Ruby's On The Scene

Giveaway Bunga Segar Dan Cantik Dari notjustflowers.my

Bunga sentiasa menjadi penyeri kita. Sebagai hadiah kepada seseorang atau sebagai hiasan ruang kosong. Ia memberi satu pengalaman baru kepada perasaan ketika itu. Kali ini ruby ingin memberi giveaway Bunga Segar dan Cantik dari notjustflowers.my kepada 2 pengikut bertuah. Kenapa bertuah? Sebab ruby nak pemenang dalam kadar segera dan di dalam kawasan Klang Valley agar mudah untuk proses penghantaran. Sebelum nak memberi, ruby nak berkongsi dengan anda apa itu notjustflowers.my. Bagaimana mereka beroperasi? Koleksi bunga yang mereka tawarkan dan apa yang menarik tentang bunga-bunga ini.

Bunga dari notjustflowers.my adalah salah satu program Good Course Bouquet iaitu projek khidmat masyarakat bersama United Voice & PDK, Sg Buloh. Berapa harga bunga-bunga ini? Ia hanya RM 68 untuk satu bakul bunga atau satu jambak bunga. Murah kan? RM 68 termasuk penghantaran di seluruh kawasan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Cantik-cantik pula tu. Hehehe. Jangan lupa, ia adalah bunga segar! Mana nak dapat gubahan bunga segar dengan harga begitu. Dari pengalaman ruby, nak beli bunga sekuntum pun dah mahal. Kalau beli sejambak dan sebakul RM berapa la kan. Sebab tu lah suami ruby takut nak belikan bunga. Hahaha.

Giveaway Bunga Segar & Cantik Dari @notjustflowers.my Giveaway Bunga Segar & Cantik Dari @notjustflowers.my

Oleh kerana ruby telah membeli bunga dari notjustflowers.my. Suami ruby mula suka dengan hiasan bunga segar di dalam rumah. Hehehe. Tiap pembelian bunga ini akan memberi sokongan kepada Good Course Bouquet. Dalam masa membeli, kita juga menderma. Baguskan? Ruby tak kisah beli untuk diri sendiri, sebab ruby sebagai ibu dan sumber kekuatan keluarga perlu lakukan sesuatu untuk cipta mood yang positif di dalam rumah. Sama ada untuk diri ruby, atau suami atau anak-anak. Hehehe.

Giveaway Bunga Segar & Cantik Dari @notjustflowers.my
Green / White Good Cause Bouquet, just perfect to calm a troubled mind!
Giveaway Bunga Segar & Cantik Dari @notjustflowers.my
Orange / Yellow Good Cause Bouquet, just perfect to brighten someone’s day!
Giveaway Bunga Segar & Cantik Dari @notjustflowers.my
Blue / Purple Good Cause Bouquet, just perfect for the special someone!
Giveaway Bunga Segar & Cantik Dari @notjustflowers.my
Pink / Red Good Cause Bouquet, just perfect to express unconditional love!

Untuk 2 orang pemenang giveaway kali ini, ruby hanya perlu anda komen di ruang komen di bawah sepantas kilat. 2 orang pertama yang komen sambil ceritakan bunga warna apa kegemaran anda kenapa. Terus ruby bagi bunga ini kepada anda. Hehehe. Simple kan? Kemudian ruby akan contact anda melalui email address yang anda gunakan untuk komen tu. 2 orang pemenang ruby akan pilih dan ruby akan beritahu kepada pemenang sama ada anda akan dapat bunga jenis di dalam bakul atau jenis sejambak. Hehehe. Teruja kan? Jadi cepat-cepat join k. Pastikan anda di dalam kawasan KL atau PJ!

Jika anda ingin beli sendiri bunga-bunga cantik ni, anda boleh Direct Message di @notjustflowers.my Instagram account ya!

4 thoughts on “Giveaway Bunga Segar Dan Cantik Dari notjustflowers.my

  1. Assalammualaikum Ruby
    Bunga2 dari notjustflowers.my sangat indah dan unik
    Saya sangat suka bunga dan bunga boleh menjadi terapi
    Bunya kegemaran saya Harum Sundal Malam dan Tulip
    Bunga mawar itu wajib bagi pencinta bunga

    jika saya terpilih penghantaran juga amat mudah kerana tempat kerja saya hanya di BSD 😉

  2. Assalamualaikum Sis Ruby,
    Sebagai seorang wanita saya sangat berminat dengan bunga-bungaan segar sehingga saya pernah menghadiahkannya kepada seorang lelaki kerana terlalu berminat terhadap bunga serta simboliknya. Gubahan notjustflowers.my adalah terlalu indah dimata saya malah hati juga telah terpaut terutamanya kepada Blue/Purple Good Cause Bouquet. Terima kasih atas perkongsian Sis Ruby tentang notjustflowers.my. Semoga hari-hari Sis Ruby juga indah bak bungaan segar. 🙂

  3. Assalammualaikum, kalau lelaki nak join giveaway boleh ke? Bunga dalam bakul tu cantik untuk hiasan di meja kerja ofis. Takpun letak dekat kabinet. Suka semua warna bunga. Rambang mata nak pilih. Hehe

  4. Assalammualaikum, terbaca tentang giveaway bunga segar. Saya memang minat bunga segar. Cuma ia terlalu mahal untuk sekadar hiasan dan pemberian. Jadi, nak tunggu orang bagi memang tidak ada. Beli sendiri pun terlalu mahal. Tapi bila ada tawaran istimewa RM 68 dan ia bunga segar. SANGAT BERPATUTAN Harganya! Suka basket tu, boleh letak dekat meja makan. Penyeri ketika makan bersama keluarga. Perkongsian yang bagus ruby!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge