Automotive & Transportation

Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia

Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia. Grab Malaysia dan Ambi Pur hari ini mengumumkan usahasama untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati perjalanan yang paling segar di Malaysia! Bermula dari bulan April, ikon GrabCar akan digantikan dengan ikon Grab Ambi Pur pada aplikasi Grab, bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati perjalanan yang bersih dan segar. GrabCar yang terpilih juga merupakan kereta berwarna biru yang dihias khas supaya kelihatan menyerlah di atas jalanraya.

Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia

Setiap GrabCar tersebut akan dipasangkan Ambi Pur Miniclip dengan pewangi Lavender atau Citrus. Kelebihan Ambi Pur, iaitu jenama Penjagaan Udara No.1 di Malaysia, bukan sahaja terletak pada harumannya yang lembut dan tidak keterlaluan (berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pakar haruman P&G), tetapi juga teknologi pembasmi bau busuknya yang hebat. Ambi Pur tidak melitupi bau yang kurang enak dengan haruman yang kuat, sebaliknya ia berbeza daripada produk-produk penyegar udara yang lain kerana mampu meneutralkan dan menghilangkan bau busuk. Proses ini kemudiannya diikuti dengan pembebasan haruman yang segar dan berkekalan.

Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia

“Ambi Pur teruja menyertai usahasama yang unik ini bersama Grab untuk menawarkan perjalanan yang paling segar kepada pengguna di seluruh Malaysia. Di P&G, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap inovasi bagi menunjukkan bagaimana Ambi Pur dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, serta mendekati pengguna dengan pelbagai cara yang menarik dan tidak dijangka. Kami percaya usahasama ini dapat mencapai matlamat tersebut,” kata En. Ong Yuh Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Penumpang dan pemandu berhak menikmati pengalaman yang lebih menyenangkan di dalam kereta. Apa lagi cara yang lebih baik selain daripada melalui kereta Grab Ambi Pur ini?” tambahnya di majlis pelancaran usahasama tersebut.

Sebagai jenama yang berasal dari Malaysia, Grab kini telah berkembang menjadi platform kereta sewa dan pelbagai perkhidmatan yang terkemuka bukan sahaja di rantau ini, tetapi juga di Malaysia, menawarkan pelbagai pilihan kenderaan untuk memenuhi keperluan penumpang pada harga yang berlainan.

Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia

Bagi Grab, selain daripada menawarkan perjalanan yang paling segar kepada penumpang, usahasama ini juga membuka peluang untuk memberi insentif kepada rakan-rakan pemandunya, yang kebanyakannya bertemu dengan beribu penumpang setiap hari.

“Usahasama strategik ini bukan sahaja menggabungkan dua jenama besar, tetapi juga merupakan sebahagian daripada komitmen Grab yang lebih besar untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada para pemandu kami, sama ada yang baru atau lama, di atas kerjasama mereka dalam membantu Grab mentransformasi industri pengangkutan di negara ini. Malah, semua pemandu Grab akan dapat menikmati diskaun eksklusif untuk produk-produk Ambi Pur,” kata En. Sean Goh, Ketua Negara untuk Grab Malaysia.

“Grab tidak akan mencapai tahap ini tanpa sokongan dan komitmen daripada rakan-rakan pemandu kami yang bekerja keras untuk membantu kami berkhidmat kepada para penumpang dengan memberikan perjalanan yang selamat, mudah dan selesa. Usahasama ini juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memperbaiki pengalaman Grab Ride untuk para penumpang supaya setiap perjalanan di dalam GrabCar akan menjadi ‘Perjalanan Yang Paling Segar’. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Ambi Pur yang merupakan jenama pilihan bagi pewangi kereta dan berharap usahasama ini akan membawa kejayaan,” tambah beliau di akhir ucapannya.

Perjalanan Yang Paling Segar, Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia

Kerjasama antara Grab dan Ambi Pur diumumkan di ibu pejabat Grab dalam acara temubual yang dihoskan oleh Sarah Chen. Berikutan pelancaran Perjalanan Yang Paling Segar’, media dan tetamu jemputan telah menikmati permainan interaktif untuk “menghidu” bau Grab Ambi Pur yang akan membawa mereka kepada perjalanan yang segar.

Semasa pelancaran usahasama Ambi Pur dan Grab Malaysia telah diadakan aktiviti teka bau. Ruby join aktiviti ini walaupun hidung sedang selsema. Nak cuba sama ada wangian Ambi Pur boleh dihidu oleh mereka yang selsema. Hehehe. Bila bau botol yang pertama, perggghhh kuat betul bau rokok! I hate it!!!! Hahaha. Boleh semput bau asap rokok, ini kan pula bau rokok dikepam semalaman. Sakit kepala terus.

Kemudian ruby bau botol kedua. Bau wangi bunga. Ahhh sah ni bau Lavender. Ingatkan bau Ambi Pur semata-mata. Tapi Ambi Pur diletak di atas puntung rokok. Wahhh tak sangka Ambi Pur boleh block terus bau rokok! Tergamam dan teruja ruby rasa. Fuhhh memang patut lah semua pemandu GrabCar guna Ambi Pur.

Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia

Mengenai Procter & Gamble

P&G berkhidmat untuk para pengguna di seluruh dunia dengan salah satu portfolio terkukuh bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran termasuklah Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia.

Mengenai Grab

Grab merupakan platform penyedia perkhidmatan teksi panggilan terkemuka di Asia Tenggara. Grab menyelesaikan masalah berkaitan pengangkutan yang dialami oleh 620 juta penduduk di rantau ini. Produk utama Grab ialah platform berteraskan penyelesaian pengangkutan bagi pemandu dan penumpang yang mengutamakan kemudahan, keselamatan dan boleh dipercayai, serta platform pembayaran mudah alih yang direka khas, GrabPay. Grab kini menawarkan perkhidmatannya di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand and Vietnam.

Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia

Jom Nikmati Wangian Ambi Pur Bersama Grab Malaysia. Anda akan dapat lihat wangian Ambi Pur comel terletak di ruang penghawa dingin GrabCar! Tiada lagi bau hapak dan bau rokok.

www.grab.com

www.instagram.com/grabmy

www.facebook.com/GrabMY

www.pg.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge