Ubahsuai Dan Dekorasi Kediaman Bersama HabitatMY

Ubahsuai Dan Dekorasi Kediaman Bersama HabitatMY. Individu yang kurang mahir dalam menghias rumah pasti merasakan ia satu tugas yang sukar. Apatah lagi apabila kediaman yang dibeli memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian dan dekorasi di luar jangkaan anda. Masalah tersebut dialami Adrian Chima selepas membeli rumah pertamanya.

Selain kesukaran memutuskan perabot dan warna cat untuk dinding yang bersesuaian, aspek fungsional bersifat teknikal seperti kerja-kerja pemasangan wayar untuk tenaga elektrik serta sistem paip untuk saluran air turut merunsingkan Chima. Nasibnya baik kerana mempunyai seorang sahabat yang berkemahiran dan berpengalaman dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah. Sejak itu, dia terlintas di fikirannya tentang nasib individu lain yang mengalami masalah sepertinya. Berdasarkan pengalaman itu, Chima memperkenalkan solusi terhadap masalah sebegitu. Maka tertubuhlah Habitat-my.

Ubahsuai Dan Dekorasi Kediaman Bersama HabitatMY

Habitat-my.com merupakan portal sehenti yang menyediakan inspirasi kediaman kepada bakal dan pemilik rumah serta menghubungkan mereka kepada pembekal, perkhidmatan, jenama dan produk berkaitan pembinaan dan pengubahsuaian rumah yang bersesuaian.

“Menerusi Habitat-my, saya berharap untuk mewujudkan komuniti yang mampu menghimpunkan pakar dari bidang berbeza untuk akses yang lebih mudah kepada pemilik rumah. Tujuan kami adalah bagi mempermudahkan proses tersebut,” ujar pengasas dan CEO Habitat-my, Adrian Chima.

Selepas enam tahun beroperasi, laman web yang bermula daripada sebuah blog itu kini menjadi platform untuk rujukan pemilik rumah, menghubungkan golongan pakar dan perkongsian jenama. Sepanjang tempoh itu juga, pengguna organiknya juga menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan – bukti terhadap wujudnya keperluan perkhidmatan yang disediakan. Hari ini, laman web tersebut merekodkan purata 10,000 pengguna setiap bulan dengan rangkaian jaringan 171 pakar.

Ubahsuai Dan Dekorasi Kediaman Bersama HabitatMY

Baru-baru ini, laman web itu juga melalui proses pengubahsuaian reka letak dan ciri-ciri baharu seperti geo-tagging (tanda geografi – kedudukan sesebuah tempat) dan product tagging (tanda produk yang menghubungkan anda kepada jenama berkaitan). Dengan ciri-ciri itu, ia akan memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dengan hanya menggerakkan tetikus pada gambar yang dimuat naik.

Ubahsuai Dan Dekorasi Kediaman Bersama HabitatMY

“Antara isu yang sering kami terima daripada pemilik rumah adalah lokasi bagi mendapatkan produk yang mereka temui dalam pencarian inspirasi untuk kediaman. Kedua-dua ciri yang disertakan itu pasti membantu mereka memperolehi perabot idaman,” kongsi Chima.

“Saban tahun, habitat-my terus berkembang. Pembaharuan ini adalah sejajar dengan misi kami untuk terus maju dan menggandakan pengalaman dalam memberikan faedah bersama kepada pemilik rumah, golongan pakar dan jenama berkaitan,” tambah Chima.

Dengan penglibatan lebih banyak jenama, sekali gus meningkatkan pilihan, faedah daripada ciri-ciri baharu itu akan lebih relevan. Antara jenama gah yang menikmati kemudahan ciri-ciri terkini itu ialah Breezway Malaysia, Nippon Paint Malaysia, Bina Warehouse, Niro Granite, Feruni, dan H.O.S. in D’sign serta banyak lagi yang bakal turut serta.

Laman web terbaharu Habitat-my kini telah berfungsi sepenuhnya. Bagi memulakan projek pengubahsuaian kediaman impian anda, layari www.habitat-my.com.

www.facebook.com/HabitatMY

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.