Ruby's On The Scene

Resepi Asam Pedas Simple

Assalammualaikum, hari ini ruby nak kongsikan dengan anda semua cara memasak lauk kegemaran ruby. Nah resepi Asam Pedas simple. Hehehe. Mungkin ia juga lauk kegemaran anda juga. Ruby suka sangat Asam Pedas dari kecil. Mak ruby pun tahu. Kalau masak Asam Pedas mesti ada ikan masin atau telur masin.

Bahan-Bahan Asam Pedas (3 Orang Makan)

  1. Minyak Masak
  2. Cili Kering – 7 keping
  3. Serai – 2 batang
  4. Bawang Besar – 2 Biji
  5. Belacan sedikit Halia – 1/2 inch
  6. Asam Jawa – 1 Sudu Besar
  7. Bunga kantan – 3 batang, feveret ruby!
  8. Daun Kesum – 1 ikat
  9. Ikan Pari – 8 ketul, ruby suka potong 4 segi tu
  10. Bendi – 10 batang
  11. Tomato – 3 Biji

Rebus cili kering dengan sediikit minyak, kemudian blender cili kering, halia, belacan, bawang dan serai. Selepas itu panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan blender. Tumis sehingga naik bau dan masukkan air asam jawa. Air asam jawa ni ruby akan ramas-ramas asam jawa sampai air itu menjadi jernih. Air asam jawa boleh dapat dalam 4 kali mangkuk. Hehehe. Kemudian bila dah mendidi, masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesom. Perhatikan ikan agar ia masak dengan baik. Tidak mahu terlalu lembik tau. Ikan pari ni kalau lembik sangat tak best. Lepas tu masukkan sayur bendi dan tomato. Biarkan seketika. Sekejap je, supaya bende masak rangup dan tomato tidak lembik. Sedia untuk dihidang! Siap!

Resepi Asam Pedas Simple

Kalau masak makanan berkuah, tak perlu banyak-banyak kuantiti. Sebab nanti akan ada menu lain. Macam ayam goreng bersama bawang halia goreng, ulam, sambal tempoyak, celur bayam dan ikan masin. Nyummmy! Resepi ini dari emak ruby. Jadi, kalau pergi kat tempat lain memang tidak sama langsung. Hahahaha. Kecuali dekat restoran mak ruby lah. Ruby dah cuba asam pedas pelbagai resepi, tapi tetap menyukai versi mak ruby masak.

Selamat mencuba!

3 thoughts on “Resepi Asam Pedas Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge