Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

Assalammualaikum semua, hari ini ruby berkesempatan join Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique yang diadakan di Benang Hijau HQ dan MCC Boutique HQ juga. Kedua-dua butik ini bergabung meletop kebabom buat jualan gudang yang sangat hebat. Seawal jam 9.30am ruby telah bertolak ke Bangi. Ruby tidak berapa pasti kawasan di Bangi ni. Jadi, ruby sekeluarga plan keluar awal dan ikut Google Maps je. Hahaha. 10.55AM ruby dah siap parking dan berjalan ke arah tapak jualan.

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC BoutiqueJualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique
Hari: Sabtu & Ahad
Tarikh: 25 & 26 Februari 2017
Lokasi: 2A, Jalan Perindustrian Suntrack, OFF Jalan P1A, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi

Sebab Apa Anda Perlu Ke Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

1. Kepelbagaian Koleksi Pakaian dari Benang Hijau & MCC Boutique

Rambang mata memilih pakaian dan tudung. Tetapi kena fikir apa yang ruby perlukan, ruby mencari pakaian yang mempunyai fesyen lain dari lain. Jadi ruby beli Tunic Valerie dua helai. Warna Mustard dan Magenta je masih ada saiz ruby. Hahaha.  Royal Blue dan Black dah habis stok, saiz yang tinggal hanyalah saiz besar-besar sahaja. Wuwuwuw sedih.

MCC Boutique

Apa yang ruby lihat di MCC Boutique, terpesona tengok palazzo, tops dan abaya. Mak ai banyaknya. Selalunya jualan gudang macam jualan penghabisan stok, stok pun sendu jerr. Tapi memang puas hati la ke Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique ni. Lain kali ruby nak scroll instagram MCC Boutique. Jadi, boleh plan apa nak beli. Kan? Ruby baru je follow instagram @muslimahclothing hari ini! New customer alert! Hehehe.

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

Benang Hijau

Benang Hijau ni adalah salah satu butik kegemaran ruby. Kalau nak beli stok tudung dari Benang Hijau, ruby pergi cawangan Melawati je. Dekat dengan rumah. Suka jahitan tudung instant mereka yang sangat kemas. Kemudian koleksi corak pun lain dari lain. Lagi satu sebab adalah ruby suka model berlesung pipit mereka tu. Comel je kan.

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

2. Didi & Friends

Kemunculan Didi & Friends bukan sahaja dinantikan oleh kanak-kanak. Mak dan ayah dia pun sama suka. Hahaha. Joget sama-sama dengan anak-anak. Hehehe. Kebiasaannya kalau ada kemunculan ikon kartun televisyen mesti tak berkesempatan nak bergambar dan mereka sekejap sangat bersama dengan peminat. Tetapi di Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique anda tidak perlu risau! Jam 11 mereka keluar, sampai jam 11.45 AM si Didi, Nana dan Jojo masih lagi melayan peminat. Sebab tu ruby berkesempatan nak bergambar dengan semua ikon! Best kan! Ini jarang berlaku!! Serius!

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

 

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

3. Bouncy Castle

Ini adalah pertama kali ruby ke Jualan Gudang yang menjaga kepentingan pelanggan. Yelah mak nak shopping, anak tiada aktiviti. Mau mengamuk anak-anak dan suami. Hahaha. Bila ada aktiviti untuk kanak-kanak, pastikan bawa ayah sekali. Boleh la ayah pantau anak tu. Takkan nak biar je dia bermain dan berharap penganjur pula jaga anak kita. Hehehe. Jangan risau, ayah boleh duduk bawah kipas siap main telefon pintar. Intai-intai anak je. Githewwww. Jadi ibu boleh membeli belah, mencuba baju dan beratur di kaunter bayaran dengan aman. Hehehe.

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

4. Bayaran Mudah!

Kebiasaannya kalau ke jualan gudang mesti tidak cukup duit sebab banyak benar pakaian dan tudung kita suka. Murah-murah pun, mesti nak beli untuk ibu, mak mertua, kakak dan adik. Jadi, jika tidak cukup wang tunai. Silalah berbahagia menggunakan debit atau kredit kad. Mesin sentiasa ONLINE! Jangan risau. Hehehe.

5. Food Truck

Alamak tiada gambar food truck pula. Tapi memang banyak food truck. Kalau anak-anak dan suami lapar sementara menunggu ibu shopping, silalah beli makanan dan duduk makan di bawah khemah berkipas angin yang disediakan oleh pihak penganjur.

Tips ke Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

1. Parking

Semasa pergi jualan gudang, ada beberapa perkara anda perlu jadi pandai. Hehehe. Perkara pertama adalah pandai mencari parking. Jangan emo dengan ketiadaan parking, anda perlu fikir cepat. Ada laluan lain yang membolehkan anda parking secara aman. Tidak mengganggu trafik dan mudah untuk anda keluar dari kawasan tapak jualan.

2. Fitting Room

Tips seterusnya adalah tempat mencuba pakaian juga anda perlu fikir kreatif, jauh dari pandangan lelaki ajnabi dan ada cermin. Kalau boleh isteri tu suruh la suami pergi duduk, sibuk suami duk terpacak tak buat apa-apa kat dalam tempat jualan. Beriya cuci mata cik abang! Hahaha

3. Wang Tunai

Ruby sentiasa amalkan membawa wang tunai dari menggunakan debit atau kredit kad. Sebab tidak mahu menyusahkan penganjur, juruwang dan pelanggan yang lain. Beratur panjang sebab kad debit / kredit slow connection? Astaghfirullahalazim, jualan gudang kot!!! Bawa wang tunai je laaaa. Bajet RM 200 untuk shopping, fikir apa yang anda inginkan. Sebab sudah tentu pakaian semua murah. Mungkin anda boleh dapat 2 helai tops, 2 helai jubah dan beberapa helai tudung RM 5. Haaaa. kan cukup tuuu.

Benang Hijau – Inspirasi Wanita Anggun

Benang Hijau ialah syarikat yang berpangkalan di Malaysia yang berkepakaran dalam menjual hijab dan pakaian muslimah yang ditempah khas agar si pemakai tampil elegan. Antara produk hijab popular Benang Hijau adalah Lily, selendang dua gelung segera dan Suri, selendang segera longgar. Dengan reka bentuk dan kain selesa ia menangkap hati pelanggan. Setiap selendang Benang Hijau akan melalui pemeriksaan kualiti yang teliti di kilang sebelum permohonan itu diluluskan untuk dijual kepada #BHdarling.

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk reka bentuk pakaian dan selendang, Benang Hijau berhasrat untuk selalu mengemaskini ciptaan terbaru trend bergaya yang boleh dipakai oleh orang Islam atau bukan Islam. Sekarang Benang Hijau mempunyai butik dan kedai pop up di seluruh Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

www.instagram.com/benanghijau

www.facebook.com/BenangHijau

www.benanghijau.com

MCC – Your Labuh & Longgar Specialist

Ditubuhkan pada tahun 2010, MCC komited dalam mereka bentuk pakaian yang sopan dengan dua perkataan dalam fikiran – Labuh (Long) dan Longgar (Loose). Mereka tahu dengan baik bahawa wanita Muslimah moden mahu berpakaian sederhana, tanpa perlu mengorbankan gaya dan kecantikan, maka mereka menetapkan untuk mewujudkan keseluruhan almari pakaian untuk Muslimah yang bukan sahaja sederhana, tetapi juga selesa dan harga berpatutan.

www.instagram.com/muslimahclothing

www.facebook.com/muslimahclothing

www.muslimahclothing.com

Selamat Membeli Belah! Esok hari terakhir, semoga anda dapat membeli pakaian yang anda inginkan di Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique. Kongsikan pengalaman anda di ruang komen k.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Jualan Gudang Benang Hijau x MCC Boutique

    Perawat Islam

    (February 27, 2017 - 12:05 pm)

    Best juga jualan sebegini kan puan. Kalaulah isteri saya tahu ni, mesti ajaknya. Sebab dia memang hantu tudung dan jubah. Dalam almari pakain kami, penuh tudung dan jubah dia je. Saya ni tersoroklah ke celahan jubah dia, hihihi.

    Tapi, sayang seribu kali sayang, tarikh jualan dah pun tamat. Baru ingat nak ke sana bulan 3 nanti atas jemputan kenduri abang ipar. Lagipun sekrang ni sibuk dengan aktiviti merawat pesakit yang disihir, banyak appoinment.
    Perawat Islam´s last blog post ..(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.