5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

      No Comments on 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store! Industri fesyen Malaysia kini dimeriahkan lagi dengan kehadiran rangkaian pakaian dari COCO Concept Store. Selain dari fesyen muslimah dan korporat, ruby suka fesyen kasual santai. Tetapi sukar nak dapatkan fesyen begini dalam saiz besar dan pelbagai warna. Jika jumpa, mesti saiz kecil. Hampanya bila tiada saiz, sebab fesyen seperti wanita Jepun yang simple dan sering mengenakan kemeja sebagai jaket juga amat selesa untuk ibu yang menyusukan bayi. Malah ibu hamil juga suka berpakaian begitu selain berjubah dan blouse. Bergaya dengan tshirt dan jaket diluar lagi nampak berseri. Betul tak?

Baru-baru ini ruby telah hadir ke Pelancaran COCO Concept Store cawangan Johor Bahru di AEON Mall Tebrau City. Terletak di F23, Tingkat 1 dan lokasi butik ini mudah di cari, ia bersebelahan kedai emas Poh Kong.

“Coco Concept Store merupakan butik pakaian yang diilhamkan dari Japan-Inspired Fashion CO, yang diasaskan oleh sekumpulan pereka muda yang mempunyai matlamat untuk memperkenalkan fesyen kontemporari & minimalis untuk lelaki dan wanita. COCO menawarkan pelbagai pakaian minimal yang anggun semua orang, tanpa mengira usia. Tidak lama lagi kita akan memperkenalkan lebih banyak rangkaian fesyen Jepun Streetwear, campuran pakaian kerja yang lebih stail dan pakaian sukan inspirasi dari fesyen Harajuku.” – ujar Mr Nicholas, Chief Executive Officer

5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

1. Fesyen Japanese

Keunikan COCO terletak pada gaya fesyen yang kasual dengan kemodenan Shinjuku-Versatile yang boleh di mix & match agar ia mudah dan selesa dipakai di mana-mana acara serta aktiviti. Fesyen streetwear di Jepun mempunyai keperibadian tersendiri, setiap pemakai akan tampak berani dan mempunyai kelas tersendiri.
5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

Koleksi Bomber Jacket

5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

2. Saiz Pakaian Dari Free Size, XS hingga 3XL

Kepelbagaian saiz pakaian adalah perkara paling penting! Dari yang bersaiz kecil hingga ke saiz besar, pasti ada pakaian untuk anda! Don’t worry!

5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

3. Pakaian Unisex

Ini adalah perkara paling best! Anda tidak perlu risau saiz di COCO Concept Store, kerana saiz tidak berbeza walaupun ia inspirasi dari Jepun. Anda perlu tahu bahawa saiz di sini adalah mengkiut saiz UK / USA / Italy / Mexico. Mudah kan?

4. Wanita Muslimah Juga Boleh Bergaya

Sebagai wanita muslimah, pakaian di COCO Concept Store boleh digayakan sebagai jaket atau butangkan semua sekali agar menjadi kemeja lengkap. Seperti gambar di bawah, ruby menggayakan denim kemeja. Sebenarnya ruby nak pakai sebagai jaket sahaja. Al-maklumlah sejak lepas bersalin ni makin comel pula badan ni. Hahaha. Nak berpakaian ala-ala Japanese kena yakin dengan diri sendiri. Gemuk bukannya masalah, masalahnya diri kita tidak menerima diri seadanya. Positif k! Confident tau!

5. Harga Berpatutan

Ruby perhatikan harga di COCO Concept Store ni semuanya harga berpatutan. Paling murah RM 19.90. Paling mahal RM 99.90 iaitu seluar panjang dari material yang bagus. Jaket dan kemeja harga RM 69.90 je. Material bagus seperti memeri, tebal, tidak panas dan lengan panjang!!!

5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store 5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

5 Perkara Best Shopping Di COCO Concept Store

Ruby tidak sabar COCO Concept Store akan membuka cawangan baru di Melawati Mall, Ulu Kelang. Sekitar bulan April 2017 anda semua boleh standby k. Boleh beli baju raya. Yeehaa! Boleh la bawa suami dan anak-anak shopping. Hehehe. Jadi bagi anda yang berada di Johor Bahru dan Singapura. Jangan ketinggalan untuk membeli belah di COCO!

COCO Concept Store, Lot No. F23, Level 1,

AEON Tebrau City, Taman Desa Tebrau, Johor.

www.facebook.com/cococonceptstore

www.instagram.com/cococonceptstore

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.