Olay Regenerist Miracle Duo

Semakin meningkat usia, semakin nampak garis-garis halus di wajah. Mulalah sibuk google produk anti-aging. Pastinya ramai yang ingin jalan pintas dengan menerima rawatan pakar aesthetic sedangkan kita boleh menjaga dari awal usia dengan menjaga wajah sebaiknya. Tapi itu bagi yang berkemampuan lah kan. Jika anda sibuk dengan urusan harian, temujanji dengan doktor pasti akan kerap dibatalkan. Seperti ruby, ruby sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu, usahawan dan sibuk sampai tiada masa untuk menjaga diri. Penampilan dan rupa paras apatah lagi. Kan? Jadi hari ini ruby nak kongsikan produk Olay Regenerist Miracle Duo. Ia adalah produk terhangat dipasaran.

Bagi ruby, jika ingin kelihatan cantik. Kita perlu menjaga dalaman dengan kerap minum air suam. Kemudian baru diikuti dengan produk penjagaan kulit yang bagus. Konsistensi pemakaian juga penting dan ia sangat membantu memberi wajah sihat, muda yang anda idamkan. Regimen penjagaan wajah sangat-sangat penting. Jika bahagian ini anda selalu skip, bila pakai mekap mesti bercapuk dan kulit kering. Sekejap kulit kering, kejap berminyak, kejap berjerawat dan macam-macam lagi.

Olay Regenerist Miracle Duo

Ruby sering ditanya bagaimana menjaga wajah. Wajah ruby tidaklah secantik mana, tetapi cun la juga. Hahaha. Ruby sentiasa amalkan penggunaan pelembab dan serum. Jika tiada dua ini. Pasti rasa tidak lengkap. Selain dari minum air suam 3 liter sehari. Produk penjagaan kulit wajib diamalakn tau. Tolonglah jangan skip. Lepas cuci muka, pakai toner, kemudian Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence. Kemudian bila dah serap masuk ke dalam kulit, pakai pelembab Olay Regenerist Micro Sculpting Cream Moisturiser. Pelembab Micro Sculpting Cream Moisturiser ni sangat sejuk dan memberi anda rasa segar apabila memakainya. Jika tiada masa untuk tunggu moisturiser menyerap sepenuhnya, ruby sering memakai krim ini di hadapan kipas. Hehehe. Tips yang berguna untuk ibu-ibu yang super busy!

Olay Regenerist Miracle Duo Olay Regenerist Miracle Duo

 

olay-regenerist-miracle-duo-2 olay-regenerist-miracle-duo-4 olay-regenerist-miracle-duo-3

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence

Olay, memperkenalkan kejayaan seterusnya dalam pembaharuan sel kulit – Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence. Ia direka untuk mengaktifkan pelembab anti-penuaan anda untuk meningkatkan metabolisme sel kulit dalam pembaharuan yang menakjubkan, kulit anda lebih muda dan kelihatan 10 tahun lebih muda. Proses pertama bermula apabila pembaharuan berjuta-juta sel-sel di permukaan kulit dan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, liang dan menganjalkan kulit. Didatangkan dengan bungkusan auto-penitis yang unik memastikan jumlah yang tepat dan cara penggunaan yang betul.

olay-regenerist-miracle-duo-6 olay-regenerist-miracle-duo-7 olay-regenerist-miracle-duo-10

Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream

Krim anti-penuaan Olay yang paling laris! Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream adalah produk Olay yang memenangi anugerah jualan paling laris. Ini kerana produk ini adalah hasil daripada lebih 50 tahun penyelidikan dan Olay dirumuskan dengan Kompleks Amino-Peptida yang paling pekat dan Hydra-Firming Complex untuk mengangkat, menegang dan memberi wajah anda tampak muda!

Hari 1: Mengecilkan liang roma, memperbaiki tekstur & menambah seri
Hari 14: Kulit wajah lebih anjal
Hari 28: Mengurangkan  kedutan *
* Berdasarkan kajian klinikal P&G pada tahun 2006-2012
olay-regenerist-miracle-duo-8 olay-regenerist-miracle-duo-1

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence 40ML dijual pada harga RM 79.90 dan OLAY Regenerist Micro Sculpting Cream 50g RM 99.90

www.everydayme.com.my/tag/olay

www.facebook.com/OlayMalaysia

#OlayMalaysia #BestBeautiful #MiracleDuo

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge