Pakai Sunblock Elak Sunburn

      4 Comments on Pakai Sunblock Elak Sunburn

Pakai Sunblock Elak Sunburn??. Assalammualaikum! Wah tajuk macam serius. Hehehe. Memang serius jika anda ingin jaga kecantikan kulit tapi masih ingin enjoy ketika bercuti di Pantai dan lakukan aktiviti bawah cahaya matahari. Jangan kerana risaukan selaran matahari @ sunburn anda akan pasif je duduk menyorok bawah pokok atau hanya berteduh di dalam bot. Bila lagi nak tengok alam ciptaan Allah s.w.t di dasar laut pula kan. Snorkeling, scuba diving dan berjalan tepi pantai. Itulah yang sepatutnya kita enjoy!

Pakai Sunblock Elak Sunburn

Pakai Sunblock Elak Sunburn

Selalunya ramai keliru di antara Sunblock dan Sunscreen. Ia dua produk berbeza jika anda hanya fokus kepada satu fungsi sahaja. Sunblocks digubal untuk melindungi terhadap sinar UVB, manakala Sunscreen melindungi UVA. Dalam usaha untuk melindungi sepenuhnya kulit anda, memilih perlindungan spektrum luas pelindung matahari digubal untuk melindungi daripada sinaran UVA dan UVB. Kita bertuah, pada hari ini formula sunblock dan sunscreen mengandungi campuran kedua-duanya fungsi melindungi anda dari sinar UVA dan UVB.

Setiap kali travel, ruby akan bawa sunblock dan aloe vera gel. Dua produk ini penting untuk melindungi dan merawat sunburn. Sunblock sekarang ada pelbagai jenama dan SPF. Anda boleh pakai jenama apa pun. Tetapi caranya kena kerap pakai. Orang kata tiap kali 1 atau 2 jam kena pakai balik. Tapi ruby amalkan setiap 30 minit bila dekat atas bot. Lepas tu bila nak lakukan aktiviti air laut, ruby tidak risau sangat sunburn. Naik ke darat pakai lagi sunblock. Sebab kulit ruby ni kalau sunburn, dia tidak akan mengelupas salin kulit. Dia akan kekal gelap. Hahahaha.

Pakai Sunblock Elak Sunburn

Apa itu sinar UVA dan UVB

UV adalah Ultraviolet iaitu sebahagian daripada  elektromagnetik (cahaya) spektrum yang berada di bumi menerusi sinaran matahari. Ia gelombang cahaya yang lebih nipis dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ultraviolet A (UVA) adalah gelombang sinar UV yang mengakibatkan kerosakan kulit, penuaan kulit yang berpanjangan, dan punca kanser kulit. Ultraviolet B (UVB) adalah gelombang sinar UV yang lebih nipis yang mengakibatkan selaran matahari iaitu sunburn kepada kulit. Ia juga mengakibatkan kerosakan kulit, penuaan kulit yang berpanjangan, dan punca kanser kulit.

Apa itu Pelindung Matahari?

Kebiasaannya kita semua panggil sunblock, sunscreen, suntan lotion, sunburn cream, sun cream atau krim pelindung matahari? Ia adalah krim yang berfungsi untuk menghalang pancaran matahari terus ke kulit anda. Gabungan bahan-bahan di dalam sunscreen dapat membantu mencegah ultraungu (UV) dan sinaran matahari dari mencapai kulit. Dua jenis sinaran ultraungu iaitu UVA dan UVB dapat merosakkan kulit anda dan meningkatkan risiko kanser kulit. Jadi, apakah sunscreen yang sesuai untuk kulit anda?

Apa itu SPF?

Pakai Sunblock Elak Sunburn

SPF singkatan kepada Sun Protection Factor iaitu perlindungan matahari untuk mencegah UVB dari merosakkan kulit. Berikut adalah cara memilih SPF untuk rujukan anda. Jika anda terdedah dengan cahaya matahari selama 20 minit, dan kulit anda tidak dilindungi. Kulit anda akan mula bertukar menjadi merah. SPF 15 sunscreen dengan menggunakan teori mencegah kemerahan 15 kali lebih lama iaitu 150 minit. Iaitu 2 jam 30 minit. Kebanyakan pelindung matahari dengan SPF 15 atau lebih tinggi dapat melindungi anda dari UVA dan UVB dengan lebih bagus.

Pakai Sunblock Elak Sunburn

Bilangan minimum yang disyorkan ialah SPF 30, yang menghalang 97% daripada sinaran matahari. Perlu diingat bahawa rating maksimum diluluskan FDA adalah SPF 50 +. Pelindung matahari dilabel dengan apa-apa yang lebih tinggi (70, 110, dan lain-lain) hanya gimik pemasaran.

Apa pula PA+/PA++/PA++?

PA+/PA++/PA++ merujuk kepada The Protection Grade of UVA (PA) berfungsi untuk menilai berapa banyak pelindungan UVA yang disediakan oleh pengeluar krim sunscreen. Perlindungan UVA untuk PA+ adalah dua dan empat, PA ++ antara empat dan lapan, dan PA +++ lebih daripada lapan. Semakin banyak ++++++, semakin bagus tahap perlindungan untuk UVA.

Sunblock pilihan ruby adalah seperti gambar di bawah:

Shiseido WetForce SPF 50

Shiseido Wetforce

L’Occitane Reine Blanche SPF 50

L'Occitane Reine Blanche SPF 50

Melaleuca Sunscreen SPF 43

Sunplay SPF 110

sunplay spf 110

Kebiasaannya beli bila ada travel trip sahaja. Sebotol cukup utk sepanjang trip. Fungsi sunblock hanya bertahan 1 minggu setelah penutup di buka. Jadi, pakai lah puas-puas k. Hehehe. Extra care ketika travel. Lagi pula masa travel ruby tak pakai mekap. Hanya sunblock semata-mata, lip balm. Itu je lah. Hahaha. Hari-hari biasa bekerja dan ke event atau meeting ruby memang akan mekap, dalam foundation mekap dah ada sunblock spf 30. Itu pun dah okay. Zaman sekarang ni, banyak produk kecantikan ada pelindungan matahari. Cuma anda kena cuba sama ada sesuai ke tidak dengan kulit anda. Kadang-kadang kita tak tahu yang kulit kita jenis sensitif dengan sesuatu jenama.

Pakai Sunblock Elak Sunburn Perlu Rawatan Susulan

Walaupun taknak kulit terbakar, kusam dan berminyak. Jangan hanya bergantung kepada sunblock sahaja. Setelah memakai sunblock dan selesai aktiviti snorkeling, skuba diving dan terdedah kepada matahari. Jangan lupa amalkan step triple cleansing cara ruby k. Pertama sekali guna Mary Kay® Oil-Free Eye Makeup Remover, kemudian gunakan Biore Cleansing Oil Cotton Facial Sheets dan akhir sekali baru cuci dengan pencuci muka yang anda selesa. Ruby guna pencuci muka PURE BEAUTY Pomegranate Urban Shield.

Oh ya selepas cuci muka pakai Gel Aloe Vera tau. Ruby pakai yang 3W Clinic Aloe Vera Soothing Gel. Beli dekat Hermo je. Hehe. Bagi kulit rehat dengan Aloe Vera. Sejuk je rasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Jadi, sila pakai sunblock elak sunburn ya.

Follow ruby di www.instagram.com/rubydotmy untuk tengok ruby bercuti!

4 comments on “Pakai Sunblock Elak Sunburn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge