Wangian Inspire Dr Sheikh Muszaphar & Desire Dr Halina

Memilih wangian adalah sangat rumit, tambahan untuk membeli secara dalam talian. Sebab minat seseorang kepada wangian sangat subjektif. Tetapi, dunia dah berbeza sekarang ni. Sebab ramai dah tahu jenis wangian dan apa baunya nanti. Jika kita cakap isi kandungan wangian dari white musk, apple, cinnamon dan sebagainya. Pasti anda boleh bayangkan baunya segar dan sensual. Betul tak? Itu pengalaman ruby ketika membeli perfume secara dalam talian dan ruby sangat memilih. Kadang-kadang ambil masa seminggu untuk fahamkan wangian itu sesuai untuk kita ke tidak. Perkara yang ruby titik beratkan adalah isi kandungan, jenis botol dan harga. Nak tahu kisah ruby tiba-tiba memilih wangian Inspire Dr Sheikh Muszaphar & Desire Dr Halina dari LUC Empire Ventures?

Sebelum membeli, ruby ada bertanya dekat suami “Nak beli perfume baru tak? Ingat nak beli perfume sedondon yang bila kita pakai, bau dia macam serasi bersama”. Suami ruby cakap “Mana la ada perfume macam tu, mungkin sayang akan berkampung dekat kedai perfume arab untuk dapat bau yang serasi, tapi belum tentu abang suka laaa”. Hahaha. Bersembang dengan lelaki, macam tu lah kan. Rata-rata perfume suami, ruby yang belikan. Lepas tu bila tak serasi dengan bau peluh dia. Akan jadi bau yang sangat kuat dan tidak menyenangkan. Jadi, ruby pun fikir apakah wangian yang sesuai dan sedondon. Sebab kami memang akan hadiri majlis, pergi kerja dan lakukan aktiviti sukan bersama. Susah nak mencari perfume yang sesuai untuk semua perkara dan dalam botol saiz kecil. Kalau setakat perfume calit tu, mana la tahan lama kan. Nak kena cari yang spray juga dan jenis kategori Eau De Perfum.

Tahu tak apa beza diantara Eau de Cologne, Eau de toilette, Eau de parfum dan Perfume? Sebelum nak membeli apa-apa wangian. Jangan fikir semuanya sama tau. Sorry ruby memang jenis suka buat kajian sebelum mengeluarkan duit. Hehehe. Pertama kali beli wangian dah serabut fikir kenapa bau ni tak tahan lama, kenapa bau lain bila spray dekat badan kita, kenapa mahal, kenapa murah dan banyak persoalan lain. Masa zaman dulu takda pakcik google, ruby banyak belajar dengan jurujual wangian arab di jalan Bukit Bintang. Hehehe. Jadi, sekarang ni ruby pula ingin kongsikan apa perbezaan 4 kategori dia atas dan kuantiti kepekatan pati minyak. Beruntung kita di Malaysia kerana tidak ada 4 musim. Sebab setiap kali tukar musim, wangian juga perlu ditukar. Mengikut citarasa anda. Musim sejuk winter janganlah pakai wangian yang terlalu kuat baunya. More kepada fresh sudah memadai. Wangian yang bau kuat selalunya dipakai ketika musim panas. 

Eau de Cologne – Sering dijual pada saiz 200ML dalam bentuk spray, hanya 7% pati minyak wangi dan selebihnya hanyalah aklohol. Wangian yang tidak tahan lama dengan sekali semburan. Jadi semburlah berkali-kali. Sangat sesuai untuk cuaca musim panas.

Eau de Toilette – Ia ibarat abang dan kakak kepada Eau de Cologne, cuma yang membezakannya adalah memiliki 10% pati minyak wangi. Selebihnya alkohol dan ia sangat femes dijual oleh jenama wangian terkenal dalam dan luar negara.

Eau de Parfum – Sering dijual dalam saiz kecil, kepekatan pati minyak adalah lebih daripada 15%, kadang-kadang mencapai setinggi 20%. Harga jauh lebih murah dan apabila anda menyembur wangian jenis ini, ia lebih diketahui oleh masyarakat sekeliling “Ahh wanginya bau dia, jenama apa ya?”. Cuma, jika spray diatas pakaian, perlu berhati-hati jika spray di atas fabrik jenis sutera kerana ia akan meninggalkan kesan spray. Hehehe.

Perfume – Pasti ramai yang sering fikir semua jenis kategori wangian adalah sama. Jika anda sering sebut perfume perfume dan perfume. Jadi inilah perfumenya. Jika ruby, ruby akan bertanya perfume jenis apa? Eau de Cologne, Eau de Toilette, Eau de Parfum atau Perfume? Pastinya kawan ruby blur. Hahaha. Baiklah, perfume ni harganya mahal. Jual dalam botol kecil. Cara guna pun calit-calit di sekitar kulit yang berdekatan nadi seperti pergelangan tangan, belakang telinga dan leher. Ia dari pati minyak wangi atau minyak Extrait. Kepekatan pati minyak sebanyak 40%. Kebiasaan kepekatan purata intipati dalam minyak wangi lain hanyalah 25% sahaja. Bayangkan jika anda dapat guna 40% pati minyak wangi ni? Perghhhhhhh semerbak! Tahan lama dan kebiasaanya bau dia masih kekal diatas fabrik walaupun dah basuh baju. Teringat arwah ayah dulu suka pakai Perfume. Al-Fatihah.

Bila dah tahu kuantiti pati minyak, anda rasa anda akan membeli wangian yang mana satu? Mahal tapi tidak tahan lama dan dari jenama terkemuka atau murah tapi pati minyak wangi tahan lama dan wangian yang anda suka pula tu. Spray sekali di pergelangan tangan dan leher, kemudian bertahan selama lebih 8 jam. Wahh jimat banyak tu.

Wangian Inspire by Dr Sheikh dan Desire By Dr Halina

Wangian Sedondon Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

Wangian Sedondon Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina
Desire By Dr Halina
: dibuat daripada pati Apple, bunga eksotik dan kekayu. Ia membuatkan anda berasa segar, feminin dan sensual kerana memiliki bauan lembut. Sesuai untuk penggunaan harian.

Inspire by Dr Sheikh : Dari pati Musky, kekayu, kayu manis, bunga cengkih dan amber. Bau ini memberi kesegaran kepada si pemakai, bau yang tenang kepada orang sekeliling dan paling penting pasangan anda rasa serasi bersama. Hehehe.

Wangian Sedondon Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

Kedua-dua wangian ini adalah Limited Edition, dapatkan segera! Ia adalah wangian esklusif khas Dr Sheikh & Dr Halina. Halal dan sesuai untuk dipakai ketika Solat. Bau yang lembut dan selesa. Boleh bertahan selama 8 jam! Bayangkanlah! Lagi best dari jenama terkemuka tuuu. Harga sangat berpatutan dan apa yang penting sesuai untuk cuaca panas Malaysia. Ruby rasa suami ruby macam iklan minyak wangi bergerak bila rakan sekeliling dia bertanya perfume apa ko pakai? Suami ruby mesti jawab, entah isteri aku beli kan. Aku spray je. Kotak dia warna gold, botol warna hitam silver. Hari ni dia bawa ke pejabat dan spray kawan-kawan dia sebelum pergi solat jumaat. Hehehe. Botol wangian ini sangat sesuai untuk travel. Masuk je dalam bag.

Wangian Sedondon Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Wangian Sedondon Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

Inspire by Dr Sheikh dan Desire By Dr Halina dijual dalam saiz 30 ml, EDP pada harga RM 49 (Semenanjung Malaysia) dan RM 54 (Sabah Sarawak). Sekarang ada Year End Sale! RM 45 (Semenanjung Malaysia) dan RM 50 (Sabah Sarawak). Nak beli 2 botol? Untuk pasangan anda? RM 85 sahaja! RM 85 (Semenanjung Malaysia) dan RM 94 (Sabah Sarawak). Dapatkan segera!

www.facebook.com/wangianangkasawannegara

www.instagram.com/lucempireventures

www.lucempireventures.com

Agent List : www.lucempireventures.com/agent-list/

Whatsapp : +6012 235 1353 Luc Empire Ventures atau hubungi ejen berdekatan anda

2 comments on “Wangian Inspire Dr Sheikh Muszaphar & Desire Dr Halina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge