Ruby's Thoughts

Cara Cepat Perbaharui Passport Malaysia

Sebenarnya ruby lalui pengalaman ini. Jadi, nak kongsikan dengan anda semua cara cepat perbaharui Passport Malaysia. Ruby sedia maklum tentang perlu perbaharui passport 6 bulan sebelum tamat tempoh. Tapi, tetap juga terlepas pandang passport tamat tempoh. Hahaha. Panik dekat lapangan terbang tau. Bukannya panik beberapa hari sebelum percutian. Hurmmm. Jadi jangan berdegil nak cuba-cuba travel dengan passport lagi dua bulan tamat tempoh. Hahaha. Memang tidak boleh la kan!

Cara Cepat Perbaharui Passport Malaysia

 

Ruby perhatikan ada negara yang membenarkan 3 bulan passport sah dan ada yang memerlukan visa. Cuma untuk selamat, lebih baik perbaharui apabila menghampiri 6 bulan terakhir sebelum tamat tempoh. Tidak bermakna passport anda untuk 2 tahun tu akan perbaharui genap usia passport 2 tahun. Hahaha. No no no. Anda perlu perbaharui passport ketika usia 1 tahun 4 bulan tau. Rugi kan perbaharui passport selama dua tahun masa dulu. Lebih baik perharui terus ke 5 tahun macam sekarang. Sebab bermula 15 Januari 2015 lah dah mula passport 5 tahun. Alhamdulillah!

Kes ruby adalah passport tamat tempoh November 2016 dan ruby travel September 2016. Hahahaha! Memang tak boleh la kan! Jadi kena perbaharui segera! Alhamdulillah perbaharui passport di Malaysia ambil masa 1 hingga 2 jam sahaja. Tips dan cara cepat perbaharui passport Malaysia di Pejabat Imigresen Kompleks KDN Jalan Duta. Ruby rasa ini adalah lokasi paling cepat pantas dan terbaik! Sepantas kilat siap.

Tips 1 : Rancang Perjalanan

Kawasan Kompleks KDN Jalan Duta ni sesak dan ramai orang. Dari pekerja awam, orang awam, pekerja asing, orang berniaga dan pegawai keselamatan. Bayangkanlah berapa petak parking yang ada untuk anda? Tidak ada! Hahaha. Semuanya bergantung kepada nasib. Ruby berharap anda tanamkan sikap sabar semasa mencari parking. Kalau nak double parking pastikan hand brake tidak ditarik, gear ditukar kepada mode N (Natural) dan tinggalkan nombor telefon. Kita mudahkan kerja semua pihak k.

Tips 2 : Tahu lokasi Jabatan Imigresen

Bahagian ini memang kelam kabut sebab dengan ramai manusia, anda pasti blur. Jangan nak memandai main redah masuk kawasan tidak berkaitan. Sila ke kaunter pertanyaan di bahagian tengah lobi. Ada pegawai awam bertugas. Kalau nak lagi cepat, tanya dekat pakcik RELA dekat mana tempat buat passport. Mereka akan bagi tahu lokasi dimana. Masuk dalam dan cari eskalator! Naik tingkat satu dan belok kiri. Kemudian ke bilik A. Beratur untuk ambil nombor. Jangan blur okay!

Tips 3 : Sediakan Dokumen Penting dan Sediakan Diri Anda juga

Sediakan dokumen penting dan wang tunai terlebih dahulu. Kad Pengenalan, Passport lama dan RM 200! Itu je! Tak perlu kalut untuk sediakan gambar ke apa ke. Sekarang dah ada peranti untuk ambil gambar anda! Pakai tudung hitam tau! Sediakan diri anda juga. Tudung hitam tidak bercorak kalau tak ada, anda boleh pinjam dari pegawai imigresen ya! Jangan malu! Ruby masa ni pinjam tudung sarung je. Memang tidak lawa gambar ruby tu. Tapi itulah kebenarannya bila dah penat kan. Penat berlari dari Lapangan Terbang ke Jalan Duta. Gigih? Hahaha.

Tips 4 : Sabar

Sabar menunggu dokumen anda disediakan oleh pegawai imigresen. Mereka nak print, nak cap jari anda dan nak berikan dokumen kepada pegawai atasan. Kemudian mereka akan bagi satu kertas untuk anda ambil passport yang dah siap setelah bayaran dibuat. Wahhh dah nak siap dah.

Tips 5 : Terima Kasih

Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada pegawai bertugas. Passport Malaysia adalah yang paling pantas dikeluarkan jika dibandingkan dengan negara lain. Bersyukurlah! Jom travel!

Kronologi Cepat Perbaharui Passport Malaysia

  • 1.30PM : Tiba di Parking Kompleks KDN Jalan Duta
  • 2PM : Masuk ke bilik A dan terus beratur untuk ambil nombor giliran. Cepat kan ruby berjalan! Hahaha
  • 2.15PM : Nombor ruby dipanggil dikaunter pendaftaran.
  • 2.30PM : Pegawai imigresen siapkan dokumen, ambil gambar, print, kita cap jari dan tandangan. Buat bayaran. Siap!
  • 3PM : Nombor ruby dipanggil untuk ambil Passport yang dah siap. Alhamdulillah!

Satu jam passport siap! Itu adalah anggaran masa! Jika siap awal, itu bonus untuk kesabaran anda. Betul tak?

Pejabat Imigresen Kompleks KDN Jalan Duta
No.69,Jalan Sri Hartamas 1
50480 Jalan Duta
Kuala Lumpur

Tel : 03-6205 7400
Fax: 03-6201 1191

Office Hours: 
Mon – Thu : 7.30 am – 1.00 pm & 2.00 pm – 5.30 pm
Friday       : 7.30 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.30 pm

Rehat : 1PM – 2PM (Isnin – Khamis) / 12.15PM – 2.45PM (Jumaat)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP

Cara Cepat Perbaharui Passport Malaysia

Pelbagai cara anda boleh perbaharui passport, menggunakan mesin Passport Renewal Kiosks (KiPPas), pergi ke cawangan UTC berdekatan anda atau ke Putarajaya terus. Tapi ruby tetap selesa di Kompleks KDN Jalan Duta dan beratur ke kaunter. Sebab berkomunikasi dengan pegawai beruniform ni rasa bangga. Suka cara mereka melayan pelanggan. Staf wanita memang lemah lembut je. Hehehe.

Semoga Urusan Anda Semua Dipermudahkan! Selamat Bercuti!

Info lanjut berkenaan passport boleh rujuk disini http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa

Jika ingin perbaharui di dalam talian, boleh gunakan perkhidmatan terkini Jabatan Imigresen https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?lang=en

2 thoughts on “Cara Cepat Perbaharui Passport Malaysia

  1. Wah cepat siap Imigresen di jalan Duta. Saya baru hidupkan Passport pada hari Ahad baru ini imigresen UTC Keramat.

    Lebih kurang pukul 10pagi walkin dan collect passport dalam jam 2.30petang. Urusan di kaunter cepat cuma masa menunggu giliran agak lama.
    akubiomed´s last blog post ..Aslah melangkah ke tahun 1My Profile

    1. UTC Keramat tu parking pun susah nak dapat kan? Pernah pergi ke sana untuk buat Kad Pengenalan Adam dan Alif. Silap naik kereta, kalau bawa motor boleh parking lagi berdekatan dengan bangunan. Ruby parking di LRT dan berdoa agar tidak kena saman dengan DBKL, Polis dan Penguatkuasa. Hahaha. Kena clamp lagi la tidak mahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge