Pengalaman Belajar Buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong, General Manager Pizza Hut Malaysia

Pengalaman Belajar Buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong, General Manager Pizza Hut Malaysia. Assalammualaikum! Ha ini lah pengalaman paling best. Selalunya makan je tahu kan? Punyalah sedap Pizza Hut, semua bahagian pizza tu enak. Betul tak? Isi kandungan sedap, kerak tepi rangup, cicah pula dengan sos cili! Yummmy! Tapi tahu tak bagaimana sekeping pizza dihasilkan? Jom belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong!

Hari ini ruby nak kongsikan bagaimana regular pan pizza dihasilkan. Nampak je kecil regular pizza ni. Tapi makan 2 keping je dah kenyang! Kan? Kenangan dengan Pizza Hut Malaysia memang sangat banyak. Dari kecil, makan di Pizza Hut adalah satu ganjaran. Sebelum kita masuk dapur Pizza Hut cawangan Pavilion Elite, Kuala lumpur, ruby nak kongsikan kenangan manis ketika ruby membesar.

Kenangan Manis Membesar Bersama Pizza Hut

Ruby akan makan Pizza Hut bila mak dah gaji, setiap bulan begitulah rutinnya. Mak memang suka makan di Pizza Hut sebab kaunter Salad Pizza Hut. Hahaha. Mak akan susun Salad dan Buah-Buahan cantik-cantik agar muat satu mangkuk. Ruby pula? Ruby suka mushroom chicken soup. Dulu layan diri, cedok sendiri je mushroom soup. Masa tu memang seronok layan diri, pekerja Pizza Hut hanya cek nombor doket je. Tapi, paling kesian dekat pekerja Pizza Hut adalah keadaan Salad Bar yang sentiasa bersepah. Macam-macam perangai pelanggan. Cedok sup tumpah, salad terjatuh, buah jatuh tepi bekas, salad dressing pun comot.

Ada lagi satu cerita best, masa ruby UPSR. Zaman ruby UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), cikgu belanja makan Pizza Hut bagi pelajar yang dapat 2 A keatas. Jadi, untuk pelajar darjah 6 yang cikgu belanja adalah seramai 5 orang termasuklah ruby. Seronok bila dihargai kan? Tapi, masa zaman ruby kamera tak ada. Simpan kenangan manis dalam ingatan je. Nama cikgu tu pun dah lupa. Tapi ruby tahu guru tu ajar Sains dan Muzik untuk kelas ruby.

Eric Leong, General Manager Pizza Hut Malaysia

Panjang mukadimah ruby sebelum nak berkongsi rahsia besar Pizza Hut Malaysia! Hahaha. Okay jom ruby kongsikan apa yang berlaku di dapur Pizza Hut Pavilion Elite, Kuala Lumpur. Ruby sampai sekitar jam 5pm, macam biasa la pergi cuci mata dulu. Shopping skit, lepas tu jam 6.30pm baru la pergi ke Pizza Hut. Bila dah sampai, sembang-sembang dengan rakan blogger lain yang ada. Tiba-tiba nampak Pengurus Besar Pizza Hut Malaysia menghampiri dalam keadaan yang sangat penat. Hahaha. Encik Eric Leong, Pengurus Besar Pizza Hut Malaysia jalan kaki dari Wisma KFC Jalan Sultan Ismail ke Pavilion KL! Memang penat! Hahaha. Tapi tak apa, bersenam lebih kurang 1km! 1km termasuk keluar dari Wisma KFC, berjalan dan berlari masuk ke dalam Pavilion yang besar tu lagi. Hehehe.

Encik Eric Leong adalah Pengurus Besar Pizza Hut Malaysia yang baharu bermula Oktober 2016. Beliau sangat bagus dalam ilmu pemakanan. Seiring dengan pengalaman beliau yang pernah berkhidmat untuk McDonalds (Oct 1989 – Apr 2004), Din Baker Handel Sdn. Bhd (2004-2007), Mitra Adiperkasa Jakarta Indonesia (2008-2012), Berjaya Papa John’s Pizza Malaysia Sdn Bhd & Berjaya Wendy’s Malaysia Sdn Bhd (2012-2015), Minor Food Group Singapore (2015-2016) dan kini di QSR Brands Malaysia iaitu Pizza Hut Malaysia! Yay!! Ruby tertanya-tanya berapa usia Encik Eric Leong. Hehehe. Okay sumber pekerjaan Encik Eric Leong ini anda boleh lihat di  www.linkedin.com/in/eric-leong. Ruby kan blogger, rajin jadi CSI. Hahaha.

Chit Chat bersama Encik Eric Leong

Melalui perkongsian pengalaman dengan beliau, banyak yang ruby pelajari. Tentang makanan di pasaraya. Tentang pemakanan anak-anak kecil. Konsep pasaraya 20% bahan basah, buah dan sayuran, kemudian 10% barang kelengkapan peribadi dan 70% semua makanan dalam tin. Termasuklah susu tepung, makanan dalam tin / paket dari pelbagai jenama dan jajan! Hahhh nampak tak? Memang membuka fikiran ruby. Kadang-kadang tidak sedar ruby penyumbang kepada pembelian makanan segera. Ia sangat tidak bagus untuk diri kita dan juga keluarga. Ruby akan cuba tambah 40% kepada bahan basah, buah dan sayuran.

Pengalaman Belajar Buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong, General Manager Pizza Hut Malaysia

Ruby nak kongsikan step-by-step bagaimana pekerja di Pizza Hut Malaysia menghasilkan pizza seawal dari mereka punch card! Faktor kebersihan, keselamatan, HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) dan SOP (Standard Operating Procedures) adalah sangat penting! Agar makanan yang anda bakal makan adalah selamat! Cara simpan bahan-bahan masakan dan kualiti juga perlu dijaga.  Hehehe.

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

1. Pakai Apron

2. Pakai Shower Cap. Kalau pakai tudung tak perlu pakai shower cap tu.

3. Basuh Tangan! Macam iklan antabax tu. Ingat lagi lagu basuh tangan tu? Hahaha.

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

Ini sangat penting, kerana tangan kita banyak bakteria dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar!

4. Kemudian anda akan cek stok di dalam Freezer dan Chiller.

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

5. Dah selesai cek stok, susun dan potong-potong bahan untuk persedian membuat pizza. Kita ke bahagian buat doh pizza pula.

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

6. Untuk pizza saiz regular Pizza Hut, doh yang diperlukan adalah 250 gram sahaja. Uli doh secara membulat dan pastikan bahagian permukaan tidak tercarik kulitnya. Paham ke apa ruby cakap ni? Hahaha. Pastikan tak terlalu ramas doh tu.

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

Sambil diperhatikan oleh Encik Eric Leong, hahaha takut betul bila boss tengok je doh dia dirosakkan. Rupanya kita boleh agak 250 gram doh dengan tiga jari kita. Maka kita tidak akan ada lebihan doh roti terlalu banyak. Nak gabungkan semua sekali doh tu yang akan jadi tak cantik nanti.

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

7. Proses meleperkan doh pizza ruby. Kemudian layurkan bersama minyak soya. Sapukan dengan berus lebihan minyak soya di bahagian tepi pizza agar kerak menjadi warna coklat keperangan.

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

8. Simpan di dalam proofer dan lepas ni boleh digunakan apabila ada pesanan regular pizza.

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

9. Proses membuat pizza kegemaran ruby. Hawaian Pizza! Yayy! Kali ni nak bubuh lebih cheese. Walaupun dah ada sukatan yang disediakan. Ruby nak juga lebih cheese. Hahahaha!

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

10. Selepas 7 minit, Hawaian Pizza ruby pun siap! 7 minit di dalam oven tau! Hah kejap je kan. Ini oven industri, bukannya oven kita dekat rumah tu. Hahaha. Sebab tu la sedap makan pizza hut di restoran. Betul tak? Semua bakteria mati terus kalau dah panas begini dan hasilkan pizza rangup malah sangat sedap! Nak keluarkan pizza dari oven pun ada tekniknya. Pan tidak boleh kena lapik oren, ruby kena sudipkan pizza dan tolak ke atas lapik oren. Kemudian potong guna pemotong khas macam gambar di bawah ni. Dengan kekuatan abang sado, ruby kena angkat lapik oren yang berat dan besar tu untuk menolak pizza yang dipotong ke dalam pan kembali. Dah letak dalam pan, maka masukkan sudip pizza ke bawah Hawaian Pizza! Siap!

Hasil belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

Wah mudahnya membuat pizza cara Pizza Hut! Tak sangka senang betul. Hehehe. Inilah koleksi pizza kami semua. Menyelerakan? Hehehe. Lepastu makan bersama-sama ibarat family gathering. Ahh bestnya! Terima kasih Pizza Hut Malaysia untuk pengalaman istimewa ini. Terima kasih Encik Eric Leong dan rakan-rakan kerana enjoy melayan pertanyaan ruby. Hehehe. Jom makan! Jadi, apa pendapat anda tentang pengalaman belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong, General Manager Pizza Hut Malaysia?? Best kan? Ruby pun seronok!

belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong

Memori Nombor Telefon Pizza Hut Special Delivery

Ingat lagi tak no telefon Pizza Hut Delivery yang sangat catchy tu? 03-755 2525. 6 tahun lalu, Jun 2013 mereka launch nombor telefon baru iaitu 1-300-88-2525. 2525 tu memang nombor legend. Hehehe. Ruby pernah guna nombor telefon 03-755 2525 bila ada seseorang ingin berkenalan masa zaman sekolah dan universiti dulu. Kenangan mengusik bakal-bakal suami. Hahaha. Tiga cara operasi Pizza Hut Malaysia – Restoran Pizza Hut (PHR), Penghantaran Pizza Hut (PHD) dan Kiosk Pizza Hut (PHX). Pizza Hut Malaysia mempunyai 221 cawangan PHR di seluruh negara, 156 cawangan PHD dan 15 cawangan PHX.

Setelah ruby berjaya dapat B+ hasil exam belajar buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong, ruby ada anjurkan peraduan flatlay di Instagram @rubydotmy. Alhamdulillah pemenang pun telah ruby pilih. Follower bertuah ruby memenangi voucher Pizza Hut bernilai RM 120! Tahniah @ZeeSamat. Jika anda ingin menjadi pemenang bertuah, follow ruby di Instagram @rubydotmy k.

www.pizzahut.com.my

www.phdelivery.com.my

3 comments on “Pengalaman Belajar Buat Pizza Hut bersama Encik Eric Leong, General Manager Pizza Hut Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge