PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield

      4 Comments on PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield

Khasiat buah delima sememangnya bagus untuk kesihatan dalaman dan kecantikan. Kini anda boleh dapatkan kebaikan buah delima di dalam PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield dari Watsons. Ia melindungi kulit anda dari pencemaran, penuaan dan memiliki bahan antioksidan. Melalui pengalaman ruby yang mula menjaga kecantikan wajah dan kesihatan adalah memulakan penjagaan seawal usia 25 tahun. Dalam sedar tidak sedar, apa yang kita mula amalkan membuahkan hasil bila mencecah usia 40 tahun. Kita masih kekal muda dan garis halus masih tidak kelihatan.

Nutrisi Buah Delima

  1. Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:Mengekalkan Awet Muda kerana buah ini mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
  2.  Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan. Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
  3. Melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
  4. Melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleh menyebabkan kanser.
  5. Anti Aging. Makan Buah Delima mengelakkan wajah anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
  6. Mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada acai berry atau teh hijau.  Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
  7. Mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang dan manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
 PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield

Danny Hoh, Customer Director; Maya Karin, singer and actress; and Caryn Loh, General Manager and Country Head launched the PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield latest skincare range at Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur

Maya Karin Beauty Tips

PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield

  • Tidak kira sesibuk mana, selepas pulang ke rumah. Pastikan mekap dibersihkan dan tiada sisa mekap.
  • Amalkan mosituriser dan sunblock seawal usia 16 tahun
  • Jaga pemakanan dan minuman
  • Minum jus sayuran hijau setiap hari
  • Surround with positive people

PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield

Pomegranate Urban Shield – Anti-Oxidant, Anti-Pollution & Anti-Aging mempunyai 8 jenis produk iaitu Clarifying Foaming Cleanser, Clarifying Toner, Reviving Serum, Protective Day Lotion SPF 20, Renewal Night Cream, Reviving Eye Gel, Recharging Cream-Mask dan Makeup Remover Facial Cleansing Wipes.

Formula dinaik taraf, PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield terdiri daripada ekstrak ditapai buah delima, Urban Shield Complex, Swiss Radicare, Bulgarian Rose Water dan bahan organik yang disahkan. Formula ini menguatkan penjagaan kulit, mencergaskan kulit kusam dan memberi seri semula jadi.

Urban Shield Complex :

  • Bahan Patended IBR: Anti-pencemaran, Menguatkan penjagaan kulit secara semula jadi, Anti-penuaan.
  • GFF (Galactomyces Fermented Filtrate): Ultra-melindungi, warna tona kulit sekata.
  • Phyto-Placenta: Meremajakan kulit dan Anti-kedut.
  • Membersihkan kulit, membuang kekotoran dan semua kesan pencemaran.
  • Menenangkan fungsi yang mengembalikan sifat penghidratan kulit dari masa ke masa.
  • Mengukuhkan halangan kulit, manakala ekstrak tumbuhan melembapkan dan meningkatkan kecantikan.

Cara Penggunaan PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield :

1. Makeup Remover Facial Cleansing Wipes & Clarifying Foaming Cleanser
PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield

Chin Hor Wai, Senior Manager, Product Branding, Watsons Malaysia demonstrating the new product range, PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield during the launch event

PURE-BEAUTY-Pomegranate-Urban-Shield-1PURE-BEAUTY-Pomegranate-Urban-Shield-1PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield

Ruby sering amalkan triple cleansing, selepas pulang dari kerja. Ruby akan guna oil makeup remover dengan facial cotton. Untuk bersihkan mekap terlebih dahulu. Eye shadow dan lip matte. Kemudian ruby akan guna PURE BEAUTY Makeup Remover Facial Cleansing Wipes. Bersihkan sisa mekap dengan lebih meluas. Foundation dari muka sampai ke bawah dagu. Kemudian tepi-tepi hidung dan mata. Bersihkan sampai tiada sisa mekap kelihatan. Last sekali, gunakan PURE BEAUTY Clarifying Foaming Cleanse. Selesa dan segar sangat. Lembut je kulit.
Jika awal pagi, ruby pakai Clarifying Foaming Cleanser sahaja. Kebiasaanya selepas bangun tidur hanya ada minyak sahaja. Jika anda tidak bersihkan mekap sebelum tidur, muka anda mudah tumbuh jerawat keesokan harinya dan kulit lebih berminyak. Jangan mengharapkan bantal anda untuk bersihkan muka anda ketika tidur ya.
2. Reviving Serum
PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield PURE-BEAUTY-Pomegranate-Urban-Shield-1PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield
Serum sangat bagus untuk penjagaan wajah. Selepas toner, gunakan serum. Sapukan di tapak tangan anda dan mula urut muka anda secara perlahan-lahan. Manja-manja gitu. Dulu ruby ingat gunakan serum dengan facial cotton macam gunakan toner tu. Hahaha. Tetapi bila sudah di ajar guna tapak tangan, rasa blood circulation di bahagian muka lebih lancar. Tapak tangan kita kan hangat. Jadi kehangatan begitu sesuai untuk kulit muka kita.
3. Protective Day Lotion SPF 20
PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield PURE-BEAUTY-Pomegranate-Urban-Shield-1PURE BEAUTY Pomegranate Urban ShieldPenjagaan wajah tidak hanya ketika ingin keluar pergi kerja. Ruby amalkan rutin regimen penjagaan wajah sangat teliti sebab wajah ini adalah aset dan keyakinan seseorang wanita. Ruby sudah merasa kulit berparut, berjerawat dan sunburn. Jadi, penjagaan wajah bagi wanita bertudung pastinya perlu extra kerana wajah sering berbelang-belang di sebalik hijab. Produk yang mengandungi SPF sangat bagus untuk menjada diri anda dari selaran matahari dan lampu kalimantang. UVA & UVB wujud tau! Walaupun tidak nampak dengan mata kasar. Ia wujud. Jadi, selepas anda mencuci muka, toner, serum, anda sapu PURE BEAUTY Protective Day Lotion SPF 20. Kemudian anda boleh mula pakai mekap. Siap!

Pure Beauty Pomegranate Urban Shield Price List:

  1. Clarifying Foaming Cleanser, 150ml – RM35.90
  2. Reviving Serum, 35ml – RM69.90
  3. Reviving Eye Gel, 15ml – RM52.90
  4. Protective Day Lotion SPF 20, 50ml – RM59.90
  5. Renewal Night Cream, 50ml – RM65.90
  6. Recharging Cream Mask, 100ml – RM59.90
  7. Makeup Remover Facial Cleansing Wipes, 20’s – RM15.90

PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield PURE BEAUTY Pomegranate Urban ShieldDapatkan produk PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield di mana-mana cawangan Watsons berhampiran anda atau anda boleh membeli secara dalam talian di laman web Watsons Malaysia.

4 comments on “PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield

    1. Ruby Post author

      Berkesan yang bagaimana maksud puan? Amalkan, pasti ada kesan yang baik. Khasiat bagus, halal, selamat dan sudah semestinya berkesan. Sebab saya menggunakan produk ini. Melainkan jika keadaan kulit berlainan, boleh kurangkan kuantiti, menjarakkan masa pengambilan atau lihat kekerapan kulit memerlukan pembersihan dan sun block. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge