De’Laman Event Space

      No Comments on De’Laman Event Space

Pelancaran bangunan De’Laman Event Space telah berlangsung dan dirasmikan oleh YDH Dato Haji Emran Bin Haji Kadir iaitu Dato Orang Kaya Maha Bijaya Petaling Orang Besar Daerah Petaling. Acara berlangsung gilang-gemilang dengan berlangsungnya pertunjukan fesyen, contoh majlis perkahwinan dan pameran fesyen.

Ruby berkesempatan ke lokasi De’Laman Event Space dan amat suka dengan ruang yang disediakan. Kebanyakan majlis pasti di adakan pada hari minggu, musim cuti sekolah atau pada waktu malam. Sekitar waktu itu ruang parking pasti banyak! Jadi tidak perlu risau tentang parking dan ia percuma. Kemudian, bangunan 3 tingkat ini mempunyai fasiliti lift. Konsep juga menarik, seperti rumah. Mesti kita nak tetamu selesa seperti di rumah. Malah keluarga anda juga turut selesa. Pengantin juga selesa kerana ada bilik khas untuk anda bersiap. Jika ada ahli keluarga nak berehat, juga ada bilik yang disediakan. Suasana berpenghawa dingin pasti memberi mood yang baik sepanjang majlis.

De’Laman Event Space

De’Laman Event Space

Sebahagian aktiviti yang dipamerkan malam ini bertujuan memperkenalkan lokasi bangunan De’Laman sebuah bangunan tiga (3) tingkat yang terletak di Bukit Jelutong, yang menyediakan tempat untuk pelbagai jenis majlis dan acara perkahwinan, akad nikah, ulang tahun, pertunjukan fesyen, parti, seminar dan sebagainya.

Pertunjukan fesyen dilakukan oleh Bon Zainal dan Dicky Ishak dari Singapura yang memperagakan koleksi perkahwinan terbaharu mereka. Ia sejajar dengan tujuan destinasi De’Laman sebagai pilihan venue perkahwinan atau akad nikah pasangan yang bakal berkahwin.

De’Laman Event Space

Malahan ditonjolkan juga rekaan pelamin dan persandingan model pengantin di ruang halaman De’Laman. Tujuannya agar hadirin mendapat gambaran sebenar bagaimana sebuah acara berlangsung di seluruh kawasan bangunan ini.

De’Laman Event Space yang beroperasi desember lalu berkeluasan 6500 kaki persegi. Lokasi pilihan semestinya mudah untuk dicari, stategik, dan tempat parking yang luas.

De’Laman Event Space

Bangunannya bersiling tinggi, mempunyai pelbagai kemudahan seperti surau , ruang istirehat, PA System, Projector, dewan berhawa dingin, canopy dan lain lain. Luar dewan juga luas untuk berlangsung acara, cukup selesa.

Jika anda ingin harga istimewa untuk mengadakan majlis di De’Laman Event Space, anda boleh hubungi pihak De’Laman Event Space dan membuat booking segera! Nak lagi murah? Datang ke pameran pengantin, nak tau bila? Anda kenalah ikuti perkembangan De’Laman Event Space di laman facebook rasmi mereka.

De’Laman Event Space

No 11 Jalan Riyal U3/37 IParc3
Shah Alam Selangor 40150
Selangor Darul Ehsan

Contact :
En Arrizal :0123566858
En Fitry : 0129735425

Facebook : www.facebook.com/Delamaneventspace
Instagram : www.instagram.com/de_laman
Email : delamanevent@gmail.com

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge