan didikan kita pada hari ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge