Resepi Gulai Lemak Kuning Ayam

      2 Comments on Resepi Gulai Lemak Kuning Ayam

Assalammualaikum hari ni ruby nak kongsikan resepi ruby selalu masak. Kebiasaannya lepas masak, tak sempat nak snap gambar. Jadi bila tiada gambar, maka tiada blog post. Hahahaha. Resepi Gulai Lemak Kuning Ayam versi ruby ni untuk 2 orang makan. Kebiasaannya ayam dalam 5 ketul sahaja. Ruby kalau pergi beli ayam, beli seekor terus. Lepas tu masa cuci, ruby akan tos dan asingkan kepada 3 bekas. Jadi, seminggu lauk akan selang seli dengan ikan. Contohnya isnin makan ikan, selasa ayam, rabu ikan, khamis ayam, jumaat ikan, sabtu ayam dan ahad rehat. 

Gulai Lemak Kuning Ayam

Jadi, masa keluarkan ayam tu, tak perlu ambil sekor ayam dan defrost semua sekali kan? Lepas tu nak masukkan lebihan ayam dekat dalam peti beku balik akan menyebabkan ayam kurang kualitinya. Mudah rosak. Nanti ada rasa semacam je. Hehe.

Gulai Lemak Kuning Ayam

Bahan-Bahan Gulai Lemak Kuning Ayam

Ayam 5 ketul

Tomato 2 biji belah 4

Boleh gantikan tomato dengan kentang juga. Ruby lupa beli stok kentang, jadi ayam dengan tomato je. Hehe.

1 kotak santan 200 ml. Ruby suka guna Santan Mas

3 batang serai

Garam secukup rasa

Bahan kisar :

3 biji bawang merah

7 biji cili padi

1 inch kunyit hidup

Cara-cara masak :

Masukkan bahan kisar, santan dan serai ke dalam periuk. Kemudian buka api dapur gas dan biarkan bahan-bahan mendidih. Kemudian masukkan kentang. Tunggu ayam dan kentang empuk. Perasakan dengan sedikit garam. Siap!

Hahahaha senang sangat kan? Selamat mencuba. Ruby pun tak terer masak, tapi masak ni bukannya susah pun. Untuk ibu yang sibuk macam ruby. Dengan ada anak kecil, bisnes lagi, menulis blog lagi. Pastikan anda plan apa menu masakan awal 1 minggu. Supaya tidak kelam kabut di dapur. Jadi, anda akan ada lebih masa di dapur. 

Tambahan sekarang anak ruby suka membantu di dapur. Tanya soalan lah, nak bawa toys la. Taknaklah marah anak sebab mengganggu kan. Jadi ruby akan spend masa dengan dia ketika memasak. 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Resepi Gulai Lemak Kuning Ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.