Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran

      1 Comment on Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran

Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran!. Sedapnya aiskrim Magnum kan? Itu kegemaran ruby sekeluarga sebab tekstur dia unik. Susah nak cakap, anda kena cuba aiskrim Magnum ni. Hehehe. Sekarang dah ada Magnum Red Velvet Limited Edition. Cepat dapatkan tau! Magnum telah dilancarkan pada tahun 1989, Magnum adalah aiskrim tangan pertama yang disasarkan sebagai tawaran premium dewasa. Kini, Magnum adalah salah satu jenama aiskrim terkemuka di dunia, dengan jualan lebih 2 bilion aiskrim setiap tahun di seluruh dunia dan adalah jenama aiskrim Unilever yang terbesar.

Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran

Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran!

Magnum, ais krim premium keluaran Unilever Malaysia selalu mengetengahkan inovasi dalam mempersembahkan kenikmatan yang memanjakan para Pleasure Seekers. Kini, Magnum melancarkan varian terbarunya iaitu Magnum Red Velvet dengan kempen yang digelar #NeverStopPlaying.

“Sejak bila seorang dewasa yang moden dan sofistikated tiada masa untuk berseronok? Peluang berseronok sentiasa ada di sekeliling kita, tetapi kerapkali berlalu tanpa disedari atau dihargai,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Hidangan Ringan, Unilever Malaysia. “Menerusi pelancaran Magnum Red Velvet – perisa kami yang paling menarik setakat ini – kami berharap untuk memberi inspirasi kepada Pleasure Seekers agar mengembalikan saat-saat bermain dalam kehidupan harian mereka. Tidak kira ketika berada di pejabat ataupun bersantai dengan rakan-rakan, kami menggalakkan setiap orang supaya jangan berhenti berseronok.”

Diinspirasikan oleh kek Red Velvet yang ikonik dan digemari ramai di kalangan rakyat Malaysia dan peminat di seluruh dunia, Magnum sekali lagi telah melangkaui batasan dengan mengeluarkan dan memperkenalkan perisa popular ini dalam bentuk aiskrim Magnum yang  mewah.

Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran – #NeverStopPlaying dengan rasa Manis dan Savuri

Sebagai pakar coklat, Magnum mempertingkatkan tahap inovasi dan kepakaran coklat dalam setiap ciptaan terbaru. Dengan Magnum Red Velvet, Magnum menawarkan perisa yang menarik serta menyeronokkan dan sofistikated. Sejajar dengan tema “Never Stop Playing”, Magnum telah mencuba pelbagai rasa berbeza secara inovatif dalam penciptaan Magnum Red Velvet terbaru. Gigitlah lapisan coklat putih Belgium rapuh dan mewah yang diadun bersama keju krim, yang diperbuat daripada mentega koko terbaik – ciri coklat bermutu yang diyakini. Di dalamnya, ais krim koko halus bak baldu, diwarnakan merah secara semulajadi dan dilengkapi pusaran sos keju krim yang savuri, menggabungkan perisa kek Red Velvet klasik dalam bentuk aiskrim Magnum dengan rasa manis dan savuri yang diseimbangkan dengan sempurna.

Menggabungkan ciri sofistikated Magnum dengan rasa keseonokan yang hanya boleh diketengahkan melalui kemanisan coklat putih, Magnum Red Velvet adalah ciri keseronokan Magnum. Menggalakkan rakyat Malaysia supaya mencari keseronokan dalam apa jua perkara, Magnum Red Velvet terbaru akan dapat mengembalikan sikap riang dan bersemangat yang pernah dirasai sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.

Kerjasama terbaru Magnum Red Velvet x Grab membawakan pengalaman #NeverStopPlaying hingga ke depan pintu anda

Bagi meraikan pelancaran Magnum Red Velvet terbaru dan membawa pengalaman #NeverStopPlaying kepada Pleasure Seekers, Magnum menyebarkan keseronokan menerusi kerjasama terbarunya dengan Grab, mencabar sang dewasa supaya mencari kenikmatan dan berseronok menurut apa cara yang mereka ingini.

Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran

Bermula 5hb hingga 9hb Mei 2017, Pleasure Seekers boleh membeli ciptaan Magnum Red Velvet yang eksklusif sempena pelancarannya pada harga RM30 menggunakan kad debit/kredit menerusi ikon GrabMagnum dalam aplikasi Grab. Nikmati tiga ciptaan aiskrim unik Magnum Red Velvet, satu-satunya dalam dunia dihantar terus ke depan pintu anda.

Dihiasi dengan hiasan menarik dan mewah termasuk kacang pistachio, gula-gula pop dan coklat marmar, setiap satu ciptaan yang direka penuh teliti menyampaikan kenikmatan Magnum Red Velvet klasik dengan sentuhan kelainan yang unik dan menyeronokkan.

Tawaran menyeronokkan dan istimewa ini boleh didapatkan di sekitar kawasan KLCC, Bangsar, Petaling Jaya dan Damansara. Memandangkan aiskrim Magnum Red Velvet ciptaan eksklusif ini didatangkan dalam bilangan terhad, jadilah orang pertama mendapatkan kenikmatan girang ini. Serlahkan sifat riang anda dengan Magnum x Grab.

Penghantaran akan dilakukan dengan kenderaan #GrabMagnum yang mewah seperti berikut:

  • Hari biasa: 10 pagi – 5 petang
  • Hujung minggu: 10 pagi – 8 malam

Untuk syarat dan peraturan penuh, layari www.grb.to/MagnumRedVelvet.

Untuk meraikan perisa paling menyeronokkan lagi mewah daripada Magnum setakat ini, kongsikan keseronokan Magnum Red Velvet anda menggunakan #NeverStopPlaying, #MagnumMY dan #GrabMagnum.

www.facebook.com/MagnumMalaysia

www.instagram.com/magnum

1 comment on “Magnum Red Velvet Baharu Kini Di Pasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge