KO Founder’s Day 2017

      No Comments on KO Founder’s Day 2017

KO Founder’s Day 2017 kembali untuk tahun kedua. Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr Ko akan menyambut KO Founder’s Day bersama golongan kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat.

KO Founder’s Day 2017

Dengan setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr Ko, Dr Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan yang terpilih. Promosi khas turut ditawarkan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini.

“Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya percaya, setiap orang mampu mengubah hidupnya, namun masih terdapat kumpulan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Marilah kita sama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia," kata Dato Dr. Ko Chung Beng hari ini. Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr. Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau bermurah hati mengetepikan bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka.

Maka, KO Founder’s Day diperkenalkan sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berlainan setiap tahun. “Kami ingin memupuk semangat tanggungjawab social dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan,” kata Dato Dr. Ko.

KO Founder’s Day 2017

Dato Dr. Ko Chung Beng; Pengasas KO Skin Specialist

Pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Beliau menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia pada tahun ini. KO Founder’s Day tahun ini dianjur bersama dengan Make A Wish Creations – sebuah organisasi yang merealisasikan impian kanak-kanak yang menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa – dan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Italia.

KO Founder’s Day 2017

Mohd Amin Ali Mohd Sidik; Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-anak Sakit Kanser Malaysia ( PIBAIK)

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada dua organisasi ini. Pada masa akan datang, kami merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak badan kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO),” tambah beliau.

Setelah berada di United Kingdom selama 17 tahun untuk memperolehi kelayakan akademik dan bekerja sebagai seorang pakar dermatologi, Dato Dr. Ko kembali ke Malaysia pada tahun 1994. Beliau kemudiannya mengetuai Jabatan Dermatologi di Hospital Seremban sehingga 1997. Pada tahun 1997, Klinik Pakar Kulit Dr. Ko ditubuhkan di tingkat satu sebuah rumah kedai di Klang, Selangor. Kini, klinik kecil ini berubah wajah menjadi Ibu Pejabat bagi 30 cawangan Klinik Pakar Kulit Dr. Ko di seluruh negara. Selain produk penjagaan kulit sendiri, Klinik Pakar Kulit Dr. Ko juga dilengkapi dengan peralatan terapi laser yang paling lengkap di Asia.

KO Founder’s Day 2017

Dari kiri Selebriti Idris Khan, Dato Dr. Ko Chung Beng; Pengasas KO Skin Specialist, Mohd Amin Ali Mohd Sidik; Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-anak Sakit Kanser Malaysia ( PIBAIK) dan Selebriti Dynas Mokhtar

Anda semua dijemput untuk meraikan hari yang bermakna ini bersama kami di Klinik Pakar Kulit Dr Ko. Memiliki wajah yang cantik dengan tujuan murni sekarang. Kunjungilah klinik kami hari ini. Dengan setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko bermula dari 24 Mac sehingga 30 April, 2017, Dr Ko akan menderma RM1 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia. Artis tempatan Idris Khan dan Dynas Mokhtar turut hadir memeriahkan majlis pelancaran KO Founder’s Day.

Mengenai Pakar Kulit Dr. Ko

Diasaskan oleh Dato Dr. Ko Chung Beng pada tahun 1997, Klinik Pakar Kulit KO menawarkan pelbagai perkhidmatan dari bidang dermatologi ke pembedahan plastik. Kini, Pakar Kulit KO diiktiraf sebagai salah sebuah pusat dermatologi dan laser yang terkemuka di Asia, mendapat kepercayaan dari profesional perubatan dan pelanggan di seluruh dunia.

Klinik Pakar Kulit KO turut membuat penampilan khas di persada antarabangsa apabila berjaya membuka cawangan di Xiamen, China, Jakarta, Indonesia dan banyak lagi cawangan pada masa akan datang.

Bersama kami untuk menerokai potensi kecantikan diri dan mengembalikan keyakinan diri anda. Selain peralatan dan teknik yang moden, kakitangan kami yang berpengalaman sedia membantu anda membuat keputusan yang tepat bagi mendapatkan rawatan yang terbaik dan mendapat keputusan yang memuaskan.

Untuk maklumat lanjut mengenai KO Founder’s Day, sila layari

www.foundersday.koskinspecialist.com

www.instagram.com/koskinspecialist

www.facebook.com/koskinspecialist

www.facebook.com/Persatuan-Kanser-IbuBapa-dan-Kanak-Kanak-Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge