ZTE Blade V7 Max

      1 Comment on ZTE Blade V7 Max

Hi semua, pernah ingat lagi yang Ruby pernah cerita mengenai ZTE blade V7 Lite, kali ini pula adalah ZTE Blade V7 Max. ZTE Blade V7 Max ini mempunyai saiz skrin 5.5 inci yang mempunyai lengkungan di bahagian sisi. Selain itu, ZTE Balde V7 Max ini menitik beratkan reka bentuk telefon, fungsi, prestasi dan fitur-fitur lain yang menarik.

ZTE Blade V7 Max

Bagi telefon kelas pertengahan  ini, Ruby tertarik dengan spesifikasi telefon ini yang mempunyai ruangan sebanyak 32Gb, skrin 5.5 inci, 3Gb RAM, Android terbaru 6.0, 16 MP kamera dan bateri berkapasiti 3000 mA

Antara fitur-fitur yang menarik tentang telefon ini adalah:

Mempunyai sensor jari di bahagian sisi kanan telefon.
  • Ianya adalah tempat yang paling ideal untuk pengguna telefon yang mempunyai sistem sekuriti jari. ZTE dengan beraninya membuat inovasi ini dengan meletakan di bahagian sisi telefon. Dengan reka bentuk yang unik, senang utuk anda buka dan akses serta menangkap gambar dengan mudah hanya dengan 0.3 saat sahaja.

2.5D lengkungkan gelas dan bahagian badan besi.

  • Blade V7 Max ketebalan hanya 7.2 mm. Pereka telefon telah mengambil berat dalam setiap reka bentuk, terutamanya di bahagian lengkungan dan setiap ‘joint’ telefon untuk memastikan kepuasan maksimum semasa menggunakannya. 2.5D gelas mempunyai permukaan yang licin dan di bahagian atas dan bawah mempunyai ‘ striped pattern’ unutk menampakan gaya klasik dan elegan.

‘Focusing’ kamera yang laju.

  • Kamera Blade V7 Max mengguakan pendekatan “point and shoot”. Kamera belakang mempunyai 16- megapixel dimana menggunakan 6 optika lensa dan suhu lampu dwi warna. Pengesan fasa auto fokus membolehkan para pengguna mencapai kelajuan fokus dengan lebih pantas. Kamera ini mempunyai 2 mod iaitu mod biasa dan professional. Manakala kamera di bahagian depan mempuyai 6-megapixel membolehkan anda menangkap gambar ‘selfie’ lebih sempurna.
  • Kameranya juga bagus di bawah pencahayaan yang sedikit. Ia mampu menangkap gambar dengan cantik walaupun mempunyai pencahayan yang kurang.

Bagi yang berhajat untuk mencari telefon baru pada harga berpatutan boleh la cuba cari telefon ini. Dengan skrin 5.5 inci memang sesuai bagi yang mempunyai masalah dengan huruf-huruf yang kecil secra tidak langsung memudahkan pembacaan ‘message’ atau paparan nama panggilan. Anda boleh memiliki telefon yang menarik ini dengan harga Rm 999 sahaja.

Dapatkan ZTE Blade V7 Max dari pengedar sah ZTE http://ztedevices.com.my/index.php/where-to-

www.ztedevices.com.my

www.facebook.com/ZTEMalaysia

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 comment on “ZTE Blade V7 Max

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge