Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017

Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017. Anak merupakan anugerah yang terindah. Indahnya mendapat cahaya mata yang comel dan sihat, dan setiap detik bersama mereka amat bermakna. Kerenah, gelak tawa dan tangis mereka memang menghiburkan! Melihat mereka sentiasa dalam keadaan selesa adalah segala-galanya bagi ibu bapa.

Siapa yang tidak kenal akan Minyak Bebe Anugerah? Minyak pati herba khusus untuk bayi, keluaran Anugerah International Sdn. Bhd, produk yang memanfaatkan hasil kebaikan herba dan sains sebagai ikhtiar sampingan untuk kesihatan, kecantikan dan kecerdikan minda. Minyak Bebe Anugerah seakan telah menjadi fenomena di kalangan ibu bapa di Malaysia untuk membantu si kecil sentiasa di dalam keadaan selesa.

Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017

Sebagai menghargai sokongan dan sambutan pengguna Minyak Bebe Anugerah, buat julung-julung kalinya Anugerah akan mengadakan pertandingan bayi comel Gugu Gaga Bebe Anugerah 2017. Jika bayi comel anda adalah pengguna tegar Minyak Bebe Anugerah, inilah masa yang ditunggu-tunggu! Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan di dalam peraduan ini. Hadiah yang menjadi rebutan ramai sudah semestinya hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM10,000!

Bukan itu sahaja, selain wang tunai RM10,000 tersebut, pemenang hadiah utama juga akan berpeluang tampil secara eksklusif pada label produk Minyak Bebe Anugerah dan iklan komersial Minyak Bebe Anugerah. Satu peluang yang tidak mungkin dilepaskan! Hadiah bagi tempat kedua dan ketiga juga bukan calang-calang hadiah. Wang tunai sebanyak RM5,000 ditawarkan untuk pemenang tempat kedua manakala wang tunai RM2,000 untuk pemenang tempat ketiga.

Menurut jurucakap Anugerah, Ustaz Azhar Ghazali, “Peraduan Gugu Gaga Bebe Anugerah ini diadakan khusus untuk menghargai pelanggan Minyak Bebe Anugerah yang selama ini telah menyokong kami dan memandangkan Minyak Bebe Anugerah ini sentiasa mendapat sambutan hangat dari ibu bapa. Jadi tidak salah jika selain berkongsi manfaat Bebe Anugerah, mereka berpeluang untuk merebut pelbagai hadiah menarik.”

“Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Hanya dengan pembelian minimum satu botol Minyak Bebe Anugerah. Modal RM15 sahaja! Mana tau jika rezeki menyebelahi anak anda, modal RM15 akan membawa pulangan RM10,000! Minyak Bebe Anugerah ini dijual serata Malaysia, di kedai-kedai kecantikan ataupun rangkaian pengedar Anugerah,” ujar Ustaz Azhar Ghazali lagi.

Tambahan Ustaz Azhar Ghazali pula, Peraduan Gugu Gaga Bebe Anugerah 2017 ini juga bertujuan untuk membantu para pengedar dan stokis Anugerah meningkatkan jualan mereka. Yang menariknya, insentif eksklusif sebanyak RM5,000 akan diberikan pada pengedar atau stokis sekiranya pelanggan mereka memenangi hadiah utama peraduan ini. Lebih banyak mereka jual, lebih cerah peluang untuk memenangi wang tunai tersebut!

Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017

Maklumat Ringkas Tentang Peraduan Gugu Gaga BeBe Anugerah 2017

– Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
– Peraduan bermula dari 27 Februari 2017 – 31 Ogos 2017
– Penyertaan terbahagi kepada 3 kategori :

Kategori A : bayi berusia 1-12 bulan

Kategori B : bayi berusia 13- 24 bulan

Kategori C : bayi berusia 25-36 bulan

– Borang penyertaan boleh didapati pada botol Minyak Bebe Anugerah, para pengedar dan stokis serta laman web www.anugerahwellness.com

– Borang penyertaan yang lengkap mestilah disertai dengan resit pembelian Minyak Bebe Anugerah, label Minyak Bebe Anugerah dan gambar bayi ke :

Alamat yang tertera pada borang penyertaan ATAU Whatsapp ke 019 222 7006 ATAU Email ke info@anugerahwellness.com ATAU Muatnaik ke FB @Anugerahwellness

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Gugu Gaga BeBe Anugerah, sila hubungi 019 2227006 atau layari www.anugerahwellness.com atau laman FB Anugerahwellness.

www.facebook.com/anugerahwellness

www.instagram.com/anugerahwellness

www.anugerahwellness.com

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017

    Mazni ibu bijak

    (March 28, 2017 - 1:30 pm)

    Minyak gugu gaga anugerah ya. Belum pernah cuba lagi
    .
    ? First time dengar pun
    Mazni ibu bijak´s last blog post ..11 Tanda Awal Kehamilan Mengandung Anak PertamaMy Profile

      Ruby

      (April 4, 2017 - 8:34 am)

      Ruby guna minyak ni dari tahun 2014 masa baby Adam lahir. Ia minyak telon, sesuai untuk bayi premature yang ketika itu lapisan kulit tidak seteguh bayi lahir cukup bulan. Kerana minyak anugerah tidak terlalu panas. Hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.