Giveaways & Peraduan DC Justice League

      1 Comment on Giveaways & Peraduan DC Justice League

Siapa di sini meminati semua watak dalam DC Justice League? Mesti anda semua suka kan? Kalau kita yang dewasa juga suka, inikan pula anak-anak kita. Hehehe. Jadi, hari ini ruby nak kongsikan dengan anda semua berkenaan The Justice League, yang juga dikenali sebagai Justice League of America (JLA). Ia merupakan pasukan superhero fiksyen yang terdapat di dalam buku-buku komik Amerika terbitan DC Comics. Pasukan superhero itu adalah himpunan wira-wira yang menyertai Liga Keadilan. 7 anggota asal adalah Batman, Aquaman, Flash, Green Lantern, Martian Manhunter, Superman, dan Wonder Woman. Kemudian pada tahun 20Superhero mana yang menjadi pilihan anda? Ruby sudah semestinya suka Wonder Woman! Hehehe. Sekarang Giveaways & Peraduan DC Justice League sedang berlangsung! Anda boleh sertai dengan cara yang sangat mudah.

Giveaways & Peraduan DC Justice League

Selama 5 minggu dua peraduan sedang berlangsung iaitu Giveaways Mingguan dan Peraduan Sweepstakes. Malah minggu ini adalah minggu ketiga! Jadi apa tunggu lagi! Cepat join!

Giveaways Mingguan Instagram

Langkah 1 : Ambil gambar anda dengan gaya yang paling kreatif bersama-sama produk DC Comics yang anda miliki seperti baju, topi, bag, komik dan sebagainya. Pergi kedai DC Comics Superheroes dan bergambar pun boleh!

Langkah 2 : Muat naik gambar anda ke akaun Instagram dan Facebook dengan kapsyen bersesuaian dan wajib akhiri kapsyen dengan hashtag #DCSuperHeroesMY. Pastikan akaun Instagram dan Facebook anda di set kepada PUBLIC. Supaya mudah untuk pihak penganjur merujuk penyertaan anda.

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Minggu Pertama : 20 unit baucar tunai RM 30 DC Comics Superheroes Cafe

Minggu Kedua : 20 unit baucar tunai RM 30 DC Comics Superheroes Retail Store

Minggu Ketiga : 20 unit baucar tunai RM 50 PHiten

Minggu Keempat : 20 unit baucar tunai RM 50 TOMEI

Minggu Kelima : 20 unit pas masuk ke Penang Amazing World Studios, George Town

Peraduan Sweepstakes Whatsapp

Langkah 1 : Beli mana-mana produk atau barangan DC Comics untuk menyertai peraduan Whatsapp. Jika anda ingin menggunakan resit yang sama semasa Giveaway Mingguan Instagram juga boleh!

Langkah 2 : Setiap RM10.00 anda akan dapat 1 mata ganjaran. Lebih banyak pembelian, lebih banyak mata ganjaran. Maka lebih tinggi peluang anda untuk menang.

Langkah 3 : Hantarkan gambar resit pembelian anda kepada whatsapp +60 10 980 0375 beserta nama penuh, alamat emel dan juga no telefon.

Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pemenang Pertama

Pakej Percutian Keluarga seramai 4 orang ke Studio City, Macau – Batman Dark Flight dan Warner Bros Fun Zone!

Pemenang Kedua

2 x Loket emas DC oleh Tomei

Pemenang Ketiga

3 x Bagasi Batman bersaiz 24″

Pemenang Saguhati

10 x DC Gift Pack.

Menarikkan? Jadi apa tunggu lagi? Jom beramai-ramai ke DC Comics Superheroes Retail Store sekarang! Ruby pernah ke cawangan Sunway Putra Mall sebab nak beli kek Superman Adam. Hahaha.

www.dccomics.com

www.facebook.com/JusticeLeague

1 comment on “Giveaways & Peraduan DC Justice League

  1. Mazni Azmi :)

    Ini kalau suami Maznee tahu, mungkin dia join
    .
    Suka juga tengok kartun dengan anak anak. Lagi bagus macam ni sebab kartun pun ada benda yang tak sesuai anak tengok
    .
    Kalau mak ayahnya duduk tengok sama
    .
    Boleh tapis bahagian yang tak sesuai tu
    .
    Bayangkan kalau kita tak bagi tengok langsung, nanti dah besar mereka culture shock. Makin susah nak kawal kan
    Mazni Azmi :)´s last blog post ..Set Bersalin Shaklee 2017 Mudah Berpantang & Susu Ibu BanyakMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.