Logan Filem Terakhir Buat Hugh Jackman

      1 Comment on Logan Filem Terakhir Buat Hugh Jackman

Kali ini tajuknya mudah sahaja “Logan”, filem ini di kategorikan sebagai “R” rating di semua negara. Dengan aksi yang cukup ekstrem Logan memberi impak yang ganas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Dari segi bahasa juga kasar dan penuh dengan kata-kata kesat. Filem Logan adalah  francais filem yang ke-10 buat siri-siri X-Men dan filem ke-3 dalam siri-siri “Wolverine”. Hugh Jackman sudah melakonkan watak sebagai “wolverine” selama 17 tahun lagi dan ini adalah filem kesudahannya menampakkan kegagahan dan kebrutalan Logan membunuh setiap musuhnya.

Filem Logan ini bermula pada tahun 2029 di mana semua mutan yang pernah ada sudah pupus, sekarang Logan mengalami kemerosotan anugerah penyembuhan. Penyembuhannya tidak lagi mampu memperbaiki sel tisu sepantas dahulu dan Logan menyembunyikan Professor X yang mengalami kemerostan otak juga mampu membunuh ramai manusia dia juga dianggap sebagai senjata yang paling merbahaya di dunia. Harapan hanya ada pada Logan dan Caliban untuk menjaga Professor X daripada di serang sawang, setiap serangan lama kelamaan akan menjadi kuat. Dalam pada masa yang sama juga Professor X  berkomunikasi dengan mutan muda.

Pada mulanya Logan tidak percaya kerana spesis mutan sudah lama tiada dan yang tinggal adalah mereka, pada masa yang sama juga satu organisasi biologi telah menyimpan tisu-tisu genetik mutan lampau dan membiak mutan baru bertujuan untuk di jadikan senjata agung. Logan pula bertemu Laura seorang mutan yang ganas dan mampu keluarkan kuku sepertinya, Laura sedikit sebanyak mempamerkan keganasannya dan perwatakan seperti Logan. Professor X cuba beritahu kepada Logan yang Laura itu adalah hasil dari genetiknya dan ramai lagi mutan baru yang sedang dalam pelarian.

Dapatkah Logan, Professor X dan Laura melarkan diri daripada organisasi yang memburunya??? Filem Logan kali ini penuh dengan emosi, aksi plot cerita yang menarik, komedi aksi dan nilai sebagai manusia yang ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupan seperti manusia normal. Filem ini tiada kesinambungan daripada filem X-Men  yang lain dan tidak buat anda tertanya-tanya. Dalam filem aksi terakhir Logan, Hugh Jackman telah memberikan segalanya watak seperti “Wolverine”, memang berbaloi-baloi pergi menonton.

Akhir kata buat Ruby, filem “R” rated ini memang ohsem dan ruby bagi 8.5/10. Dari segi penceritaan yang mamtap, pelakon-pelakon yang berwibawa, ‘scene-scene’ yang menarik dan yang penting aksi tidak mengecewakan. Ruby peminat Hugh Jackman amat gembira atas filem Logan ini dan mengharapkan dia sukses selalu.

http://www.facebook.com/foxmovies.my

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i’m write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 comment on “Logan Filem Terakhir Buat Hugh Jackman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge