Kempen Dutch Lady Mak Hebat Mak Menang

      1 Comment on Kempen Dutch Lady Mak Hebat Mak Menang

Kempen Dutch Lady Mak Hebat Mak Menang! Dutch Lady Malaysia memberi peluang kepada para ibu Malaysia menjadi lebih hebat melalui kempen terbarunya ‘Mak Hebat, Mak Menang’, di mana para ibu berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM1.7 juta*, termasuklah ganjaran wang tunai bernilai RM100 x 15,000, 2 x hadiah bulanan pengubahsuaian rumah bernilai RM50,000 setiap satu dan 8 x hadiah mingguan skuter Vespa!

Kempen Dutch Lady Mak Hebat Mak Menang

Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, anda hanya perlu membeli mana-mana pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan™ 900g, buka dan cari ikon Dutch Lady® di dalam pek dan hantarkan butiran melalui SMS untuk menerima hadiah wang tunai bernilai RM100 dengan serta merta! Dengan berbuat demikian, para ibu juga berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan dan hadiah bulanan yang sedia ada!

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menjelaskan, “ Para ibu Malaysia memang hebat kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan memainkan pelbagai peranan mengikut tahap kebijaksanaan anak mereka; dan sebagai jenama yang membekalkan nutrisi sesuai untuk menyokong setiap tahap kebijaksanaan kanak-kanak  , kami ingin menghargai ibu-ibu Malaysia dengan memperkenalkan kempen ‘Mak Hebat, Mak Menang’ yang memaklumkan bahawa para ibu Malaysia adalah hebat, malah, memberi peluang kepada mereka untuk menjadi lebih hebat dengan ganjaran hadiah. Jadi, carilah ikon dalam pek-pek Dutch Lady Nutri Plan™ 900g yang anda beli, dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada hadiah-hadiah yang bernilai sehingga RM1.7 juta*.

Bagi Scha Alyahya, pengacara TV, pelakon dan duta Dutch Lady Nutri Plan™, beliau setuju bahawa seorang ibu perlu menyesuaikan diri dan melaksanakan pelbagai peranan mengikut perubahan keperluan anaknya.

Apa kata Scha Alyahya Tentang Kempen Dutch Lady Mak Hebat Mak Menang

“Sebagai seorang ibu yang sibuk, saya amat bersyukur kerana Dutch Lady  Nutri Plan™ dengan 5X DHA** membantu menyokong dan membekalkan nutrisi sesuai yang diperlukan oleh Lara pada setiap peringkat perkembangannya. Dengan adanya sokongan daripada Dutch Lady tentang bagaimana kanak-kanak memerlukan sokongan yang berbeza sepanjang tahap perkembangannya, ia membantu saya memenuhi cara membimbing dan memupuk Lara. Saya menjadi seorang ibu yang lebih hebat dengan Dutch Lady sebagai rakan saya!” kata Scha.

Kempen Dutch Lady Mak Hebat Mak Menang

Berkongsi pendapat bersama kami, ibu blogger, Rabiatul Adawiyah menyatakan hasratnya untuk memenangi hadiah utama dalam peraduan ini.

“Hadiah pengubahsuaian rumah sesuai untuk keluarga saya! Saya  amat cerewet mengenai pengambilan nutrisi harian keluarga saya, terutama anak saya yang berusia 3 tahun, Adam Solihin, yang gemar minum susu.

Sekiranya saya menangi hadiah pengubahsuaian rumah, ia memberikan saya peluang untuk menghias semula dapur rumah, menjadikannya sebagai tempat sumber inspirasi di mana saya menyediakan makanan yang bernutrisi dan seimbang untuk keluarga saya. Dengan dapur yang serba baru, Adam pasti akan sertai saya untuk memasak dan membuat kek bersama saya,” kata Rabiatul.

Jangan ketinggalan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang lumayan ini! Trak Dutch Lady Nutri Plan™ yang akan menjelajahi Lembah Klang mulai 15 Mac 2017 hingga 30th April 2017. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraduan Dutch Lady ‘Mak Hebat, Mak Menang’, sila layari laman Dutch Lady di www.smartmoments.com.my

1 comment on “Kempen Dutch Lady Mak Hebat Mak Menang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.