Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6? Mana satu pilihan anda? Ruby telah menggunakan kamera Canon dari PowerShot A2200 HD, kemudian beralih kepada Canon EOS 1000D. Lepas dah mahir sikit, ruby naik taraf ke Canon EOS 700D. Kamera ini lah ruby usung ke mana-mana. Photoshoot, event, travel dan ambil gambar makanan. Memang berjasa la kamera ni. Hahaha. Bila dah guna lama-lama kamera DSLR, baru ruby tahu ruby suka ambil gambar potraiture dan depth view. Ada bokeh dekat belakang kabur-kabur tu. Hehehe. Sekarang, masa pun dah berlalu. Tangan pun tidak berapa kuat untuk fokus sesuatu gambar. Gambar ruby sering blur bergegar. Jadi ruby sedang mencari kamera mirrorless pula. Autofokus dan terus snap. Ruby akan beralih ke Canon EOS M6 ke? Hehehe.

Peneraju dalam penawaran produk dan penyelesaian pengimejan, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. hari ini sekali lagi memecahkan tembok inovasi keupayaan pengimejan dengan memperkenalkan model-model kamera terbaharunya ke pasaran Malaysia secara rasmi – Canon EOS 800D, Canon EOS 77D dan Canon EOS M6. Ketiga-tiga model ini sudah boleh didapati di semua Canon Image Square dan penggedar sah Canon di seluruh negara.

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

Berucap pada majlis pelancarannya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Andrew Koh menyatakan bahawa industri pengimejan telah melalui evolusi yang besar sejak beberapa dekad lulu di peringkat global. Namun begitu, Canon tetap berada di hadapan menerusi inovasinya dalam pasaran yang pesat berkembang ini. “Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 Sistem Canon EOS. Pencapaian evolusi tersebut boleh dilihat pada tiga buah kamera yang kami perkenalkan pada hari ini,” kata Koh.

Sejak kemunculan sulungnya, Sistem Canon EOS sentiasa konsisten dalam mengembangkan ekspresi fotografi melalui teknologi optikalnya sebagai dasarnya. Sehingga kini, Sistem Canon EOS mempunyai 24 model (termasuk panggung digital, kamera sistem kompak dan kamera filem) dengan pilihan 97 lensa EF. Menerusi rangkaian produk yang luas ini, kemampuan Sistem Canon EOS memenuhi apa jua keperluan pengguna yang berbeza tidak dapat dinafikan.

Ketua Divisyen Pengimejan & Informasi Pengguna, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Jeffrey Kung memberitahu bahawa Canon ada kamera untuk semua orang yang mempunyai keperluan berbeza.

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

Canon Malaysia EOS ambassadors (from left to right) Andrew Koh, Philip Chong, Glenn Guan, Bonnie Yap, Asmady Ahmad and Yusuf Hashim empowering other photographers to give back to the community by invigorating, guiding and nurturing the photography community.

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

“Memahami keperluan jurugambar atau peminat fotografi yang berbeza pada hari ini, ketiga-tiga buah kamera yang dilancarkan pada hari ini telah direka dan dilengkapi pelbagai fungsi serta ciri yang sesuai dengan semua keperluan tersebut. Canon EOS 800D hadir bersama panduan langkah demi langkah tentang bagaimana untuk menggunakannya. Ia sangat sesuai untuk jurugambar masih belajar tentang dunia fotografi, tetapi mahu merakam imej berkualiti. Canon EOS 77D pula kamera untuk peminat yang ingin meningkatkan kemahiran merakam foto mereka,” jelas Kung.

Selain EOS 800D dan EOS 77D, Canon Marketing (Malaysia) turut memperkenalkan model terbaru dalam rangkaian kamera tanpa cermin (mirrorless), Canon EOS M6. Gabungan aspek estetik dan prestasi dalam EOS M6 ini menawarkan keupayaan seperti sebuah DSLR dalam kerangka yang kompak, bergaya dan vintaj untuk memenuhi keperluan jurugambar yang mahir dan peminat fotografi.

Menurut Kung, selaku peneraju global dalam penyelesaian fotografi dan pengimejan global, Canon merupakan satu-satunya pengeluar yang menghasilkan ketiga-tiga komponen penting kamera – pemproses imej, alat pengesan imej dan lensa dengan sendiri. “EOS M6 baharu ini adalah bukti usaha berterusan kami di Canon dalam menawarkan yang terbaik kepada jurugambar yang mahukan prestasi dan pengalaman menggunakan sebuah DSLR, melalui kamera yang kompak,” katanya.

Rakam Imej dengan Tepat & Pantas menerusi Dual Pixel CMOS AF

Dual Pixel CMOS AF (DAF) ialah satu sistem pintar yang memastikan subjek sentiasa berada dalam fokus dengan menjejaki objek bergerak secara berterusan. Kelajuan focus DAF semasa Live View yang sepantas 0.03. Dengan DAF, pengguna kini boleh merakam video dan imej dengan mudah (dirakam semasa Live View), bebas daripada subjek yang kabur atau tidak fokus.

Teknologi Dual Pixel CMOS AF diperbadankan ke dalam model Canon EOS 800D, EOS 77D dan EOS M6. DAF merupakan teknologi fokus automatik (AF) Canon yang inovatif untuk kamera SLR dimana ia menggunakan alat pengesan CMOS pada setiap piksel yang membolehkannya melakukan AF pada imej dan fasa yang berbeza.

Pemproses imej DIGIC 7 baharu dipadankan dengan sensor megapixel APS-C CMOS 24.2 megapiksel yang sangat sensitif untuk menawarkan kejelasan gambar terbaik, walaupun pada perincian yang rumit. Melalui gabungan itu, imej yang jelas dapat dikekalkan terutama apabila ia dibesarkan ke saiz A3 atau banyak dipotong sewaktu suntingan.

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

Canon EOS 800D – Untuk Pengguna Baru yang Menghargai Skrin Sentuh Antara Muka yang Intuitif dan Mode Guided

Disasarkan untuk mereka yang pertama kali menggunakan kamera, EOS 800D baharu dilengkapi mode Guided. Ia lengkap dengan tip-tip merakam gambar, bersama grafik dan penerangan yang terperinci. Jurugambar yang baru belajar boleh membiasakan diri dengan DSLR pertama mereka dan lebih memahami mode merakam gambar yang berbeza 

Hanya seberat sekitar 485 gram (badan sahaja), EOS 800D ialah DSLR terbaharu yang direka untuk membolehkan pengguna baru menikmati kemudahalihan sebuah kamera yang lebih ringan. Manakala antara muka skrin sentuh memudahkan jurugambar baru meneroka fungsi-fungsi kamera tersebut.  

Skrin LCD yang melengkapi EOS 800D boleh disenget dan dipusing sehingga 180 darjah. Ini memberi pengguna fleksibiliti untuk merakam foto dari sudut atas atau bawah bagi menghasilkan selfie dan ekspresi gambar yang lebih kreatif. EOS 800D ditawarkan bersama dua pilihan lensa kit – EF-S 18-135 IS STM dan EF-S 18-55 IS STM.

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

Canon EOS 77D – Untuk Penggemar Fotografi yang Mahu Meningkatkan Kemahiran Mereka

Sementara itu, EOS 77D, serupa dengan model-model premium, juga dilengkapi beberapa teknologi pengimejan terbaik dalam kelasnya dan ciri-ciri premium bagi meningkatkan lagi keseronokan merakam foto. EOS 77D direka agar dapat menarik minat penggemar fotografi yang ingin menajamkan kemahiran dan sebagai transisi kepada kamera DSLR lebih berkuasa.

Ia dilengkapi dua dial kawalan – Dial Utama pada bahagian atas kamera dan Quick Control Dial di panel belakang. Dengan dua pilihan pada dial kawalan, pengguna kini boleh mengubah tetapan kamera dengan pantas. Misalnya shutter speed dan aperture tanpa perlu mengalihkan pandangan daripada viewfinder.

Satu ciri yang biasanya hanya ada pada model-model lebih mahal iaitu panel LCD juga telah ditambah pada EOS 77D. Ciri ini membolehkan pengguna memeriksa semua tetapan rakaman dengan pantas tanpa perlu menggunakan monitor LCD pada bahagian belakang kamera.

Pengguna juga kini boleh merakam gambar di lokasi gelap dengan lebih mudah, hanya perlu menekan satu butang untuk menyalakan bahagian atas panel LCD. EOS 77D juga dilengkapi LCD multi-sudut yang memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk mengubah suai sudut merakam yang dimahukan. Kamera ini ditawarkan bersama dua pilihan lensa kit – EF-S 18-135 IS USM dan EF-S 18-55 IS STM.

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

Canon EOS M6 – Untuk Jurugambar Berpengalaman yang Mahu Menyerlahkan Ekspresi Penuh Estetik

EOS M6 ialah refleksi gabungan di antara kuasa ekspresi dan prestasi pada tahap tinggi. Kombinasi Dual Pixel CMOS AF, APS-C kira-kira 24.2 MP CMOS sensor dan DIGIC 7 berupaya meningkatkan kejelasan imej secara signifikan dengan memberi penekanan terhadap rakaman pantas yang tinggi.

Dengan teknologi pengimejan yang telah dipertingkatkan ini, pengguna kini boleh menikmati rakaman berterusan secara lebih tepat bersama penjejak objek yang bergerak pantas. Mereka juga boleh merakam pemandangan waktu malam yang cantik dengan sedikit noise dan landskap jelas bersama kejelasan imej yang tinggi. Ciri Kawalan Quick Dial menawarkan operasi dial yang selesa dan meningkatkan kebebasan sewaktu merakam foto secara manual dengan signifikan. Ia juga hadir bersama pilihan external electronic viewfinder (EVF). Paparan LCD boleh disengetkan sehingga 180 darjah ke atas dan 45 darjah ke bawah.  

