Peraduan Pensonic WE WANT YOU TO BE ON TV

2

Peraduan Pensonic WE WANT YOU TO BE ON TV! Wah program Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 kembali lagi! Jika anda masih ingat, seramai 7 orang berpeluang memasak bersama Dato’ Chef Haji Ismail. Kecoh dapur dengan pemenang memasak, dengan Chef tak henti-henti bagi tips. Kemudian gelak ketawa lagi. Tambah kecoh selebriti pun join sekali meriahkan suasana. Meriah betul tonton rancangan tu di TV3. Hehehe. Kali ini, insyaAllah giliran ruby pula! Anda pun patut join! Hurmmm.. Teringat masakan Chef di restoran Rebung. Dari Bangsar ke Tasik Perdana. I will follow you Chef. Hahaha.

Peraduan Pensonic We Want You To Be On TV

Peraduan Pensonic WE WANT YOU TO BE ON TV

Anda berpeluang menjadi salah seorang daripada 7 pemenang yang akan memasak bersama Dato’ Chef Haji Ismail dan Selebriti Jemputan dalam rancangan televisyen beliau! Penggambaran video akan dibuat bersama Dato’ Chef Haji Ismail dan Selebriti Jemputan di restoran yang dipilih oleh penaja. Penaja akan menghubungi pemenang dan memberikan keterangan lanjut mengenai penggambaran video. Bersiap sedia untuk berhadapan dengan kamera! Dulu ruby sangat pemalu depan kamera, setelah kerap buat vlog. Akhirnya keberanian itu hadir. Hehehe. Tapi kalau ada Dato’ Chef Haji Ismail, ruby boleh jamin anda akan natural dengan situasi. Chef sentiasa bantu anda mengatasi perasaan malu dan gemuruh tu. Hehehe.

Info menarik tentang Pensonic. Kumpulan Pensonic telah mempunyai warisan selama 52 tahun sejak ia mula-mula ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai “Keat Radio and Electrical Co.” di Balik Pulau, Pulau Pinang. Apabila perniagaan bertambah maju, jenama Pensonic, yang bermaksud “Sound of Penang” telah ditubuhkan pada tahun 1982. Satu jenama tempatan yang ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysia, Pensonic adalah pengeluar Peralatan Rumah Elektrik Malaysia terkemuka yang telah menerima sebilangan penghargaan kecemerlangan reka bentuk dan inisiatif penjenamaan. Pensonic, yang disokong oleh pelbagai kemudahan perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10 cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk kami dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN, Timur dan Asia Barat, dan Timur Tengah.

Peraduan Pensonic We Want You To Be On TV

Chef Selebriti Dato’ Chef Haji Ismail berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan duta masakan tempatan Malaysia yang terkenal. Beliau sering dijemput dalam dan luar negara untuk memperkenalkan hidangan tradisional tempatan yang enak melalui demonstrasi masakan beliau. Selain itu Chef memiliki restoran REBUNG. Anda boleh nikmati pelbagai juadah selera warisan di restoran beliau. Kalau bulan Ramadhan semasa berbuka puasa mesti ruby akan ke restoran Chef. Enak! Lazat! Yummm!

5 Sebab Anda Perlu Sertai Peraduan Pensonic “We Want You To Be On TV” bersama Dato’ Chef Haji Ismail dan Selebriti

1. Memasak Bersama Chef Terkemuka

Wah memasak bersama Dato’ Chef Haji Ismail. Kalau jumpa chef pun belum tentu beliau ada masa nak memasak dengan kita kan. Inilah peluangnya nak masak bersama. Hehehe.

2. Menimba Ilmu Masakan Bersama Chef

Jika anda yang sangat suka dunia masakan. Semasa inilah anda boleh bertanya tips masakan atau idea memasak dari Dato’ Chef Haji Ismail. Chef tak lokek ilmu tau, malu bertanya rugi tau. Tanya je! Dato’ Chef Haji Ismail bukan macam segelintir chef yang mesra di televisyen aje. Beliau di luar kamera juga mesra tau. Ruby nak tanya bab bisnes pula la dengan chef. Ok ke agak-agaknya? Hehehe. Kagum dengan cara Dato’ Chef Haji Ismail. Hehe.

3. Berpeluang menggunakan barangan elektronik Pensonic

Masa inilah anda boleh gunakan produk Pensonic. Contohnya jika submit resepi macam ruby ni. Homemade Nugget. Boleh la guna Pensonic Air Fryer kan? Biasa guna minyak sebaldi. Kali ini kita buat nugget kita lebih sihat. Dah cuba, barulah tahu betapa bagusnya produk tersebut. Kan?

Ruby akan hantar resepi Homemade Nugget Bersama Sos Istimewa. Hahaha.

Peraduan Pensonic We Want You To Be On TVBahan-Bahan Sos :

  • 1/2 cawan mayonis
  • 2 sudu besar mustard
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1 sudu besar cuka epal
  • 2 sudu besar madu
  • Garam
  • Lada Hitam

Cara Penyedian :

Gaulkan semua bahan, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Hehehe.

Bahan-Bahan Homemade Nugget :

  • 500 gram isi ayam
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh oregano,
  • 3 ulas bawang putih yang dicincang
  • Semangkuk serbuk roti
  • 2 biji telur saiz A

Cara Memasak :

Potong kecil isi ayam dan blender. Kemudian masukkan dalam mangkuk. Masukkan garam, oregano, bawang putih dan tepung gandum. Gaul rata semua bahan tu. Bila dah gaul, ambil dua unit sudu sama saiz utk buat acuan jadi bulat2. Celup nugger dalam telur dan serbuk roti. Siap untuk digoreng.

4. Wefie Bersama Selebriti Pilihan

Bab ni tidak dapat dielakkan. Chef dah tentu-tentu selebriti chef. Ini ada pula selebriti tempatan. Hurmmm. Wefie banyak-banyak dan post di social media tau!

5. Masuk TV3

Masa ni boleh la maklumkan saudara-mara, sahabat dan suami untuk siap sedia tonton rancangan di TV3! Lepas tu snap gambar atau rekod. Boleh tengok berulangkali. Sebagai koleksi peribadi kan. Bila lagi nak masuk TV! Hahaha!

Cara-cara penyertaan :

Like www.facebook.com/pensonicmalaysia dan email resepi, gambar resepi beserta bahan-bahan masakan yang diperlukan. Sertakan butiran peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon pintar dan alamat rumah. Email maklumat anda ke fb@pensonic.com

Tarikh tutup penyertaan adalah 3 March 2017

Good Luck!

www.pensonic.com

www.facebook.com/pensonicmalaysia

Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge