Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia

      1 Comment on Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia

Assalammualaikum, hari ini ruby nak kongsikan dengan anda kehadiran beauty box baru di Malaysia iaitu Peek-a-Box. Beauty box memang sangat disukai sebab semua wanita suka kejutan dan hadiah. Bayangkan setiap bulan anda akan dapat sesuatu yang menarik pada tarikh yang tidak pasti dan di dalamnya adalah mekap, produk penjagaan wajah. Best kan?

Sejak dari tahun 2012 ruby sudah “berkecimpung” dengan langganan beauty box. Di dalam beauty box ada terdapat produk kecantikan, mekap, penjagaan wajah, voucher dan sampel. Uniknya Peek-a-Box adalah ia ada bonus. Seperti beauty box edisi pelancaran kali ini adalah sehelai tudung bawal aidijuma. Ruby dapat tudung biru bercorak bunga. Cantik sangat!

Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia

Memperkenalkan Peek-a-Box, kotak kecantikan No.1 Malaysia! Kotak kecantikan yang hangat diperkatakan ini telah dilancarkan di dalam sebuah acara bertempat di Talent Lounge hari ini. Ia turut memperkenalkan kotak berlaci cantik yang mengandungi produk kecantikan daripada rakan jenama seperti The Body Shop, Melvita, The Face Shop, Avenys Skincare, Hairkur by Hairkunst, Melora Virgin Coconut Oil dan Remember Me Black Seed Oil.

Lebih istimewa, Peek-a-Box memahami nilai kecantikan yang meluas dan tidak mahu menghadkan erti kecantikan sekadar penjagaan kulit dan kosmetik. Ia turut sama memperkenalkan jenama yang mempromosikan kecantikan dalam cara dan medium berbezaa. Ini terbukti menerusi kolaborasi pertamanya bersama Aidijuma, jenama Tudung Bawal No.1 Malaysia yang menampilkan koleksi terbaru Aidijuma sebagai salah satu jenama kecantikan di dalam kotak kecantikan Peek-a-Box.

Peek-a-Box tampil dengan konsep langganan eksklusif kotak kecantikan yang menawarkan empat (4) hingga lima (5) produk kecantikan istimewa bersaiz sampel deluxe dengan penghantaran terus ke rumah anda. Penggemar kecantikan berpeluang mencuba dan menikmati tawaran hebat produk mewah, kosmetik eksklusif dan terkenal, penjagaan kulit, wangian, penjagaan rambut dan pelbagai lagi produk kecantikan jenama antarabangsa dan Malaysia. Berkonsepkan majalah mini, ia hadir dengan nota kecantikan yang mengandungi informasi produk pilihan setiap bulan di dalam kotak tersebut selain review daripada pakar kecantikan Peek-a-Box.

Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia

Ditubuhkan oleh Shuhada Alauddin, seorang peguam yang kemudiannya memilih untuk bertukar kepada pakar warna dan usahawan; beliau memulakan Peek-a-Box dengan visi untuk menyatukan kecantikan dalaman, seperti self-love, intelek, keyakinan dan semangat jati diri; dengan kecantikan luaran. Maka terciptalah tagline “Beauty Inside Out”. Shuhada mendapat sokongan hebat daripada dua lagi co-founder, iaitu Zura Ahmad dan Bubblegumhijab, ikon fesyen dan kecantikan; di mana keduanya memiliki pengalaman dan portfolio yang hebat di dalam bidang masing-masing.

Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia

Pelancaran Peek-a-Box menyaksikan kehadiran pelbagai selebriti dan ikon daripada industri fesyen dan kecantikan. Lebih hebat, majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran ikon fesyen dan kecantikan antarabangsa, Nabiilabee, yang diterbangkan khas daripada United Kingdom sebagai tetamu istimewa bagi majlis pelancaran ini. Ketika majlis, Nabiilabee turut berkongsi kepakaran dan pengalamannya mencuba produk kecantikan yang terdapat di dalam kotak kecantikan khas sempena majlis pelancaran tersebut. Lebih menarik apabila setiap tetamu yang hadir diberi kesempatan untuk mencuba sendiri produk-produk kecantikan yang mengambil bahagian dengan sesi memanjakan diri di pampering booth jenama terlibat.

Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia

Penghantaran pertama Peek-a-Box akan bermula pada Januari 2017 agar pelanggan boleh menikmatinya ketika musim Hari Kekasih yang terkenal sebagai musim meraikan yang istimewa. Namun, Peek-a-Box membawa mesej berbeza kerana ia menggalakkan pelanggan untuk menghargai diri mereka sendiri dengan hadiah istimewa daripada Peek-a-Box!

Kombinasi unik seni dan kecantikan, Peek-a-Box direka eksklusif agar ia kemudiannya boleh digunakan secara kreatif oleh pelanggan. Kotak bermotif ikonik dengan warna menarik ini hadir dengan tali penarik laci agar boleh digunakan semula sebagai kotak kecantikan dan laci dekorasi. Menariknya ketika musim perayaan dan bulan istimewa kotak ini akan dihiasi dengan tombol laci edisi terhad, seterusnya menampilkan Peek-a-Box berbeza daripada jenama kotak kecantikan lain. Ini membuat pelanggan rasa lebih teruja dan tidak sabar menantikan kotak edisi terhad yang bakal ditawarkan ketika kempen istimewanya.

Apa yang lebih hebat tentang Peek-a-Box ialah ia menghargai para pelanggan dengan cara yang menarik. Jenama ini berkerjasama dengan ikon antarabangsa dan Malaysia menerusi kempen ‘Unboxing Challenge’. Iaitu kolaborasi istimewa bersama ikon selebriti, blogger kecantikan dan jurusolek antaranya, di mana mereka dipilih untuk mencuba semua produk di dalam kotak kecantikan bulanan dan kemudian berkongsi mengenai pengalaman sebenar bersama pelanggan. Ini dapat dilihat menerusi kolaborasi pertama Peek-a-Box bersama NabiilaBee ketika majlis pelancaran kotak kecantikan ini. 3

Jika anda tercari-cari produk kecantikan terbaru secara lebih jimat dan “mesra poket”, Peek-a-Box menawarkan lebih daripada nilai tersebut. Pelanggan boleh memilih untuk melanggan secara individu atau bulanan dengan harga serendah RM59.00 sahaja. Buat masa ini, Peek-a-Box boleh didapati menerusi pakej langganan sebulan, tiga bulan, enam bulan dan 12 bulan bersesuaian dengan bajet anda. Selain itu, Peek-a-Box turut menawarkan setiap pelanggan tetap diskaun hebat sehingga 10% untuk langganan seterusnya.

Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia

Selain diri sendiri, Peek-a-Box amat menggalakkan pelanggan untuk menghargai si dia yang istimewa. Meraka boleh membeli kotak kecantikan ini sebagai hadiah dengan nota peribadi kepada teman wanita, kakak atau adik perempuan dan juga ibu (hey, ibu pun ingin tampil cantik juga!)

Mudah sahaja caranya untuk melanggan kotak kecantikan ini. Hanya layari www.peek-a-box.com, klik langganan kotak kecantikan ini di dalam “troli” anda dan tunggu sahaja kehadiran kejutan istimewa di hadapan pintu rumah. Dengan Peek-a-Box, alamilah pengalaman mewah membuka “kejutan” hadiah hebat untuk diri sendiri – malahan lebih istimewa!

www.peek-a-box.com

www.facebook.com/Peek-a-Box

www.instagram.com/peekabox_beautybox

1 comment on “Peek-a-Box kotak kecantikan No.1 Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.