Sama seperti model perdana mirrorless terkini iaitu EOS M5, EOS M6 juga mampu untuk merakam video Full HD 60p dengan lebih lancar. Apabila merakam filem, EOS M6 menggabungkan lensa IS dan penstabil imej digital binaan dalam secara efektif untuk mengurangkan gegaran serta pergerakan dengan ketara. Biarpun ketika merakam pada posisi yang tidak stabil atau sewaktu berjalan. Dengan DIGIC 7 dan IS digital binaan dalam pada EOS M6, penstabilan imej kini juga boleh dicapai tanpa sokongan IS.

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

Models holding (from left) the all-new Canon EOS 77D, Canon EOS M6 (Black), Canon EOS 800D, and Canon EOS M6 (Silver). All three models are now available at all Canon Image Square and authorized dealers nationwide.

Ketersambungan Lancar untuk Memberi Lebih Kemudahan

Sebagai satu keperluan standard pada semua gajet dan mesin moden, Canon EOS 800D, Canon EOS 77D dan Canon EOS M6 dilengkapi dengan keupayaan ketersambungan Wi-Fi, NFC serta Bluetooth binaan dalam. Selain daripada melihat, berkongsi dan mencetak foto, ciri-ciri tersebut membolehkan rakaman foto dilakukan dari jarak jauh walaupun apabila kamera berada dalam mode Auto Power Off. Peranti pintar dengan Bluetooth boleh menghidupkan kamera, selain bertukar kepada Wi-Fi untuk membuat semakan, melihat imej atau merakam dari jarak jauh (dengan Live view).

Canon EOS 800D, Canon EOS 77D atau Canon EOS M6

(From left to right) Mr. Jeffrey Kung, Head of Consumer Imaging and Information, Canon Marketing Malaysia; Mr. Andrew Koh, President & CEO, Canon Marketing Malaysia; and Ms. Sandy Lee, Senior Marketing Manager of Consumer Imaging & Information Division, Canon Marketing Malaysia officially announcing the availability of the Canon EOS 800D, EOS 77D and EOS M6 in the Malaysian market.

Majlis pelancaran pada hari ini merupakan bukti kepada komitmen Canon untuk terus membina portfolio produk yang luas bagi membantu pelanggan melihat sesuatu yang mustahil menerusi teknologi serta reka bentuk inovatifnya, jelas Koh lagi.

“Kamera digital Canon dengan lensa yang boleh ditukar (kamera sistem kompak dan SLR) berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 di pasaran global selama 14 tahun berturut-turut sejak tahun 2003 hingga 2016.

“Teknologi pengimejan kami berasaskan kepada teknologi optikal utama Canon. Justeru, kami akan terus mengukuh dan mengembangkan rangkaian model EOS melalui integrasi produk bagi meluaskan lagi budaya fotografi dan pengimejan video,” kata Koh.

Beliau juga menyatakan, Canon yakin bahawa teknologi dan produk kameranya akan terus dapat memenuhi keperluan-keperluan pelanggan yang berbeza dalam dunia fotografi serta penyelesaian pengimejan, selari dengan falsafah korporatnya, ‘Kyosei’. ‘Kyosei’ didefinisikan oleh Canon sebagai ‘semua orang, tanpa mengira bangsa, agama atau budaya, hidup dan bekerjasama secara harmoni demi masa depan.’

Sudah boleh didapati sekarang di kedai-kedai Canon Image Square dan pengedar sah Canon di seluruh negara, harga ketiga-tiga kamera baharu Canon adalah seperti berikut:

  • Canon EOS 800D

RRP: RM 3,299.00 (Body sahaja)

RRP: RM 3,899.00 (Bersama lensa EF S18-55 IS STM)

RRP: RM 4,999.00 (Bersama lensa EF S18-135 IS STM)

  • Canon EOS 77D

RRP:  RM 3,799.00 (Body sahaja)

RRP: RM 4,399.00 (Bersama lensa EF-S18-55 IS STM)

RRP: RM 5,599.00 (Bersama lensa EF-S18-135 IS USM)

  • Canon EOS M6

RRP: RM 3,409 (Body sahaja)

RRP: RM 3,949 (Bersama lensa EF-M15-45mm f/3.5-6.3 IS STM)

RRP: RM 5,259 (Bersama lensa EF-M18-150mm f/3.5-6.3 IS STM)

Promosi Istimewa untuk Tempoh Terhad!

Pelanggan yang membuat pra-tempahan Canon EOS M6 sepanjang tempoh promosi istimewa1 bermula 3 hingga 16 April 2017 layak untuk menerima hadiah percuma2 bernilai sehingga RM900!

*Nota:

  1. Hadiah pra-tempahan sah untuk pra-tempahan yang dibuat di stor-stor Canon Image Square stores, Canon EOS Boutique di Malaysia sahaja, selain Canon Store-in-Store di Lazada.
  2. Hadiah itu terdiri daripada sebuah beg kamera, Kad SD 16GB, EOS M Body Jacket (Coklat), EF-EOS M Mount Adapter (tidak termasuk Tripod Collar). Siapa cepat dia dapat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Canon, ikuti laman Facebook rasmi di www.fb.com/CanonMalaysia/ atau layari laman web www.canon.com.my

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave A Reply

CommentLuv badge