Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

Assalammualaikum semua, ruby dah lama tidak melakukan rawatan facial. Tengok kat muka ni dengan whitehead, sunburned dan tona tak sekata dah. Hurmm. Kulit muka macam meradang je, sebab bila pakai mekap dia taknak bekerjasama. Biasanya bila lepas pakai mekap, muka ruby akan lebih glow. Tapi macam hodoh sebab nampak liang roma dan foundation jadi berkumpul setempat je. Sebelum ni tak ada pun situasi macam ni. Hurmm. Kena lakukan facial lah nampaknya kan? Tapi facial yang bagaimana? Yang seperti di spa tu ke? Picit jerawat, keluarkan whitehead dan pakai topeng muka? Sebenarnya boleh ke picit-picit dan cucuk-cucuk jerawat ni? Memang la tangan gatal nak memicit. Jadi, ruby rasa kali ini kena dapatkan pandangan doktor pakar dematologi. Mereka lebih arif tentang bahagian kulit kita. Kulit muka terutamanya lagi sensitif dan nipis. Ada baca brocher Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic. Macam best je. Tapi sesuai ke untuk ruby?

Apa itu SilkPeel™ Dermalinfusion™?

SilkPeel™ Dermalinfusion™ adalah teknologi baru yang menyediakan dermabrasion pengelupasan tidak invasif dan penyelesaian untuk kulit tertentu di bawah tekanan rendah. Tidak seperti teknologi tradisional yang bergantung kepada kristal kemas atau keradangan lain. Alat dihujung kepala SilkPeel™ Dermalinfusion™ yang rata mempunyai tip berlian abrades mampu masuk ke dalam kulit sebanyak 30 mikron, pengelupasan sel-sel kulit yang mati atau rosak dapat diselesaikan kerana rawatan ini disasarkan jauh ke dalam kulit. Alat penyelesaian masalah kulit wajah ini dirumuskan untuk mereka yang memiliki jerawat, penuaan dan pigmentasi. Rawatan SilkPeel™ Dermalinfusion™, menawarkan kesan serta-merta. Ia telah diuji secari klinikal dan terbukti memberi kulit kembali berseri. Malah rawatan ini boleh digabungkan dengan rawatan laser.

Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

Jenis Kulit Yang Boleh Melakukan SilkPeel™ Dermalinfusion™

Rawatan SilkPeel™ sesuai untuk semua jenis kulit wajah dan ia menangani pelbagai keadaan dermatologi termasuk hyperpigmentation, jerawat, photodamage, dehidrasi dan garis halus kedutan.

Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

Pengalaman Ruby melakukan SilkPeel™ Dermalinfusion™ di Revival Clinic Bersama Dr Jeff Khoo

Rawatan kecantikan semenangnya penting, tapi disebabkan sibuk dan gaya hidup yang sukar untuk membuat rawatan kecantikan. Kebanyakan masa ruby hanya membasuh muka dengan facial wash, toner, serum, essence, moisturiser dan sunblock. Dalam masa yang sama risau kedutan dan garis halus. Ruby ingatkan amalan ini sesuai dengan kulit ruby. Ternyata tidak! Apabila ke Revival Medical Clinic dan bertemu Dr Jeff Khoo, beliau berbesar hati menerangkan apa yang baik untuk jenis kulit ruby.

Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

  • Kulit ruby jenis Dry to Normal

Anda semua perlu tahu jenis kulit anda melalui Doktor Pakar seperti Dr Jeff Khoo sebab pakar kecantikan hanya melariskan produk. Tetapi nasihat doktor adalah yang terbaik. Ruby dah umur 29 tahun baru tahu kulit ruby jenis apa. Selama hari ini ingat kulit jenis kombinasi. Sebab kombinasi kejap oily, kejap kering, kejap T-Zone aje oily dan kejap pipi kering. Sebenarnya kulit muka ruby sudah mula meradang dengan cara penjagaan yang ruby amalkan. Kesiannya kulit ruby. Nak tahu apa yang menyebabkan ruby tahu kulit makin meradang? Bila pakai mekap jadi bercapuk dan tidak kemas. Dr Jeff Khoo juga menerangkan perkara yang sama. Bila ada bahagian kulit muka yang tidak stabil, ia akan berlaku keradangan dan bahagian-bahagian tertentu muka kering dan wujud jeragat. Sedihnya!

  • Rutin Penjagaan Kulit Ruby Cuma 4 Langkah Sahaja
  1. Facial Wash yang tidak banyak buih, membersih tidak terlalu lama dan bilas sebersihnya. Jika selepas bangun tidur hanya membasuh dengan air sahaja sudah mencukupi.
  2. Toner dari water-based!
  3. Moisturiser dari water-based! Aloe Vera adalah yang terbaik!
  4. Sunblocked dari water-based yang mengandungi 2 isi kandungan utama iaitu dari Zinc Oxide dan Titanium Dioxide. SPF 50!

Hahaha nampak tak? Sebab kulit ruby jenis dry tu normal. Jadi kena guna produk berasaskan air atau krim. Tapi ruby tidak suka tekstur krim kerana melekit. Walaupun melekit, ia lebih banyak manfaat untuk kulit ruby yang jenis kering. Huhuhu. Lepas ni cari produk semua berasaskan water-based! Jadi, Aloe Vera is my best friend now and forever! Hahaha.

  • Sesi SilkPeel™ Dermalinfusion™

Seperti yang ruby maklumkan, rawatan SilkPeel™ Dermalinfusion™ boleh digabungkan bersama rawatan laser. Memandangkan Dr Jeff Khoo melihat keadaan kulit wajah ruby yang berjeragat kecil-kecil. Jadi beliau mencadangkan untuk melakukan laser dot dot je. Laser ini fokus kepada kulit yang berjeragat, jerawat dan parut.

Semasa rawatan SilkPeel Dermalinfusion, Pembantu Perubatan Cik Ejane menggunakan Hydrating Formula untuk kulit ruby. Ia bagus untuk melembabkan kulit kering, meningkatkan ketebalan epidermis, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.

Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical ClinicRawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

Nampak tak kulit ruby bertambah berseri selepas sesi SilkPeel™ Dermalinfusion™? Hehehe. Memang rasa segar dan alat tersebut memberi rasa sejuk. Tidak sakit langsung! Ruby tidur sepanjang rawatan walaupun rawatan hanta 30 minit. Hahaha. Semasa rawatan ini, Cik Ejane akan buat dua kali pusingan di seluruh kawasan muka. Nak tahu pusingan yang bagaimana? Hah kena la datang Revival Medical Clinic. Hehe

  • Sesi SilkPeel™ Dermalinfusion™ & Laser

Selesai rawatan SilkPeel™ Dermalinfusion™, Dr Jeff Khoo melakukan sedikit laser di kawasan jeragat di muka ruby. Jadi akan meninggalkan kesan dot dot kecil sahaja. Ketika sesi rawatan, rasa seperti kena gigit semut api! Hahaha. Kemudian bau macam barbeque tu. Jadi, ruby hanya relax dan enjoy sepanjang rawatan. Bila dah selesai, wah cantiknya berseri dah wajah.

Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

Ruby ada bertanya kepada Dr Jeff Khoo, bagaimana ingin menjaga kesihatan wajah selain amalkan regim penjagaan wajah dengan produk kecantikan yang betul, minum air kosong secukupnya dan amalkan gaya hidup yang sihat. “Kecantikan juga seperti impian, jika ingin cantik. Lakukan rawatan facial di klinik aesthetics agar doktor pakar dapat membantu anda. Ini kerana kecantikan seperti impian ingin mencapai bentuk badan langsing. Jika ingin langsing, kita akan lakukan senaman secara konsisten. Masuk gym dan lakukan workout. Begitu juga dengan kecantikan, rawatan pakar secara berkala akan memberi anda kecantikan natural. Malah akan lebih jimat dari membeli produk di luar sana yang anda tidak pasti sama ada sesuai atau tidak. – Dr Jeff Khoo”

Day 1 Selepas Rawatan Sesi SilkPeel™ Dermalinfusion™ & Laser

Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

Day 2 Selepas Rawatan Sesi SilkPeel™ Dermalinfusion™ & Laser

Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

Day 3 Selepas Rawatan Sesi SilkPeel™ Dermalinfusion™ & Laser

*Coming soon

Day 4 Selepas Rawatan Sesi SilkPeel™ Dermalinfusion™ & Laser

*Coming soon

Day 5 Selepas Rawatan Sesi SilkPeel™ Dermalinfusion™ & Laser

*Coming soon

Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic
Jika anda ingin melakukan rawatan seperti ruby, sekarang ada promosi di Revival Medical Clinic! Hubungi klinik untuk set temujanji anda! Best!

Address : Revival Medical Clinic, 33G, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Contact No : +016-2115237

www.revivalclinic.com.my
www.twitter.com/revivalmedical
www.facebook.com/revival.medical.clinic
www.instagram.com/drjeffkhoo_revivalclinic

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Rawatan Facial SilkPeel Dermalinfusion Revival Medical Clinic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.