Ruby's Thoughts

Kebersihan Oral Anak-Anak Bermula Dengan SensiTeeth Kids

Dari bahagian gigi dan mulutlah, segala bakteria yang mengakibatkan pelbagai penyakit hadir. Tambahan pula anak-anak kecil berusia 6 tahun ke bawah ini lebih suka makan pelbagai makanan manis. Keadaan itu membuatkan ibu bapa sukar untuk mendidik anak untuk kerap memberus gigi. Memberus gigi dan lidah amat penting bagi membersihkan bahagian oral selain memberi nafas segar dan tidak berbau. Tetapi, bagaimana ibu bapa ingin laksanakan? Jom ruby ingin berkongsi kebersihan Oral anak-anak bermula dengan SensiTeeth Kids. Percaya atau tidak, apa yang ibu bapa lakukan. Pasti anak-anak akan ikut. Melalui pengalaman ruby, ruby memberus gigi dan kemudian berkumur dengan mouthwash. Mesti Adam nak juga mouthwash. Menangis-nangis nak juga, sedangkan dia tidak tahu mouthwash orang dewasa rasa pedas dan sangat dingin. Tetapi untuk anak-anak hanya ada ubat gigi sahaja. Sedihkan?

Sensiteeth Kids telah melakukan kajian bagi menghasilkan produk penjagaan gigi yang sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak. Uniknya ia juga terdapat untuk bayi. Selama hari ini ruby fikir untuk penjagaan oral bayi hanya cuci dengan kain basah dan untuk kanak-kanak berusia 1 tahun baru mula memberus gigi. SensiTeeth kini dalam usaha untuk mengurangkan risiko reaksi alahan. Semua produk dalam rangkaian ini adalah bebas gluten dan sesuai untuk mereka yang mengambil ubat homeopati. Jadi, Adam dan Alif sangat sesuai untuk mula menjaga oral dengan SensiTeeth Kids.

Rangkaian & Kelebihan Produk SensiTeeth Kids

SensiTeeth Kids

Adam dah mula seronok apabila ada ubat gigi dan mouth wash khas untuk dia. Sekarang dia dah tahu waktu menggosok gigi. Selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Ruby gunakan SensiTeeth Kids 500ppm dan SensiTeeth Kids Mouthwash. Sebab ia sesuai untuk usia Adam 3 tahun.

SensiTeeth Kids 500ppm (Untuk 3 tahun keatas)

Untuk peringkat ini, anak-anak sudah pandai meludah keluar ubat gigi selepas memberus gigi. Ia adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka ubat gigi dengan kalsium fluorida, kerana fluorida membantu untuk mencegah dan mengawal kerosakan gigi. Manakala kalsium boleh membantu untuk perkembangan gigi yang kuat. SensiTeeth menyediakan jumlah fluorida yang sesuai iaitu hanya 500ppm untuk kanak-kanak pada usia 3 tahun. Direka khas untuk kanak-kanak dengan perisa raspberry.

SensiTeeth Kids
SensiTeeth Kids
SensiTeeth Kids SensiTeeth Kids

SensiTeeth Kids Mouthwash 100ppm (Untuk 3 tahun keatas)

Memberus bersendirian hanya mencapai 25% daripada kebersihan mulut. Mouthwash yang mengandungi fluorida juga menyediakan dos tambahan perlindungan rongga mulut. Mengurangkan kuman dan sisa plak selepas memberus gigi.

SensiTeeth Kids SensiTeeth Kids

SensiTeeth First (Untuk 6 bulan keatas)

Ubat gigi untuk bayi berusia 6 bulan keatas. Cara penggunaan adalah apabila gigi pertama bayi sudah mula tumbuh, anda boleh terus amalkan SensiTeeth First. Enamel gigi bayi adalah kurang padat dengan galian daripada enamel gigi kekal, menjadikan mereka mudah terdedah kepada kerosakan. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk mula menjaga kebersihan oral sebaik sahaja gigi pertama bayi muncul. Ia adalah penting untuk melindungi gigi bayi kerana ia memainkan peranan yang amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan setiap kanak-kanak. Malah ia adalah selamat jika tertelan.

SensiTeeth Kids 1000ppm

Apabila kanak-kanak memasuki peralihan gigi, tempoh gigi susu pertama mereka akan menjadi longgar kerana penyerapan semula akar dan mula tercabut. Gigi kekal secara beransur-ansur akan keluar ke dalam ruang gusi yang ditinggalkan oleh gigi susu pertama. Gigi akan menjadi longgar semasa gigi peralihan. Mungkin ada pendarahan ringan semasa memberus gigi. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak mereka untuk terus menjaga kebersihan mulut dengan baik, termasuk kawasan sekitar gigi walaupun ia longgar. Ini untuk mengelakkan radang gusi.

Kanak-kanak sehingga usia enam tahun yang tidak mempunyai kerosakan gigi boleh menggunakan ubat gigi seperti biasa, tetapi pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya 1,000ppm fluorida. Bagi kanak-kanak yang mendapat kerosakan gigi lapuk atau rongga sila rujuk kepada fluorida yang lebih tinggi iaitu 1450ppm.

SensiTeeth Epismalto 1450ppm

Perlindungan daripada karies dan bakteria dapat membina senyuman yang sihat dan cantik! Ia dapat menyerlahkan gigi kekal dengan penggunaan ubat gigi lebih tinggi fluorida bagi mencegah pereputan gigi. Kerana kaviti adalah penyakit popular di kalangan kanak-kanak pada usia 6 tahun dan keatas kerana mereka mula minum atau mengambil makanan yang mengandungi gula, fluorida 1450ppm berkesan boleh mengukuhkan enamel gigi untuk memastikan sihat dan kuat.

SensiTeeth Kids

SensiTeeth KidsBaguskan produk SensiTeeth ni? Anda ingin dapatkan produk SensiTeeth Kids? Dapatkan di mana-mana cawangan Guardian dan farmasi terpilih. Beli secara dalam talian di https://online.guardian.com.my/index.php/collection/sensiteeth.html juga boleh! Selain itu jika anda ingin mencuba SensiTeeth Kids, anda boleh sertai Christmas Giveaway dan dapatkan sampel PERCUMA! Caranya mudah sahaja! Isi borang survey di http://bit.ly/sensiteethChristmasGIveaway

SensiTeeth Kids

www.facebook.com/SensiteethMY

1 thought on “Kebersihan Oral Anak-Anak Bermula Dengan SensiTeeth Kids

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge