Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

      Tiada Ulasan pada Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri. Ramai tanya usia ruby berapa. Tetapi bila diberitahu, tidak percaya pula! Hahaha. Nasib baik tidak kelihatan tua di awal usia kan. Hari ini ruby ingin kongsikan Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri untuk anda yang ingin kelihatan muda berseri seperti ruby. Harap-harap tips ini berguna! Selain tips kuruskan badan, tips nampak muda juga penting juga. Sebagai wanita, kita memang tidak lari dari ingin berhias, mekap cantik-cantik dan berkeyakinan apabila ke pejabat. Yakin bertemu siapa-siapa tidak kira masa. Macam ruby, jika ruby tidak berhias dan berpakaian kemas. Ruby malu nak keluar rumah, apatah lagi nak mengambil parcel dari pos laju. Hahaha. Kalau ada parcel pos laju datang, ruby akan ambil masa lama untuk sarungkan tudung dan berbedak sedikit. Biar nampak presentable walau dimana berada dengan niat berhias untuk suami. Biar orang tahu isteri dia cantik. Kan seronok bila dipuji. Alhamdulillah.

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Berbalik kepada anti aging tips. Ruby amalkan 10 perkara mudah. Mudah ya amat!

  1. Minum air 3 liter sehari dan diet seimbang
  2. Bersenam 30 minit sehari
  3. Luangkan 15 minit masa untuk meneliti wajah anda dengan mask
  4. Mencuci muka dengan produk organik
  5. Toner
  6. Essence – Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence
  7. Moisturiser – Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser dan Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream Moisturiser
  8. Sunblock
  9. Produk Kosmetik
  10. Makeup Remover

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Minum air 3 liter sehari dan diet seimbang

Ini paling wajib agar seluruh kulit anda kelihatan sihat berseri. Minum air banyak bukan untuk muka sahaja berseri tetapi seluruh badan anda tau. Jika air mencukupi di dalam badan anda. Losyen badan pun tidak perlu pakai. Jimat! Tambahan organ dalaman anda juga kerap dicuci. Jika malas hendak minum air banyak, pastikan urine anda bewarna jernih. Itu sudah memadai dan menandakan anda dalam keadaan sihat! Kurangkan pengambilan teh dan kopi. Makan makanan berkhasiat, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ruby suka makan ulam! Bagi je apa-apa ulam, nyummm nyummm cicah sambal tempoyak.

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Bersenam 30 minit sehari

Ruby memang busy teramat sangat. Nak jaga anak, nak kerja, nak jadi ibu, nak jadi isteri, nak jadi bibik. Semua serba serbi kena buat dalam sehari tanpa gagal. Tapi 30 minit sehari bersenam mesti wajib lakukan walaupun kita dah rasa dengan berjalan kaki dari rumah ke kedai sudah memadai. Sebenarnya itu semua tidak sampai 2000 kalori sehari! Jadi jangan merungut jika badan tidak fit. Dengan bersenam, anda akan berpeluh. Secara automatik, sel kulit anda aktif dan liang pori-pori wajah terbuka dan bagus untuk peredaran darah. Ruby bersenam rujuk dari Youtube atau mengunakan XBOX 360 sahaja sebab zaman sekarang ni kalau nak pergi jogging dengan anak amat bahaya! Nanti tidak berlari, tapi duduk kat kedai roti canai dan makan bersama Adam dan Alif. Hahaha.

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Luangkan 15 minit masa untuk menjaga wajah dengan mask

Selalu sangat ruby dengar ibu-ibu di luar sana tiada masa untuk menjaga diri, inikan pula nak membelek wajah. Tolonglah luangkan masa untuk meneliti wajah anda. 15 minit pun jadi lah. Lihat apa yang berbeza, jika masa kita remaja, rajin belek jerawat. Sekarang masa untuk membelek eye bag dan garis halus. Sila luangkan masa untuk pakai mask selama 10 minit. Relaks.. Jangan tidur pula! Hahaha

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Mencuci muka dengan produk organik

Ruby suka pencuci muka ruby tidak berbuih dan dari bahan organik. Zaman sekarang banyak produk dari bahan organik mudah untuk didapati. Ambil masa anda untuk baca isi kandungan produk dan bezakan dengan keperluan wajah anda. Ruby akan beli produk organik untuk seisi keluarga. Jadi semua akan gunakan pencuci muka yang sama. Al maklumlah ruby je perempuan dalam rumah tu. Suami dan anak-anak semua lelaki. Huhuhu.

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Toner, Essence, Moituriser dan Sunblock

4 produk wajib selepas mandi! Sebagai ibu, bila lagi masa nak pakai produk penjagaan kulit? Kalau dapat pakai selepas mandi tu memang bersyukur sangat. Sebab memang serba serbi laju buat kerja ha. Ruby jam 5.30 pagi sebelum subuh dah kena bersiap sedia sebelum anak-anak dan suami bangun. Masa tulah sapu semua produk penjagaan wajah dari toner, Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence, Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream Moisturiser dan sunblock dengan aman! Kemudian waktu malam sebelum tidur pakai Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream Moisturiser. Night cream tu pun ruby letak sebelah katil. Lepas anak tidur tepek secalit dua dan urut muka. Tidurrr. Tahu tak dengan penjagaan wajah yang konsistensi begini, anda akan memiliki kulit yang anjal, tegang, tiada penampakan kedutan dan kelihatan muda! Amalkan tau!

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Produk Kosmetik

Pemilihan produk kosmetik juga penting. Ruby suka menggunakan produk kosmetik berasaskan mineral, organik dan clay. Tidak perlu mekap tebal-tebal. Cukup untuk tutup pori-pori dan parut chicken pox sahaja. Hahaha. Kemudian rias kening dengan eyebrow. Last sekali pakai lip matter warna nude. Siap!

Tips Anti Penuaan Dan Kulit Berseri

Makeup Remover

Makeup remover ni sangat penting, walau anda tidak makeup sangat dan hanya memakai gincu. Sila bersihkan sebersih-bersihnya tau. Sebelum cuci muka, amalkan makeup remover. Bukan hanya menanggalkan makeup, sisa kotoran seperti asap kereta pun anda boleh lihat di cotton pad. Jangan anggap makeup remover untuk remove makeup sahaja. Sekarang ni banyak jenis makeup remover. Ada oil free, ini bagus untuk kulit mereka yang berminyak. Kemudian waterproof makeup remover untuk maskara, eyeliner yang waterproof tu. Jika anda pakai maskara dan eyeliner waterproof tapi menggunakan makeup remover yang tidak bersesuaian. Anda akan ambil masa lama untuk bersihkan dan berlaku iritasi kepada wajah. Oh no no no! Jangan kasar dengan wajah anda!

Jadi itulah Tips Anti Penuaan dan Kulit Berseri dari ruby. Harap-harap ia membantu!

www.facebook.com/OlayMalaysia

www.olay.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge