Nestlé Sasarkan Jualan RM 1 Juta Atas Platform Shopee

Nestlé Sasarkan Jualan RM 1 Juta Atas Platform Shopee! Masih ruby ingat lagi sekitar tahun lepas membeli-belah di dalam aplikasi Shopee. Murah, mudah dan penghantaran percuma. Setiap hari pasti ada parcel sampai di rumah. Sehinggakan abang pos laju tanya “Berniaga ke kak?”. Barang yang dipesan semua sampai dalam kotak besar. Hahaha. Sambil beli untuk barang perniagaan, beli juga barang personal, barang anak-anak dan barang keperluan untuk travel. Bila dah puas membeli belah, kita rehat sekejap.

Shopee, pasaran social mudah alih No 1 di rantau Asia Tenggara dan Taiwan telah dipilih oleh Nestlé Malaysia sebagai rakan beli-belah atas talian terbaharu. Menerusi usahasama ini, Nestlé mensasarkan jualan berjumlah RM1 juta dengan menawarkan produk makanan dan minuman secara bundle bawah 14 jenama terkemuka. Ini merupakan sebahagian promosi pra-kempen Nestlé pada bulan April iaitu “Wellness Together-Gather”

”Kempen Wellness Together-Gather” yang berlangsung pada bulan Oktober 2016 merupakan kempen pelbagai jenama bagi produk nutrisi, kesihatan dan kesejahteraan di terbesar di Malaysia dan menjadi kempen e-dagang terbesar bagi kategori barangan runcit harian. Nestlé Malaysia menjangkakan jualbeli menerusi e-dagang akan mencecah RM500 juta dalam masa terdekat.

Nestlé Sasarkan Jualan RM 1 Juta Atas Platform Shopee

Mr Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee

“Nestlé adalah salah satu jenama kegemaran ramai yang dekat di hati kita, dari kelahiran hingga dewasa. Kami mahu pengguna menikmati produk Nestlé kegemaran mereka apabila menukarkan tabiat membeli tradisional di kedai pada pembelian atas talian untuk kemudahan mereka,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.Menurut Joshua Zhu, Ketua E-Dagang, Nestlé Malaysia. Saluran e-dagang merupakan salah satu enjin pertumbuhan yang terbaik di Nestlé Malaysia. Pengalaman membeli-belah di Shopee yang unik menjadikannya platform yang luar biasa bagi usahasama ini. Kami yakin, kami akan menempa standard baharu bersama!

Nestlé Sasarkan Jualan RM 1 Juta Atas Platform Shopee

Bagi meraikan usahasama antara Shopee dan Nestlé, pengguna boleh menikmati potongan harga pada masa yang terhad selagi stok masih ada menerusi Flash Deals untuk produk berikut (Terhad pada 300 unit bagi setiap bundle)

1. NESTLÉ OMEGA PLUS Adult Milk Powder 1kg – Beli 3 paket pada RM90
2. NESTLÉ OMEGA PLUS Adult Milk Powder 1kg – Beli 1 paket pada RM39.90 dan dapatkan 1 paket NESTUM 3in1 Original (15 bungkus) PERCUMA
3. Memperkenalkan NESCAFÉ Mountain Wash dalam tin (12 bungkus) Baharu di Shopee Malaysia hanya pada RM12.90! [Tertakluk pada terma & syarat]

Selain Flash Deals yang dijadualkan berlangsung atas platform Shopee bermula pukul 12.00 tengah hari, rakyat Malaysia akan bergembira kerana Shopee menawarkan jualan murah sehingga potongan 40% bagi produk Nestlé lain seperti MILO, NESCAFÉ, MAGGI, NESTUM dan LACTO-KID. Shopee yang terkenal dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara juga menawarkan perkhidmatan tersebut bagi pembelian melebihi RM25 dalam satu transaksi dan produk tersebut akan dihantarkan terus ke rumah pengguna secara PERCUMA. Nikmati potongan harga tambahan with dengan kod baucar: NESTLE10 (Tertakluk pada terma & syarat).

Kempen Shopee X Nestlé ini merupakan satu titik permulaan. Pengguna Shopee yang menggemari produk Nestlé boleh terus menikmati pembelian dengan potongan harga pada masa akan dating. Pada bulan Mac 2017, Shopee telah merekodkan Nilai Barang Dagangan (Gross Merchandise Value, GMV) tahunan berjumlah USD 2.5 bilion dengan jumlan produk tersenarai melebihi 100 juta unit di rantau ini. Walaupun masih muda berbanding platform e-dagang yang lain di pasaran, Shopee telah melangkaui jumlah 30 juta muat turun di tujuh (7) negara, dengan Malaysia menyumbang 2 juta muat turun. Shopee juga mempunyai lebih 2 juta pengikut media social di rantau ini yang aktif berinteraksi dalam aplikasi tersebut. Aplikasi Shopee boleh dimut turun secara PERCUMA di App store dan Google Play. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i’m write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 comment on “Nestlé Sasarkan Jualan RM 1 Juta Atas Platform Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge