Beaconhouse Family Day 2017

      No Comments on Beaconhouse Family Day 2017

Beaconhouse Family Day 2017. Assalammualaikum semua, Ruby ingin berkongsi dengan anda tentang Beaconhouse. Beaconhouse adalah salah satu rangkaian sekolah swasta yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada November 1975 sebagai Montessori Academy Les Anges untuk kanak-kanak, Beaconhouse telah berkembang ke dalam rangkaian global sekolah swasta, institusi dan universiti, memberi pendidikan kepada lebih 274,000 pelajar dari pra-sekolah untuk post-graduation.

Beaconhouse School System berkembang menjadi sebuah syarikat antarabangsa di Belgium, Malaysia, Oman, Pakistan, Filipina, Thailand, UAE dan United Kingdom. Ia memberi pendidikan di beberapa negara. Kebanyakan cawangannya terletak di Pakistan dengan 30 cawangan di seluruh negara.

Beaconhouse Family Day 2017

Beaconhouse Family Day 2017

Beaconhouse School System adalah sistem pendidikan Pakistan yang pertama menyeberangi sempadan ke Malaysia. Beaconhouse Malaysia Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sekolah swasta di Malaysia. Beaconhouse memiliki 12 sekolah di Malaysia, semuanya di sekitar Kuala Lumpur. Daripada jumlah ini, 8 prasekolah dan 4 sekolah rendah dan menengah iaitu Sekolah Sri Inai, Sri Lethia, Sri Murni dan Beaconhouse-Newlands Kuala Lumpur. Beaconhouse menawarkan program IGSCE (International General Certificate of Secondary Education ).

Beaconhouse Family Day 2017

Sembilan buah sekolah Beaconhouse (8 pra-sekolah dan Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai) akan mengambil bahagian pada Hari Keluarga dan ia dikendalikan sepenuhnya oleh guru, kakitangan dan pelajar Beaconhouse. Pelbagai aktiviti  yang menyeronokkan diadakan seperti Dunk Machine ( Pengarah Serantau Beaconhouse, Syed Jahanzeb Shah ditenggelamkan!), Golf Punting, Clown Feeding, Face Painting dan banyak lagi.

Beaconhouse Family Day 2017

Pengarah Serantau Beaconhouse, Syed Jahanzeb Shah bersiap sedia untuk menjadi mangsa “DUNK ME!!”

Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017

Selain itu pelbagai makanan selera Malaysia turut dijual seperti Nasi Ayam Briyani, Ayam Goreng, Roti Canai, Nasi Lemak, Yong Tau Foo, Satay dan Rojak Buah. Ruby dan anak-anak makan satay dan minum air ais lemon tea. Selain itu kami main banyak permainan. Hahahaha. Adam sangat seronok! Di Beaconhouse Family Day 2017 adalah pertama kali dia boleh membawa motorsikal tanpa alat kawalan jauh dan pertama kali makan cotton candy. Ohhh my baby dah besar!

Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017 Beaconhouse Family Day 2017

Sumbangan Kebajikan Kepada Epharta Home and Chrestus Home

Meletakkan kepentingan dalam pendidikan di luar bilik darjah dan memberi kuasa kepada pelajar untuk menjadi pemimpin global, Beaconhouse percaya bahawa pelajar-pelajar mereka bukan sahaja perlu belajar tentang rakan-rakan yang kurang bernasib baik tetapi juga membantu kepada mereka yang kurang bernasib baik dan lebih memerlukan. Setiap pembelian kupon akan sisalurkan kepada Ephrata Home dan Chrestus Home.

Beaconhouse Family Day 2016 telah berjaya mengumpul dana sehingga RM37,000.00 dan menderma keseluruhan House of Joy kepada sebuah rumah kanak-kanak kurang bernasib baik di Puchong

Dana yang diperoleh adalah daripada jualan kupon karnival kepada keluarga dan rakan-rakan. 1 unit kupon bernilai RM 30,00 dan telah terjual sebanyak 3500 unit kupon. Jumlah yang dikumpulkan melalui penjualan kupon akan ditolak dengan jumplah kos. Jumlah akhir akan didermakan kepada rumah atau organisasi yang ditetapkan.

Jadi, berapakah jumlah yang dapat dikumpul pada tahun ni? Nantikan Beaconhouse Family Day 2018 okay! Hehehe.

Sudah beberapa tahun ruby meninggalkan aktiviti sekolah sebegini. Bila Adam dah besar, ruby mula menyedari, ruby pula akan kembali aktif dengan aktiviti sekolah demi memberi pendidikan dari segi moral dan kebajikan. Hidup ini perlu saling membantu dan bertanya. Agar mendapat sebanyak pengalaman untuk kehidupan yang lebih baik.

www.beaconhouse.edu.my

www.facebook.com/BSSMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge