Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

4

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah. Ruby ingin berkongsi pengalaman menginap di Sipadan-Kapalai Dive Resort. Kebiasaannya, jika ingin bercuti dengan anak-anak. Ruby lebih suka pergi tempat yang ada semua kemudahan. Kalau hotel, mesti ada swimming pool, makan pagi petang malam, lepas tu dah tak tahu nak buat apa. Hahaha. Anak-anak mesti nak keluar berjalan kan. Takkan la nak bawa anak-anak jalan di koridor bilik hotel kan. Itu dah mengganggu privasi pelanggan hotel yang lain. Budak-budak memang akan buat bising, tiba-tiba menjerit dan ketawa. Jadi, ruby ingin kongsikan apa yang menarik jika kita menginap di Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah. Walaupun ini adalah lawatan FAM bersama Sabah Tourism Board dan Gaya Travel Magazine, ruby akan kongsikan sebaik mungkin pengalaman ruby.

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Beberapa minit dengan bot dari pulau-pulau Sipadan dan Mabul. 1 jam dari jeti Semporna / Seafest. Sipadan-Kapalai Dive Resort dibina kukuh di atas tebing pasir cetek di Ligitan Reefs. Dirancang dan dibina dalam gaya penuh lapang, selesa, perkampungan atas air ini mempunyai tebing pasir putih panjang di mana anda boleh berjemur pada masa lapang. Sambil menatap keluar ketenangan alam semula jadi.

Tempat-tempat menyelam yang sangat dekat dan boleh sampai dalam hanya beberapa minit dengan bot laju atau anda boleh berenang / snorkeling dari jeti pusat menyelam Sipadan-Kapalai Dive Resort. Bagi anda yang ingin meneroka lebih banyak kehidupan laut di Kapalai, anda boleh menyelam di Sipadan. Di mana ikan besar dan penyu banyak. Selain itu anda boleh menyelam di pulau-pulau berhampiran. Tempah siap-siap dengan agensi pelancongan dan mereka boleh ambil anda pada awal pagi di resort.

Sunrise dan sunset sangat cantik di sini. Pekerja juga peramah. Malah setiap malam pasti ada staf datang ke bilik untuk spray ubat nyamuk. Walaupun tiada nyamuk. Hahaha. Langkah-langkah penjagaan dan keselesaan pelancong amat dijaga di sini.

Apa yang menarik di Sipadan-Kapalai Dive Resort?

  • Suasana berangin dan damai. Bagus untuk anda relax tenangkan fikiran.
  • Bugalow atas air yang luas. Sesuai untuk penginapan sekeluarga. Bilik ruby ada 1 katil saiz king, 2 katil single, 1 kerusi untuk membaca, ada penyangkut pakaian, penyangkut pakaian untuk pakaian kecil juga disediakan, peti sejuk, almari terbuka ada, tab mandi, pancuran mandi, barang-barang kelengkapan peribadi.
  • Full board meals. Pelbagai menu bufet makanan yang dimasak oleh in house Chef. Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam. Manakala minuman panas, sejuk dan biskut sentiasa ada sepanjang hari sehingga jam 11 malam
  • Balkoni peribadi. Anda boleh lihat hidupan laut, ikan, penyu dan berbaring di kerusi sambil melihat bulan bintang. Indahnya!
  • Artificial Island juga ada untuk anda menikmati suasana sunset atau sunrise.

Bungalow Atas Air Sipadan-Kapalai Dive Resort

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Kawasan Makan & Minum

Disini full board meals. Anda boleh datang ke kawasan ini untuk minum teh, kopi dan makan biskut bila-bila masa. Makanan sarapan pagi, makan tengahari dan malam ada waktu yang ditetapkan. Kebiasaannya sarapan ruby datang jam 7 pagi. Hehehe. Di Sabah kan siangnya awal. Jadi, lama la sarapan. Sambil menghirup udara segar dan angin sepoi-sepoi. Waktu makan tengahari kami selalu tiada, sebab pergi Island Hopping. Makan malam pula jam 7 malam ruby dah standby. Hahahaha. Chef di sini masak memang sedap!

Oh ya kalau anda nak order makanan atau air melalui kaunter, nanti pihak resort akan bill kan ikut nombor bilik. Masa anda daftar keluar pada hari terakhir akan diberi bill tersebut untuk anda bayar. Sepanjang berada di Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah ni ruby langsung tidak pegang duit kesana sini. Simpan di dalam peti simpanan kepunyaan resort lagi tau. Hehehe. Bebas!

Waktu Makan:

Sarapan : 6.30 AM – 8.30 AM
Lunch : 12.00 PM – 2.00 PM
Tea Time : 3.00 PM – 5.00 PM
Dinner : 7.00 PM – 9.00 PM
Snacks, Cordial, Coffee & Tea machine : 6.30 AM – 11.00 PM

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, SabahSipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Makan malam di sini paling ruby suka. Banyak betul makanan. Ketam segar pula tu! Siap tambah lagi. Syaratnya makan di sini adalah “jangan bazirkan makanan”! Ruby memang dah target ketam tu. Nasi dan kari ketam je dah cukup.

Persekitaran Di Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Keselamatan Di Sipadan-Kapalai Dive Resort

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Keselamatan di Perairan Sabah sentiasa dijaga. Pasukan Keselamatan Negara, ESSCOM (Eastern Sabah Security Command), Badan Pelancongan di Sabah dan Pihak Sipadan-Kapalai Dive Resort bekerjasama agar pelancong berasa selamat. Plan percutian anda mengikut masa yang ditetapkan. Rujuk agensi pelancongan anda ya.

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Tips Percutian Di Sipadan-Kapalai Dive Resort

Tips ini ruby terfikir apabila sedang plan trip bercuti bersama suami dan anak-anak pada masa akan datang.

  • Pilih bulan yang sesuai untuk anda sekeluarga. Jika musim hujan tidak sesuai untuk anda. Ini kerana air laut akan berombak kuat, perjalanan anda di dalam bot laju akan melambung-lambung. Kalau bawa anak-anak, macam tidak sesuai. Sipadan-Kapalai Dive Resort sentiasa beroperasi sepanjang tahun. Bulan yang paling bagus adalah April dan Jun. Ini untuk yang datang sekeluarga. Hehe.
  • Awasi anak-anak anda ketika berjalan di kawasan Sipadan-Kapalai Dive Resort. Mereka pasti seronok sebab air laut sangat jernih dan mereka boleh nampak ikan, penyu. Kadang-kadang ada burung warna kelabu juga di sepanjang jalan resort. Jadi, awasi anak anda k.
  • Bawa pakaian renang. Anak-anak dan suami kena bawa pakaian renang atau wetsuits. Nanti boleh cuba snorkeling di kawasan resort. Ada 4 kawasan boleh snorkeling di sekitar resort atau anda mandi di artificial Island sambil bergambar.
  • Bawa extra air botol untuk minum. Standby untuk buat susu anak ke apa ke.
  • Bawa buku bacaan, nikmati privasi anda di balkoni sambil tengok bulan bintang. Kalau waktu siang, nampak pula air laut kehijauan / kebiruan sambil angin tiup sepoi-sepoi.
  • Bilik tiada air cond, tetapi kipas ceiling sudah mencukupi. Kadang-kadang ruby tidak buka pun kipas. Sebab angin luar dah ada. Enjoy the moment ya.
  • Makan ikut masa yang ditetapkan. Jangan terlepas makan, sebab chef masak sedap-sedap. Hahaha.
  • Jika anda ingin pergi Island Hopping, boleh pilih agensi pelancongan yang berlesen. Agar keselamatan anda dan keluarga terjaga. Kalau boleh yang all in one siap pemandu bot boleh snorkeling sekali dan tunjukkan lokasi penyu. Hehehe.
  • Makan, penginapan dan aktiviti semua dah tempah. Enjoy trip k.
  • Pakaian simple-simple sahaja. Pastikan bersesuaian untuk cuaca dan bergambar lah sepuasnya!
  • Sunblock jangan lupa! Pakai setiap 30 minit k!
  • Bawa selipar atau kasut CROCS.
  • Mabuk naik bot? Jangan lupa bawa ubat-ubatan yang diperlukan. Hehehe.
  • Ruby prefer bawa passport untuk ke Sabah / Sarawak, ini kerana surat kecil tu mesti mudah tercicir. Dalam masa yang sama dapat kumpul cop untuk passport anak-anak dan suami. Hehehe.
  • Oh ya, kalau nak ke Sipadan-Kapalai Dive Resort dari Kuala Lumpur. Anda pilih penerbangan ke TAWAU. Dari lapangan terbang TAWAU ke jeti SEMPORNA. Kemudian cari agensi pelancongan yang anda dah tempah di sini untuk maklumkan ketibaan anda. Nanti mereka bawa anda ke Sipadan-Kapalai Dive Resort. Untuk aktiviti bersama mereka juga akan dimaklumkan jam berapa mereka akan ambil pada keesokan hari. Syok kan?

    Penerbangan Ke Tawau, Sabah

    • Malaysia Airlines : MH terbang 14 kali seminggu dari KUL ke TWU
    • AirAsia : AK terbang 28 kali seminggu dari KUL ke TWU dan 4 kali seminggu dari JHB ke TWU bermula 28hb April 2017

 

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Peserta #SeaYouInSabah

Bergambar bersama peserta #SeaYouInSabah dan SMP Tours & Travel Sdn Bhd

Sipadan-Kapalai Dive Resort, Semporna, Sabah

Bergambar bersama Puan Veronica Lee, Director, Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn Bhd. Dari kiri En Nuar, Cik Zarinah, Hasif, Ruby, Puan Veronica, Kak Hana, En Sham, Bella & Fiqrie.

Pulau Sipadan Resort and Tours Sdn Bhd,
484 Bandar Sabindo,
PO Box No 61120, 91021 Tawau,
Sabah, East Malaysia.

(6089) 765 200
mail@sipadan-kapalai.com

www.sipadan-kapalai.com

Lawatan FAM dianjur oleh Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Gaya Travel Magazine. Ikuti ruby dan rakan-rakan media di social media dengan hashtag #SeaYouInSabah. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Sipadan-Kapalai Dive Resort, Sabah.

Share.

About Author

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge