Ayam Goreng McD™ Baharu

      1 Comment on Ayam Goreng McD™ Baharu

Set Ayam Goreng McD™ Baharu kini telah tiba, lebih banyak dan lebih sedap. McDonald’s Malaysia meraikan salah satu menu hidangan klasiknya iaitu Ayam Goreng McD™, kegemaran rakyat Malaysia sejak tahun 1987 dengan acara “Unboxing” terbesar di Malaysia yang disiarkan menerusi Facebook Live. Lebih 2,500 “Share Box” Ayam Goreng McD dibuka secara serentak untuk dinikmati di semua restoran McDonald’s seluruh negara.

 

“Walaupun pengalaman klasik McDonald’s amat sinonim dengan burger dan kentang goreng, Ayam Goreng McD™ juga telah sekian lama menepati selera dan terus di hati kebanyakan pelanggan-pelanggan kami khususnya di Malaysia. Lebih menggalakkan apabila pelanggan-pelanggan kami memberi maklum balas positif mengenai Ayam Goreng McD™ pedas menerusi pelbagai saluran. Bagi kami, tiada yang lebih baik dan menggembirakan selain memenuhi permintaan para pelanggan dengan menyediakan ayam goreng yang sempurna untuk mereka,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

“Di McDonald’s, kami sedar bahawa makanan yang baik bukan sekadar pada rasanya sahaja. Kami juga menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi yang didapati daripada pembekal-pembekal kami yang mematuhi piawaian makanan global. Buktinya, anda dapat merasainya menerusi Ayam Goreng McD™; pengalaman sempurna dari segi kesegaran, kerangupan dan keempukan rasa ayam yang sememangnya bakal  memberi kepuasan kepada para pelanggan dan mereka pasti menginginkannya lagi,” tambah Azmir.

Ayam Goreng McD™ dihasilkan daripada ayam yang dibekalkan segar setiap hari dengan setiap satunya disadur dan dimasak sempurna. Disediakan dengan cermat dan dimasak selaras dengan piawaian McDonald’s, Ayam Goreng McD sentiasa dihidang panas dan sedia memberi kepuasan kepada semua.

Ayam Goreng McD™ Baharu

Ayam Goreng McD™ Baharu

Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia Managing Director enjoying Ayam Goreng McD™ spicy with Marsha Milan & Jihan Muse

Ayam Goreng McD™ Baharu

Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia Managing Director at McDonald’s largest Facebook Live Unboxing Event in Malaysia

Untuk berkongsi pengalaman Ayam Goreng McD™ yang tiada tandingan ini dengan lebih ramai rakyat Malaysia, McDonald’s turut mengajak para pelanggannya untuk menyertai cabaran #mostawesomebite mulai 20 Mac 2017 hingga 23 April 2017. Untuk menyertainyai, para pelanggan haruslah menunjukkan rasa nikmat Ayam Goreng McD™ hanya dengan menggunakan ekspresi muka dan bahasa badan menerusi video tidak lebih dari 60 saat.

Ayam Goreng McD™ boleh didapati di seluruh negara mulai 20 Mac 2017 dengan dua “Share Box” baharu – anda boleh memilih hidangan 5 ketul (RM23.50) atau 9 ketul (RM39.95). Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Goreng McD™ dan cabaran #mostawesomebite, layari www.mcdonalds.com.my

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 comment on “Ayam Goreng McD™ Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge