Beli Dettol Dan Air Wick Untuk Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah

Beli Dettol Dan Air Wick Untuk Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah. Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.

Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri!

Beli Dettol Dan Air Wick Untuk Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda!
Beli Dettol Dan Air Wick Untuk Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah

Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia  (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi.

Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. “Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih.
Beli Dettol Dan Air Wick Untuk Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah

Beli Dettol Dan Air Wick Untuk Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah

  1. Beli barangan Dettol & Air Wick berjumlah RM25 dan ke atas dari Mydin/ Econsave/ Giant atau Tesco.
  2. Ikuti FB Dettol Malaysia dan kongsikan semula Video peraduan Chef Anis Nabilah dengan slogan yang paling kreatif bermula dengan:
    1. Dettol sangat penting pada musim perayaan ini kerana… dan #MYDettolRaya atau
    2. Air Wick sangat penting pada musim perayaan ini kerana… dan #MYAirWickRaya
  3.  Lengkapkan maklumat dan bukti pembelian di link ini: https://goo.gl/forms/cawrzsexgZn2aT
  4. Jumlah 8 orang pemenang (2 orang untuk setiap pemenang) akan menyertai bengkel kuih raya eksklusif bersama Chef Anis Nabilah pada 23 Mei 2017, lokasi di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
  5. Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 20 May 2017, di laman Facebook Dettol Malaysia. Tarikh pengumuman mungkin berbeza-beza disebabkan oleh keadaan di luar jangkaan jika sambutan yang menggalakkan, dan lain-lain. RBMY tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan bagi mengumumkan keputusan.

Terma & Syarat Peraduan “Jom Sertai Bengkel Kuih Raya Eksklusif bersama Chef Anis Nabilah”

  1. Peraduan ini bermula pada 1 Mei 2017 dan berakhir pada 14 Mei 2017 pada jam 23:59
  2. Pembelian hanya sah di 4 pasaraya terpilih, iaitu: Tesco, Giant, Mydin dan Econsave 3. Peraduan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kecuali kecuali kakitangan dan keluarga terdekat penganjur, termasuk sekutu dan / atau syarikat-syarikat berkaitan, pengedar, agensi pengiklanan dan promosi.
  3. Hanya satu penyertaan dibenarkan, bagi setiap resit bernilai RM25 dan ke atas yang dibeli pada tarikh peraduan seperti tertera di Klaus (1).
  4. Hanya pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon.
  5. Segala kos perjalanan dan parkir untuk menyertai bengkel masakan Chef Anis Nabilah adalah tangungjawab para pemenang.
  6. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi mereka dan pihak Penganjur mempunyai hak untuk menyiarkan, menggunakan nama dan / atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan / atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak untuk membuat apa-apa tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh Penganjur.
  7. Dengan menyertai peraduan ini, anda telah bersetuju untuk mengikuti dan menerima terma dan syarat yang terkandung dan sebarang keputusan oleh Reckitt Benckiser (Malaysia) Sdn. Bhd. (“RBMY”), yang mana adalah muktamad dari segala aspek.
  8. RBMY adalah tertakluk untuk memilih pemenang dari semua penyertaan yang hanya memenuhi syarat & terma peraduan.
  9. Jikalau pemenang (atau mana mana pemenang alternatif) tidak dapat dihubungi, tidak dapat tunjukkan resit bukti pembelian atau tidak dapat menghadiri bengkel kuih raya (hadiah peraduan), maka pemenang akan dikira tidak memenangi hadiah ini. Jika RBMY telah mencuba untuk menghubungi pemenang dan pemenang alternatif dan tidak dapat memberi hadiah kepada pemenang, maka RBMY akan menganggap hadiah ini sebagai hadiah yang tidak dituntut.
  10. RBMY berhak untuk menukar, menggantung atau mengubah syarat dan terma untuk peraduan ini jika perlu pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.
  11. Keputusan RBMY adalah muktamad, sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
Mengenai Dettol

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932 dan adalah jenama antiseptik terkemuka di dunia serta juara yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan keluarga. Produk Dettol mempunyai piawaian yang tinggi untuk membunuh kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk keupayaannya dalam mengekalkan keluarga yang sihat. Jenama ini kekal kontemporari menerusi pelancaran produk baharu dan menawarkan pelbagai kategori produk yang boleh membantu melindungi kita daripada kuman. Ini termasuk gel mandian, sabun, sanitasi tangan, pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai di kalangan ibu-ibu untuk melindungi ahli keluarganya sepanjang hari.

Mengenai Air Wick

Air Wick mula menawarkan produk wangian rumah pada tahun 1943 di Amerika Syarikat. Jenama tersebut kemudiannya berkembang pada tahun 1953 sehinggalah ke Eropah, Kanada, dan Australia. Kini, produk Air Wick boleh didapati di lebih daripada 60 buah negara termasuklah Malaysia. Jenama tersebut menawarkan pelbagai jenis wangian rumah, termasuklah wangian secara elektrik, semburan automatik, semburan segera, gel aroma, dan banyak lagi. Wangian rumahnya juga merangkumi pelbagai jenis, dari wangian bunga hinggalah ke wangian segar, lavender, sitrus dan banyak lagi. Air Wick memastikan rumah anda sentiasa segar, wangi, serta melambangkan personaliti tuan rumah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge