Ulang Tahun 125 Ayam Brand™

      1 Comment on Ulang Tahun 125 Ayam Brand™

Ulang Tahun 125 Ayam Brand™. Ayam Brand™, yang kini dalam sambutan ulang tahunnya yang ke-125 sebagai sebahagian daripada rantau Asia Tenggara terutamanya Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran tema “Kami prihatin, kita adalah sekeluarga” (“We Care, We Are Family”) bagi meraikan tanda aras satu suku abadnya itu. 

Ayam Brand™ yang dikenali dengan logo Ayam itu ditubuhkan pada 1892 dan ia merupakan antara syarikat tertua di Asia yang terus mengeluarkan jenama-jenama barangan pengguna di benua ini. Sayrikat ini memiliki pejabat di Malaysia, Singapore, Hong Kong, Thailand, Australia, China, Perancis dan Jepun yang mana hasil keluarannnya boleh diperoleh di lebih 30 negara.

Jenama terkemuka ini terkenal dengan produk-produk berkualiti tinggi, tidak menggunakan pengawet mahupun MSG. Ia merupakan produk pilihan bagi kebanyakan keluarga di rantau Asia Tenggara.

Ramai dalam kalangan kita membesar dengan sardin dalam tin merah kuning Ayam Brand ™ yang terkenal sebagai hidangan segera yang mengenyangkan dan menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan sebagai sanwic atau puf untuk dimakan ketika majlis keraian serta perkelahan.

Ayam Brand™ kini jauh lebih maju sejak penubuhannnya sebagai pakar sardin dan mackerel. Ia kini memiliki rantaian produk yang meliputi tuna, sotong, santan, kacang panggang, kacang pea, buah-buahan serta pencuci mulut yang boleh didapati di 300 store keeping unit (SKU) gabungan diseluruh rantau ini dan dalam masa sama masih dikenali ramai dengan produk-produk sardin dan mackerel.

Ulang Tahun 125 Ayam Brand™

Pengalaman selama 125 tahun memberikan Ayam Brand™ kefahaman yang keluarganya mahukan hidangan yang boleh terus dimakan; mudah disediakan; lazat; tanpa perisa tambahan mahupun MSG. Inilah sebab mengapa rakyat Malaysia memilih Ayam Brand™ untuk dijadikan hidangan harian dan keraian khas dengan memilih untuk menggunakan resipi keluarga ataupun pustaka resipi meluas jenama ini yang disediakan dalam bentuk video, dalam talian dan bercetak.

Ulang Tahun 125 Ayam Brand™

Produk-produk Ayam Brand™ telah disahkan halal oleh JAKIM untuk memberikan ketenangan untuk memakannya. 

Ayam Brand™ kekal terkini, segar dan menggembira generasi demi generasi peminatnya. Sebagai pendahulu pasaran, jenama ini menjalankan usaha berterusan untuk menyediakan pilihan sihat dengan mengurangkan kandungan gula, garam dan lemak melalui rangkaian “Lite” yang merupakan varian pilihan organik yang pesat berkembang yang sesuai dengan pelbagai citarasa dalam kalangan kurang pedas hingga sangat pedas serta sentiasa berinovasi dalam pembungkusannya.

Bagi meraikan ulang tahun ke-125 tahunnya, para pengguna akan secara berterusan diberikan maklumat mengenai kebaikan untuk kesihatan produk-produk utama Ayam Brand™ melalui iklan media cetak, radio, interaksi melalui media sosial dan laman webnya dari masa ke semasa Para pengguna juga boleh melihat promosi-promosi yang berkaitan dengan produk pilihan bulanan.

Lebih menarik, mereka juga boleh menjadi antara yang pertama menikmati produk-produk terbaharu Ayam Brand™ ketika aktiviti uji rasa yang diadakan di lokasi terpilih.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nicholas Nyeow berkata, usia panjang jenama berkenaan merupakan bukti hubugan akrabnya dengan para pengguna yang dibina sejak awal penubuhannya berasaskan kepercayaan, inovasi, komitmen terhadap kualiti serta perkongsian sejarah kenangan.

“Sebahagian besar pelanggan Ayam Brand™ tidak akan memilih jenama lain. Keluarga Ayam Brand™ mengiktiraf kualiti, rasa dan inovasi jenama ini. Sebagai balasan, jenama ini memberikan mereka jaminan hidangan pilihan makanan yang lebih sihat; mudah dan cepat disediakan tanpa menggunakan perisa tambahan mahupun MSG.

“Sejak sekian lama, kami telah membina keyakinan tinggi dalam kalangan pengguna dengan mematuhi asas-asas penubuhan syarikat ini dan dalam masa sama menghasilkan mencipta inovasi dalam produk, pembungkusan dan perkhidmatan.

“Kami menjaga para pelanggan kerana mereka bagi syarikat ini adalah keluarga. Seperti kami, mereka berkongsi produk-produk Ayam Brand™ dengan keluarga masing-masing kerana kasih. Kami amat berbangga berada dalam kitaran ini sejak 125 tahun yang lalu,” kata beliau.

Menurut Nicholas, sambutan ulang tahun 125 tahun Ayam Brand™ yang sama waktu dengan Hari Kemerdekaan ke-60 serta Tahun Ayam dalam kalender Cina menjadikannya lebih bermakna.

“Malaysia sejak ia dikenali sebagai Persekutuan Negeri-negeri Melayu telah menjadi tempat asal kami, malah, nama Ayam itu juga diambil daripada perkataan Melayu. Rakyat Malaysia telah membesar dengan Ayam Brand™ sejak lima generasi menjadikan kami sebahagian daripada keluarga mereka sejak sekian lama; telah berkongsi masa gembira dan sedih mereka! Sambutan ulang tahun yang jatuh pada Tahun Ayam ini juga menjadikannya lebih bermakna dan simbolik!” tambah beliau.

Ulang Tahun 125 Ayam Brand™

Ayam Brand™ bukan sahaja berjaya memenangi hati rakyat Malaysia, tetapi juga pelbagai anugerah unggul sejak sekian lama. Jenama ini telah dinobatkan sebagai salah satu 10 jenama FMCG paling digemari di Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2013, 2014 dan 2015 dalam Kajian Kesan Jenama Kantar Worldpanel.

Tunjukkan kasih sayang anda kepada keluarga dan nyata mereka adalah sebahagian daripada keluarga Ayam Brand™ sejak 125 tahun yang lalu. Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulang tahun 125 tahun Ayam Brand™ ini, sila lawati pautan

www.ayambrand.com.my

www.facebook.com/AyamBrand.Recipes

www.instagram.com/ayambrandmy

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 comment on “Ulang Tahun 125 Ayam Brand™

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge