Food & Recipe

Mudah Hamil Dengan Lazz Susu Kambing Kurma Madu

Assalammualaikum semua, hari ni nak berkongsi beberapa petua dan tips mudah hamil. Tips, petua dan cara adalah satu ayat yang relevan untuk kita pada masa kini. Macam-macam cara kita akan google untuk mencuba dapatkan zuriat. Betul tak? Ruby nak berkongsi tips ni sebab ruby juga seperti anda semua yang tidak bunting pelamin. Hehehe. Semestinya ruby juga berusaha mencari tips mudah hamil dengan Lazz Susu Kambing Kurma Madu sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah dari pelbagai rujukan dan bahan bacaan. Dapat juga dua orang hero iaitu Adam dan Alif. Anak pertama juga perlu usaha, begitu juga anak kedua.

Selain berdoa kepada Allah s.w.t agar dikurniakan zuriat. Ruby juga mengamalkan tips mudah hamil. Ini ikhtiar ruby dan ia sangat berkesan. Berkesan sebab sabar dan suami juga perlu mainkan peranan untuk beri sokongan. Bukan senang tau nak hamil, tambahan pula stress dengan pertanyaan kenalan sekeliling dan badan menggemuk selepas berumahtangga. Mesti orang akan cakap, “dah ada isi ke???” “InsyaAllah, coming soon. Buat masa ni masih mencuba.” Itu je la jawapan yang ruby boleh bagi. Hahaha. Tapi terfikir kenapa berat badan naik selepas berumahtangga sedangkan tidak hamil. Hahahaha!

Ruby amalkan semua tips, petua dan cara bersama suami. Diantaranya adalah diet pemakanan seimbang sebab kalau gemuk sukar hamil. Mereka kata! Hahaha. Kemudian amalkan pemakanan sunnah agar lancar peredaran darah. Ruby juga amalkan perangai tidak aktif supaya mudah lekat. Hahaha. Ini paling kelakar, sebab ruby dari aktif travel. Pergi event sana sini. Stop semua aktiviti demi inginkan zuriat. Memang bosan tahap dewa. Susah nak cakap, rasa macam kemurungan pun ada juga ketika itu. Hahaha.

Ruby tahu ramai ibu yang sedih dan penat mencuba. Jangan putus asa. Selagi kita ada rahim, kita masih boleh hamil. Kata-kata ini memberi semangat kepada ruby. Ruby dapat kata-kata semangat ini dari seorang pemandu teksi wanita. Masa tu bersembang-sembang, kemudian bersembang berlarutan ke cerita zuriat. Dia pun dah bernikah 7 tahun dan tahun ke-5 baru dapat anak. Ketika tu ruby baru 4 bulan perkahwinan. Baru 4 bulan nikah pun dah stress nak anak? Hahahaha. Astagfirullahalazim.

Tips Mudah Hamil

  1. Diet dan amalkan pemakanan yang sihat.
  2. Tidak minum air berais
  3. Tidak minum air beralkohol
  4. Tidak merokok, vape dan hidu asap rokok
  5. Tidak makan makanan tajam seperti buah nanas dan tebu
  6. Amalkan folic acid
  7. Banyakkan berehat dari aktiviti lasak. Memanjat, melompat, berlari.
  8. Amalkan senaman ringan, yoga atau menari.
  9. Minum Lazz Susu Kambing Asli atau Lazz Susu Kambing Kurma bersama madu!

Pada usia 25 tahun ruby dah nikah. 26 tahun Alhamdulillah hamil. 27 tahun dapat anak. Bila terkenang kembali amalan, tips, petua dan cara yang ruby usaha untuk hamil. Memang kebanyakan masa adalah minum susu kambing. Masa zaman ruby tidak semudah anda semua pada hari ini. Susu kambing susah nak cari. Kalau beli dari anney yang bawa tong naik motor tu, ruby kena pandai jaga. Beli, bahagikan susu dan simpan dalam peti beku. Bila nak minum, letak di luar suhu bilik susu kambing tu. Minum pun dua sekali sehari masa sarapan dan sebelum tidur. Susu kambing mahal tau. Sekarang dah mudah didapati dan harga terlajak berbaloi!

Lazz Susu Kambing

Sejak ruby tahu Susu Kambing dah ada dalam bentuk susu tepung dan sachet, ruby terus cuba Lazz Susu Kambing. Tahun 2015 bulan Januari Lazz Susu Kambing mula beroperasi. Ruby beli Lazz Susu Kambing Asli dan Lazz Susu Kambing Kurma. Masa ni susu badan tak meriah dan ruby minum Susu Kambing sebagai booster. Bila Adam dah putus susu badan sepenuhnya, ruby teruskan Lazz Susu Kambing Kurma pula dekat Adam sebagai susu formula. Jadi tidak membazir kan?

Lazz Susu Kambing

Selepas putus susu badan, Allah bagi rezeki zuriat kedua pula! Hehehe. Subur sangat bila amalkan susu kambing. Anak pun lahir kulit cantik dan badan sihat!

Lazz Susu Kambing

Kelebihan Lazz Susu Kambing Kurma

  • Susu Kambing dan Kurma sangat bagus untuk ikhtiar mudah hamil kerana ia memberi kesuburan.
  • Ia juga amalan masyarakat arab dan sangat mujarab!
  • Secara saintifiknya susu kambing diperkaya dengan Kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh.
  • Manakala kandungan asid folik penting untuk menguatkan rahim. Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dengan pesat.

Lazz Susu Kambing Kurma Madu Lazz Susu Kambing Kurma Madu

Sampai hari ni ruby amalkan Lazz Susu Kambing Asli, Lazz Susu Kambing Kurma dan terkini Lazzcafe. Tambahan pula makteh ruby ada kedai produk makanan halal bumiputera iaitu di Pasar Mini Ummah Az-Zain Kampung Jawa Klang. Jadi mudah lah ruby mendapatkan stok. Kalau nak lagi mudah dapat stok, gunalah servis perkhidmatan COD Lazz. Servis penghantaran Cash On Delivery lagi mudah sebab mereka akan hantar ikut kelesaan “masa” kita. Malah boleh plan lagi, macam kes ruby ni. Puan Mimie nak hantar Lazz Susu Kambing semasa ruby tiada di rumah, tetapi suami dan anak-anak ruby ada. Jadi, suami Puan Mimie boleh hantarkan susu tersebut. Yelah cara begini kan lagi bagus? Hehe. Lakukan kerjaya bersama suami dan anak-anak lagi seronok. Betul tak? Puan Mimie COD kawasan Ampang, boleh hubungi whatsapp beliau di +60192548861

Hehehe Harga Lazz Susu Kambing adalah sangat berpatutan! Lazz Susu Kambing Asli RM 45.90, Lazz Susu Kambing Kurma RM 45.90 dan LAZZCAFE RM 35.90. Cubalah!

www.lazzsusukambing.com

www.instagram.com/lazzsusukambinghq

www.facebook.com/lazzsusukambing

6 thoughts on “Mudah Hamil Dengan Lazz Susu Kambing Kurma Madu

    1. Waalaikumsalam, boleh. Saya amalkan folic acid sebelum hamil sehinggalah 6 bulan. Kemudian doktor bagi vitamin obimin dan saya ada juga makan blackmores pregnancy. Amalan ini bergantung juga kepada keadaan ibu. Kalau ibu ada tekanan darah rendah dan darah tinggi, kena tambah makan vitamin lain. Tengok apa kata doktor tau.

  1. Anak Ruby dah 2 rupanya. Sama macam anak Maznee
    .
    Susu kambing memang minuman harian kami sekeluarga
    .
    Terutama anak no 2 Maznee
    .
    Punca minum tu sebab anak Maznee alah susu lembu. Kalau musim demam, berkahak je
    .
    Sampai buat nab
    .
    Sejak pakai susu kambing, masih ada kalau selesema. Tapi sikit je. Terkawal dan tak pernah nab lagi dah
    .
    Memang terbaiklah makanan yang spesifik di kaitkan dengan sunnah.
    Mazni Azmi :)´s last blog post ..Set Kurus Shaklee Harga & Review Terbaik 2017My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge