Fashion & Accessories

Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell

Koleksi Pakaian Muslimah Terkini di Carousell semakin meriah sejak akhir-akhir ni. Hahaha. Nampak tak? Nampak tak? Nampak tak tangan dah gatal nak membeli-belah di dalam talian? Tambahan bulan Ramadan makin tiba dan Raya Aidilfitri menyusul nanti. Jadi, elok la kita plan awal-awal untuk pakaian raya. Bukannya senang nak cari warna sedondon sama dengan tema keluarga. Tahun ni tema emerald green dan corak pucci. Haaaaa nampak tak? Permintaan adik-beradik macam ruby ni pemilik butik. Hahaha.

Pakaian Muslimah

Pakaian muslimah ni ada macam-macam jenis. Kalau muda remaja, mesti pilihan mereka lebih ceria. Nak pakai warna-warna cerah sambil ‘mematchingkan’ shawl yang sesuai dengan baju dan paras rupa. Lepas tu aksesori. Haaaa baru lah muda! Kemudian bila nak ke pejabat, jubah abaya lah paling mudah. Sarung dah siap. Jubah abaya juga boleh di pakai bila dah hamil. Jimatttt. Trend terkini pakaian muslimah untuk ke pejabat adalah suits Lofa tu. Seluar dan baju sama warna dan material heavy chiffon. Betul tak?

Sebagai wanita muslimah, pakaian tu kena longgar-longgar. Nak ke pejabat biar la selesa. Selesa bila nak berjalan, nak duduk lama dan bayangkan 8 jam dengan pakaian yang sama. Elak material cepat berkedut k. Pilih la yang mencerminkan keperibadian anda. Hehehe. Itu baru cerita bab pakaian harian! Ruby nak kongsikan dengan anda idea Pakaian Muslimah untuk raya pula. Lagi sakit kepala kan? Hahaha.

Cantik-Cantik Pakaian Muslimah Di Carousell Cantik-Cantik Pakaian Muslimah Di Carousell

Masa Hari Raya Aidilfitri nanti, pada hari raya pertama dan kedua sangat meriah! Masa ni pakaian tiada seluar dan tshirt tau. Walaupun anda memasak, mencuci pinggan dan tidak jumpa tetamu. Tetapi pakaian mesti cantik. Ruby sarankan pakai baju kurung kedah. Hehehe. Baju kurung kedah cantik kan? Tahun ni ruby nak cari baju kurung kedah sebab selesa dan longgar. Mudah nak jaga anak, anak nak berdukung, berlari dan lepas tu nak sambung buat kerja di dapur lagi. Haaaa. Memang berlengas ruby masa hari raya. Ewaahh bila bercerita berkenaan raya, terus seronok menaip. Hehehe.

Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell

Seorang wanita muslimah wajib mencari pakaian yang lengkap menutup aurat. Di Carousell anda boleh cari semua keperluan pakaian muslimah. Umpama gedung online masa kini. Jom kita cari sama-sama.

  1. Stokin Kaki
  2. Sarung Tangan
  3. Anak Tudung / Inner Magic
  4. Shawl
  5. Baju
  6. Seluar / Kain
  7. Pin Tudung

Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di CarousellKoleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di CarousellKoleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell

Mudah kan? Semua barang keperluan pakaian muslimah, koleksi baru dan preloved terdapat di Carousell. Anda boleh gunakan search box di laman web. Taip dalam bahasa melayu pun boleh. Nanti keluar semua list penjual baju. Kadang-kadang ruby tengok ada pakaian preloved turut di jual. Cantik-cantik dan dijaga rapi. Kalau anda hendak mulakan perniagaan atau menjual barang preloved pun boleh. Carousell adalah platform yang mudah untuk anda guna sebagai medium awal perniagaan.

Sebagai peniaga, gunakan aplikasi Carousell mudah sangat. Anda boleh upload gambar produk dengan filter kamera aplikasi Carousell. Kemudian anda boleh letak harga, set pembayaran dan kemaskini stok perniaagaan anda dimana-mana sahaja. Sebagai pembeli, anda boleh lihat pelbagai jenis barang jualan terdapat di sini. Jadilah pembeli yang bijak. Buat perbandingan harga. Selamat membeli-belah pakaian muslimah terkini! Jangan lupa muat turun aplikasi Carousell sekarang!

www.carousell.com

4 thoughts on “Koleksi Pakaian Muslimah Terkini Di Carousell

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge