Bertemu Sahabat Lama di Majlis Reunion Southern Kinta Consolidated SKC Bernam

Assalammualaikum. Permulaan yang bagus untuk tahun 2017. Ruby dapat bertemu sahabat lama di majlis reunion Southern Kinta Consolidated SKC Bernam. Sebenarnya saja-saja nak join. Tapi rasa macam nak sangat jumpa kawan lama masa ruby kecil dulu. Masa usia ruby 9 tahun. Ruby bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Keledang. Masa tu tinggal di rumah arwah mak long, pak uda dan pak lang. Bayangkan dalam setahun duduk dekat 3 buah rumah di dalam kawasan yang sama.Seronok kan?

Ruby seronok ketika berada di SKC. Macam-macam perkara ruby lakukan dan tahu berkenaan kehidupan. Susahnya duduk di dalam kawasan ini kerana jalan raya kecil, tiada lampu dan jam 7 malam dah gelap dah kawasan ni. Tidur awal dan bangun awal untuk siap ke sekolah. Begitulah rutin setahun. Nampak bosan kan? Tapi disebabkan waktu terhad tulah ruby manfaatkan dengan sebaiknya. Main puas-puas di kawasan rumah, kemudian panjat pokok, kayuh basikal dengan Nur Hidayah. Siapa Nur Hidayah?

Majlis Reunion Southern Kinta Consolidated SKC Bernam

Hidayah ni kawan baik ruby, dia sorang je ruby ingat. Sebab banyak kenangan kami bersama. Hehehe. Lepas setahun, ruby pun pindah. Ruby ada bagi surat dekat Hidayah untuk kami terus berhubung. Tapi faham-faham lah masing-masing dah mula sibuk dengan pelajaran. Entah apa ruby tulis tiap kali pos surat pun tak tau la. Mesti kelakar bila baca balik.

Sekarang kami dah 30 tahun dan kami bertemu kembali. Setelah 21 tahun baru kami jumpa! Berdebar nak jumpa. Sebab bila teringat kenangan tu, mesti rasa nak menangis. Tapi bila jumpa, jadi ketawa pula banyak. Anak kami pun dua orang juga. Dia bekerja di Kuantan, dekat dengan rumah mertua ruby. Kalau balik kampung boleh la jumpa! What a small world.

Majlis Reunion Southern Kinta Consolidated SKC Bernam

Majlis Reunion Southern Kinta Consolidated SKC Bernam

Bila dapat jumpa balik kawan lama. Ruby rasa satu nikmat. Nikmat Allah s.w.t berikan ketika masih bernyawa. Berbaik dengan semua orang dan apabila bertemu balik, pasti kenangan yang baik-baik dibawa bersama. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge