Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia Membolehkan Anda Memiliki Telefon Pintar Baru Setiap Tahun

Zaman sekarang atau zaman dulu tiada bezanya. Kita semua ingin mengkuti trend dan tidak mahu ketinggalan. Jika tidak ikut trend, at least kita memiliki peranti telefon pintar yang dapat memberi kepuasan kamera yang jelas dan kualiti gambar vivid. Betul tak? Kebiasaanya ruby akan menukar telefon pintar jika fungsi kamera sesuatu jenama telefon itu mencapai piawaian ruby. Hehehe. Yelah, ruby kan suka travel, lasak dan pantas live update. Blogger memang kena cergas. Hehehe. Jadi, program ‘ReNew+’ dari CompAsia membolehkan anda memiliki telefon pintar baru setiap tahun dengan menggunakan Maybank EzyPay! Mudah kan?

Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia Membolehkan Anda Memiliki Telefon Pintar Baru Setiap Tahun

Syarikat pelupusan aset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang terulung iaitu ComputerAsia Sdn Bhd (jenama ‘CompAsia’) pada hari ini melancarkan satu program pemilikan yang bijak digelar “ReNew+’’ yang dijangka dapat mengubah cara bagaimana pengguna akan menjual-beli telefon pintar mereka di negara Malaysia, Singapura dan Filipina. Pelancaran ReNew+ ini adalah merupakan satu langkah perintis yang tidak pernah diterokai oleh mana-mana syarikat ITAD yang berani menembusi untuk bersaing di pasaran telefon pintar baru yang begitu kompetitif di ketiga-tiga negara itu.

CompAsia yang ditubuhkan pada tahun 2012 untuk membangun industri membaikpulih peralatan elektronik di rantau Asia telah bermula mengendalikan operasi fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012. Aktiviti-aktiviti komprehensif yang dilaksanakan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik pengguna yang terpakai ini. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk penggunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monitor, pelayan web, komputer tablet dan telefon pintar yang akan dijual menerusi kedai online sendiri (www.comp-asia.com) dan juga melalui rangkaian pengedaran yang terdapat di seluruh negara. Pada hari ini dan empat tahun kemudian,

CompAsia telah berjaya melebarkan sayapnya menembusi pasaran Singapura dan kini Filipina dalam usaha merealisasikan matlamatnya menerajui industri ini sebagai pembekal peralatan elektronik dan telekomunikasi gunasemula yang terunggul dan juga profesional di rantau Asia.

Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia Membolehkan Anda Memiliki Telefon Pintar Baru Setiap Tahun Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia Membolehkan Anda Memiliki Telefon Pintar Baru Setiap Tahun

Kemunculan ReNew+ yang pertama pada hari ini telah membolehkan telefon pintar baru semakin mampu dibeli pada setiap tahun. Program naik taraf (upgrade) yang lebih bijak ini telah memperkenalkan tawaran produknya yang pertama – pembeli di Malaysia hanya dikenakan bayaran bulanan yang rendah untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+ yang baru dan disamping itu juga pembeli dapat memulangkan iPhone mereka in selepas selesai pembayaran 12 bulan mereka bagi melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun depan tanpa sebarang kerumitan susulan upgrade maupun dikenakan sebarang yuran pembatalan.

Pembeli hanya dikehendaki membeli iPhone terbaru ini dari kedai online CompAsia (www.compasia.com) ataupun dari mana-mana kedai tertentu yang turut menawarkan program ReNew+ ini. Dianjurkan melalui Maybank EzyPay, pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank mereka. Disamping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran “Phone Guard’ percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak.

Secara ringkas, ReNew+ yang bercorak unik ini direka khas untuk menawarkan pilihan yang lebih bijak kepada pengguna yang ingin menaiktaraf telefon pintar mereka setiap tahun. Namun ia tidak serupa dengan pelan tradisional lain yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan kerana ReNew+ ini membebaskan pengguna daripada terikat kontrak dengan syarikat telokomunikasi selama dua tahun.

Program upgrade ini amat fleksibel sekali kerana ia membenarkan pengguna bebas memilih samada syarikat telekomunikasi sendiri maupun bersambung semula sahaja dengan yang sedia ada. Yang amat menarik sekali ia memudahkan pengguna bebas untuk menukar syarikat telekomunikasi walaupun selepas 12 bulan tanpa sebarang kerumitan susulan pembatalan kontrak dua tahun dengan syarikat tersebut.

“Pada tahap permulaannya, ReNew+ dilancarkan hanya untuk menawarkan program upgrade bagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan terdapat permintaan tinggi di pasaran jualan semulanya dan juga peranti ini merupakan iOS premium yang berharga tinggi dan masih tidak mampu dibeli orang ramai terutama mereka dari pasaran Asia yang sedang membangun. Selain itu, pengguna iPhone didapati lebih cenderung dan kerap kali menaiktaraf telefon pintar mereka jika dibanding dengan pengguna jenama lain,” ujar Julius Lim, Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia.

Beliau berkata matlamat CompAsia adalah untuk menawarkan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti berbanding dengan pengeluar OEM maupun syarikat telekomukasi tempatan kerana hasrat pembeli majoritinya setakat ingin mendapatkan satu pelan upgrade yang awal, mudah dan baik. Dengan adanya ReNew+, beliau yakin pembeli dapat menyedari bahawa kini terdapatnya satu cara yang lebih berbeza dan bermanfaat lagi jika mereka ingin membeli dan menjual balik telefon pintar lama mereka.

“Kami berharap ReNew+ dapat memberi impak ataupun merevolusasikan cara bagaimana telefon pintar akan dibeli dan dijual kembali di negara Malaysia, Singapura dan Filipina. Proses merevolusasikan pasaran telefon pintar ini sudahpun bermula dan kita dapat melihat cara-cara inovatif dan lebih bijak bagi dilaksanakan untuk memaksimumkan penggunaan modal dan aset bagi memanfaatkan rantaian bekalan telefon pintar ini. Jelas sekali pasaran telefon pintar ini pantas berkembang maka tidak hairan jika bisnes ini amat sesuai di’uber’kan’,” sambung beliau lagi.

Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia Membolehkan Anda Memiliki Telefon Pintar Baru Setiap Tahun

Deloitte Global ada menjangka sebanyak 1.6 bilion telefon pintar akan dijual pada tahun 2016. Pada tahun yang sama, pasaran global peranti terpakai pula diramalkan oleh Deloitte akan berkembang mencecah 120 juta unit ( anggaran nilai $ 17bn atau 7% daripada keseluruhan jumlah jualan telefon pintar ) dan pasaran peranti lama ini pula dijkatakan akan berkembang 4-5 kali lebih cepat daripada pasaran telefon pintar keseluruhannya ( termasuk peranti lama dan baru ).

Lim turut mengumumkan, “ReNew+ yang dianjurkan oleh CompAsia ini akan menawarkan lagi satu program upgrade istimewa pada awal tahun ini khas untuk pengguna yang gemar telefon pintar Android. Program ini akan bercorak ‘jenama bebas’ di mana pembeli mempunyai kebebasan untuk menukar atau menaiktaraf telefon pintar mereka kepada telefon pintar baru yang sama mewah tetapi berjenama lain.”

Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia Membolehkan Anda Memiliki Telefon Pintar Baru Setiap Tahun

www.compasia.com

www.instagram.com/compasiamy

www.facebook.com/CompAsiaMY

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia Membolehkan Anda Memiliki Telefon Pintar Baru Setiap Tahun

    Blogger Borneo

    (December 16, 2016 - 12:11 am)

    Kalau seperti ini konsepnya, sedap sangat tiap tahun boleh ganti smartphone. Memang jika semuanya sudah mendapat dukungan dari pihak-pihak terkait, hal apapun akan menjadi lebih mudah. Salam dari Pontianak… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.